CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH

Posted on Januari 19, 2007. Filed under: Some Ideas |

Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan, Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu

 

DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja di rumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.

 

SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?

 

Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

 

*Untuk membesarkan anak

Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka.

 

*Bayaran jagaan anak tinggi

Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja di pejabat atau kilang.

 

*Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan.

 

*Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi

Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebih mungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.

 

*Cacat. Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja di luar rumah.

 

KEBAIKAN

 

Bagi mereka yang terkurung di dalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah mungkin menjadi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja di rumah. Berikut ini mungkin merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja di rumah.

 

*Menjimatkan kos. Tidak perlu ke pejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan tengahari di luar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi berbelanja untuk pakaian bekerja.

 

*Menjimatkan masa. Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ke tempat kerja. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat.

 

*Bekerja mengikut keperluan sendiri. Jika anda bukan pencari nafkah utama, kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil tempahan yang sesuai dengan masa anda untuk keluarga.

 

*Anjal. Bekerja di rumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah waktu anjal bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan di rumah. Jika kerja anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh anak-anak ke sekolah dengan berbasikal.

 

*Ahli keluarga boleh membantu. Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha keluarga.

 

KEBURUKAN

Bagaimanapun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah beberapa kontra bekerja dari rumah.

 

*Boleh menjejaskan kehidupan keluarga. Untuk melakukan kerja anda perlu berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan keluarga.

 

*Anda mungkin terganggu. Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja sambilan anda di rumah.

 

*Kerja mungkin memakan masa. Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai kokot ke dalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak sepadan.

 

*Anda boleh kehilangan wang. Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan sempurna, jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi, mungkin tidak mendapat permintaan yang baik.

 

Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi permintaan untuk produk anda.

 

APAKAH JENIS KERJA?

Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang dari rumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah

 

*Melakukan kerja lama anda di rumah. Sebagai contoh jika anda seorang bekas kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk melakukan kerja yang sama di rumah.

 

Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara, mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa dan memperolehi pendapatan tambahan.

 

*Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan. Jika anda sukakan anak-anak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh.

 

*Memastikan hobi anda mendapat bayaran. Jika hobi anda membuat kuih, membela ikan, mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan komputer dan sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan.

 

*Menyewakan bilik. Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati terhadap mereka sebagai penyewa.

 

*Bekerja untuk orang lain. Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan dawai kokot, melipat kotak barangan, menggulung wayar untuk barangan elektronik mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri.

 

Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah seperti ini.

 

Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan di rumah. Ada sesetengah daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar berfungsi dengan baik.

Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.

 

MELAKSANAKANNYA

Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan untuk mendapatkan wang tambahan.

 

*Modal. Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan banyak wang. Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek, anda mungkin perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan untuk menjimatkan masa.

 

Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukan perabut di bilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas kelengkapan perabot.

 

*Pengiklanan. Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual. Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda. Risalah ini boleh dimasukkan ke dalam peti surat atau di letakkan pada pengelap cermin kereta.

 

Risalah ini juga boleh di letakkan di tempat strategik seperti pasaraya tempatan yang popular. Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan pekedai untuk mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai mengambil komisen bagi setiap jualan.

 

Untuk mendapatkan permintaan, anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang dan pejabat.

 

Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja di pejabat atau kilang, anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.

 

 

KOS YANG DIPERLUKAN

 

Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi perkhidmatan atau produk yang sama.

 

Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan lebih atau kurang yang boleh anda kenakan.

Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga itu dan berapa banyakkah jualan yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.

 

Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap dan kos berubah.

 

Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan di mana anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masih perlu membayarnya.

 

Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda.

 

Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistik daripada apa yang boleh hasilkan dan dijual dalam tahun pertama.

 

Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan.

 

Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk mengurangkan kosnya?

 

Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh memperolehi keuntungan di rumah.

 

Orang yang lemah menunggu datangnya kesempatan, orang yang kuat membuat kesempatan”.

 

Untuk bekerja dan mencari wang di rumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan ilmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha anda.

 

Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya.

 

Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga sudah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan banyak peluang.

 

Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda.

 

Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkan pulangan lumayan.

 

BERIKUT INI ADALAH IDEA PERNIAGAAN DI RUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN

 

PERKHIDMATAN

 

*Menyimpan akaun

*Memelihara binatang

*Mengasuh bayi

*Taska

*Menajaga keluarga tua

*Katering

*Mencuci pakaian

*Konsultan komputer

*Kurier

*Desktop publishing

*Gardening services

*Dandanan

*Mengecat dan hias rumah

*Image konsultant

*Dobi

*handuman

*Perancang parti /majlis

*Memasang tali raket

*Menyewa dan menjaga bunga

*Pool maintenance

*Seminar organizer

*Khidmat kesetiausahan

 

MENGAJAR

 

*Silk screening

*Menyusun bunga

*Kegunaan herba

*Menjahit

*Menyulam

*Kecantikan

*Memasak

*Kelahiran anak

*Tuisyen

*Pensyarah sambilan

 

 

MENULIS

*Buku

*Artikel majalah

*Puisi

*Penulisan umum

*Kelas penulisan

*Program

*Pelan perniagaan

(8)

Google Adsense

Mas Kahwin Yang Hilang…

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!!

10 Model Bisnes Internet

MalaysiaPal

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

2 Respons to “CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

Betul tu boss. saya sokong.

http://uptrend.wordpress.com/

peluang terbaik bagi yang selalu guna search engine
macam yahoo google msn baik guna SlashMySearch
register free lepas tu set buat engine carian dan homepage
anda . setiap kali search anda dapat komisen

sebulan boleh dapat usd 180 kalau hanya guna sendiri
pay out boleh guna paypal egold atau check

hanya tukar search engine anda , dapat komisen

jangan lepaskan

http://slashmysearch2u.blogspot.com


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: