RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT

Posted on April 5, 2007. Filed under: Some Ideas |

Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANYA DARI RUMAH? Ya sudah tentu memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa setelah anda mengetahuinya. Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun informasi yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan informasi yang akan membantu mengubah kehidupan mereka. 

Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikkan sewaktu ekonomi sesebuah negara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi merudum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan yang paling baik sekali untuk memulakannya. Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan di dalam hidup mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa. 

Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan alat-alat komunikasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alat kelui, mesin faks, mesin menjawab telefon automatik, komputer, email, internet, mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan pekerjaan. Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan yang amat lumayan. 

Pendapatan anda boleh melebihi gaji anda. Saya akan menunjukkan caranya dan ia boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFORMASI atau MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan perkara.  Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau bagaimanapun saya akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari dengan maklumat 4 muka
surat yang bertaip.
 INFORMASI adalah satu bahan yang semula jadi wujud di dalam kehidupan manusia. Tanpa informasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi komputer pada masa ini. 

Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin luas menggunakan teknologi untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika ada sesiapa diantara anda mengatakan yang anda tidak mengetahui apa itu informasi, sesunggunya mereka sudah tidak mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.

Informasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran, ilmu pengetahuan, gossip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu informasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan, nilai moral dan sebagainya. 

Informasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah gunakan. Sekarang saya akan mengatakan INFORMASI MEMBUAT WANG yang boleh membantu anda meningkatkan taraf kewangan anda dan mampu mengubah taraf kehidupan anda supaya menjadi lebih baik lagi dimasa akan datang. Setiap hari kita akan berdepan dengan INFROMASI / MAKLUMAT baru di dalam kehidupan dan setiap hari pula kita akan menjadi semakin bijak, dewasa melalui penerimaan dan penyampaian maklumat tersebut. Sekarang anda akan diajar bagaimana MENUKAR INFORMASI BIASA MENJADI WANG YANG LUMAYAN. 

Hanya dengan menggunakan beberapa cara dan teknik anda boleh menghasilkan wang yang amat lumayan melalui maklumat-maklumat tersebut yang berada disekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui pembacaan anda contohnya melalui laporan-laporan seperti ini dimana anda ingin mengetahui cara-cara memperolehi wang hanya dari rumah. Anda boleh membaca akhbar-akhbar, majalah perniagaan dan kewangan. Menghadiri kursus dan seminar keusahawanan. Bagi orang yang kreatif dan bijaksana mereka dapat menjadikan sesuatu perkara dan isu itu untuk mendapatkan wang. Untuk mencari wang bermakna anda mestilah tahu mencari peluang dimana dan apa yang diperlukan oleh orang ramai. 

Contohnya jika mereka mahu mencuci pakaian dengan bersih, anda perlu menawarkan SABUN PENCUCI BERKUASA. Untuk mencari wang dengan cara mudah memang ada caranya, tetapi jika anda hanya melihat dari segi MAKAN GAJI ia amatlah mustahil. Anda tidak boleh melakukan lebih daripada apa yang diperuntukkan kepada anda sesuai dengan gaji yang dibayar. Tetapi jika anda melihat dari segi PERNIAGAAN ia memang terbuka dengan luas. Anda hanya perlu mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka dan jual kepada mereka dengan harga yang berpatutan sesuai dengan berapa pentingnya INFORMASI tersebut. Mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan maklumat tersebut boleh membantu mereka.    

Contohnya jika anda menemui seorang yang mempunyai penyakit kencing manis dan anda mempunyai ubat dan penawar untuk penyakit tersebut yang membolehkan dirinya sembuh seperti sediakala selepas mengambil penawar yang anda berikan. Sudah tentu orang tersebut akan sanggup membayar berapa sahaja harga penawar tersebut asalkan dirinya terselamat daripada penderitaan akibat penyakit kencing manis. Itulah kesimpulan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada sesuatu masalah dan kejadian. Semua perniagaan adalah sebagai memenuhi keperluan sahaja. Keperluan manusia tidak terbatas. Jika anda menawarkan sebuah televisyen kepada orang buta ia bukanlah satu perkara yang tidak begitu tepat. 

Tetapi jika anda memberikan atau menjual sejenis alat bantuan sensor yang boleh menolong memudahkan pergerakan mereka sudah tentu ia sangat bermanfaat dan anda boleh menjual dengan kuantiti yang banyak dimasa hadapan. Jika anda mahu memperolehi banyak wang dengan menjual maklumat , anda haruslah memilih maklumat yang sesuai atau pun mengolah sesuatu maklumat supaya ia dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan. Sekarang saya hanya akan menerangkan mengenai maklumat yang sangat-sangat diperlukan oleh hampir kepada semua orang. Maklumat tersebut ialah cara untuk MENAMBAH WANG MENJADI KAYA, HIDUP SENANG dan yang seumpamanya. 

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini? MUDAH SAHAJA… banyak perkara telah berada disekeliling kita sejak sekian lama tetapi kita tidak begitu menyedari bahawa ia boleh ditukar menjadi wang. Contohnya jika anda memiliki komputer. Tahukah anda bahawa komputer boleh menjadi alat membuat duit atau menjadi lombong emas jika digunakan dengan betul dengan perisian-perisian tertentu. Anda boleh membuat KAD JEMPUTAN, MENULIS SURAT, BORANG MEMBUAT KATALOG JUALAN, MEMBUAT SURAT BERITA, PENGIKLANAN, MEMBUAT GRAFIK KOMPUTER, MEMBUAT HALAMAN WEB, MENGAJAR KOMPUTER, MENGAJAR MENGGUNAKAN PERISIAN, MENYUNTING GAMBAR, MELUKIS PELAN RUMAH, MENYEWAKAN HALAMAN WEB, EMEL, MENJADI BROKER MAKLUMAT (ALAMAT JABATAN KERAJAAN DLL). 

Dan bermacam-macam perkara lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan anda boleh menerima pulangan yang begitu lumayan sekali setiap bulan. Jangan jadikan komputer anda sebagai hiasan dan ditinggalkan berdebu atau sekadar untuk bermain games sahaja. Ini baru mengenai komputer sahaja. Jika anda mempunyai kamera dan tahu banyak perkara mengenai fotografi, anda boleh mengajar atau mengadakan kursus fotografi. Mengadakan kelab fotografi dikawasan anda, menulis
surat berita mengenai fotografi, mengadakan kursus fotografi secara pos dari rumah, mengambil gambar pengantin, gambar bayi, pelajar-pelajar sekolah, membuka studio dan sebagainya. Jika anda mempunyai rumah sendiri, anda boleh menyewakan bilik kepada orang lain untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh mengadakan kelas tuisyen, menjalankan kursus atau belajar kemahiran untuk sebarang perkara seperti jahitan, masakan, andaman, muzik, tarian dan lain-lain. Jika anda mempunyai mesin faks, boleh digunakan sebagai alat dan tawarkan kepada orang lain untuk menggunakan faks anda dengan mengenakan sedikit bayaran diantara RM1 sehingga Rm10 bergantung kepada jarak dan kawasan yang dikirimkan.
 

Semuanya boleh diubah menjadi wang jika anda mempunuai daya kreativiti dan inovasi.Untuk mendapatkannya anda perlu banyak membaca dan mengkaji disekitar kawasan tempat tinggal anda. Untuk berjaya anda perlu menjadi LAIN DARIPADA YANG LAIN. Bermakna anda tidak hanya mengikuti apa yang orang lain lakukan sahaja tanpa memperbaharui atau berinovasi. Sebenarnya memang banyak sekali cara untuk mencari wang dirumah jika anda mahu memikirkannya dan melaksanakannya. Disini saya sekali lagi mahu memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi hingga lebih RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL MAKLUMAT 4 MUKA SURAT. Pertama sekali yang anda mesti lakukan ialah mencari bahan untuk ditulis dan diolah supaya boleh menjadi sebuah bahan cetak seperti blog yang sedang anda baca ini. Setelah anda dapat mengenal pasti bahan yang anda inginkan, mulakanlah membuat kajian dan menulisnya secara rambang sedikit demi sedikit. 

Kemudian anda boleh simpan dahulu dan sambung kemudian untuk menulisnya. Idea biasanya tidak datang dalam keadaan kita sedang penat dan tidak tenang.
Ada kalanya setelah kita keluar berjalan-jalan dan berbual-bual dengan orang lain kita akan mendapat idea berkaitan perkara yang mahu ditulis.
 Caranya ialah hendaklah cepat-cepat dicatatkan apa yang terlintas di dalam fikiran anda. Contohnya jika anda berjalan-jalan dibandar dan terlihat orang membaiki kasut, menjual tisu, rokok, ejen jualan langsung, penjual kuih, cendol, pengutip sisa buangan untuk dikitar seperti tin minuman, kotak, plastik dan lain-lain. 

Dengan idea tersebut anda boleh menulis mengenai cara mencari wang yang senang dan tidak perlu modal yang banyak. Jika anda pernah bergaul dengan orang yang menjalankan perniagaan MLM atau jualan langsung, anda boleh menulis mengenai cara untuk menjadi jutawan melalui jualan langsung.  Jika ada tanah terbiar, anda boleh menulis mengenai cara mencari wang melaluinya. Contohnya dengan menyewakan tanah, menjadikan kawasan rekreasi, memancing, model untuk mengambil gambar. Pendek kata anda boleh menulis mengenai apa sahaja perkara dan topik dan fikirkan tentang bagaimana sesuatu itu boleh menghasilkan wang. Ini akan dapat menarik minat ramai orang. 

Contohnya dengan menulis panduan membuat bunga straw, panduan belajar piano, gitar, komputer, kamera, seni kraf, menanam bunga, memasak, mengambil gambar video dan lain-lain lagi. Setelah anda siap menulis panduan-panduan seperti ini, ia hendaklah dijual dengan cara mengiklankannya diakhbar, majalah dan internet dengan meluas jika anda mempunyai modal yang cukup.  Atau anda boleh iklankan di dalam satu atau dua penerbitan dahulu jika tidak  cukup wang. Jika satu panduan anda jual dengan harga RM20 dan setiap hari anda menerima hanya 10 pesanan, maka RM200 sudah menjadi milik anda setiap hari. Jika anda menjual beberapa panduan maka gandakan sahaja pendapatan yang boleh anda perolehi dengan hanya menjual panduan berupa maklumat yang tebalnya hanya 1 hingga 5 mukasurat. Contohnya seperti panduan ini sendiri. Dan  bukan mustahil anda akan tersenyum untuk menyimpan wang dibank kelak. Inilah cara yang saya maksudkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan dirumah hanya dengan menjual maklumat mudah berupa panduan-panduan dan laporan-laporan. Untuk menjadi penulis bukannya susah asalkan anda mahu mencuba dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan mutu tulisan anda. 

Begitu jugalah yang berlaku kepada saya. Saya tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mengenai dunia penulisan langsung kerana pekerjaan yang saya lakukan ialah menulis program (computer programmer) yang penuh dengan skrip, simbol-simbol yang pelik-pelik dan bahasa komputer yang sememangnya begitu sukar hendak diberitahu disini.

Tetapi semuanya BOLEH DILAKUKAN dengan berkat keazaman dan tidak pernah putus asa. Saya belajar bahasa inggeris selama 11 tahun (darjah 1 – 6 dan tingkatan 1 – 5) dan mana mungkin saya tidak begitu pandai lagi kerana 11 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Belajar menulis hanya dengan tulisan tangan, kertas dan pen, hasilnya hanyalah tulisan yang tidak tersusun, bercelaru dan sukar difahami. 

Walaupun ada kritikan, komplen tetapi saya tidak putus asa dan terus baiki hasil tulisan saya dan selama bertahun-tahun akhirnya saya semakin mahir menulis dan mendapat idea sendiri seperti sekarang ini.

Apa yang saya ada ialah TEKAD UNTUK HIDUP SENANG DISAMPING BERUSAHA TANPA JEMU. Dan sebelum ini saya bekerja tidak lebih 10 jam seminggu dengan memiliki pendapatan antara RM200 hingga RM2,450 sehari. Ya.. ada kalanya banyak dan ada kalanya kurang tetapi pendapatan saya memang sungguh lumayan. Tetapi kini sudah tidak bergiat aktif seperti dulu, kerana bebanan kerja sebagai ‘programmer and system analyst’ telah membataskan waktu untuk saya berkarya. Saya memang minat dalam bidang IT, dan sebab itulah saya bekerja walaupun bekerja untuk orang lain. 

 Semua orang memang boleh menggunakan cara ini walaupun tidak mempunyai asas langsung. Saya juga begitu, hanya KEMAHUAN DAN KETEKUNAN SERTA KESABARAN sahaja jalan untuk mencapai kejayaan. WANG dan modal adalah perkara kedua. 

Pengetahuan boleh dicari tetapi KEMAHUAN, KETEKUNAN DAN KESABARAN perlu dibina sendiri untuk mencapi impian anda. Untuk hidup senang JUAL IDEA ANDA. Jangan jual diri atau harga diri anda sebagai mana anda bekerja sekarang ini. Diri anda boleh letih tetapi idea tidak boleh letih dan ia semakin bertambah. LAKUKAN SEKARANG!

(14)

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

5 Respons to “RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

thanks,mungkin hanya itu yang bisa saya katakan.tulisan ini menginsoirasi saya agar cerdas dan membuka wawasan disekiat agar uang bisa dicari dengan menjual ide,bukan dengan menjual harga diri.

wah macam kenal jer artikel nie? macam pernah jumap tapi dimana ya?

jika fakta ini benar ini no saye 017 4717509.pg am je.saye berharap dapat berkongsi pengalaman saye dan pengalaman saye dalam bidang ini.saye adalah seorang student uitm dan baru menceburi bidang ini

Wonderful, what a website it is! This weblog gives useful facts to
us, keep it up.

great issues altogether, you just received a brand new reader.
What might you recommend about your put up that you just made some days
in the past? Any sure?


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: