Archive for November 2006

BAGAIMANA 100,000 ORANG BOLEH MEMBERI RM10 KEPADA ANDA

Posted on November 21, 2006. Filed under: Some Ideas |

Tidak! Ianya bukan seperti yang anda fikirkan. Walaupun tajuknya agak kontroversi, ianya sebenarnya adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan. 

ANDA BOLEH MENDAPAT WANG DENGAN MEMBERI CD KOMPUTER SECARA PERCUMA  Dalam artikel ini terdapat pelbagai tajuk bisnes. Oleh itu apa yang anda perlu lakukan ialah membuat salinan artikel yang anda rasa paling terbaik dan save-kan ke dalam satu keping CD.  RM10 CD PERCUMA!! Jika satu laporan berharga RM10, jadi 25 laporan ialah RM250!  Ini bermakna anda boleh menjual satu CD pada harga RM100 jika anda mahu. Walaupun begitu terdapat satu cara yang lebih bagus dan lebih menguntungkan. Cara paling cepat untuk mendapatkan wang ialah dengan memberikan CD tersebut secara percuma!!! 

TEMPAH IKLAN

Cara untuk mencari mereka yang berminat ialah dengan menempah iklan di akhbar-akhbar yang terkemuka. Tempah iklan yang ditulis begini: PERCUMA 25 CARA BUAT DUIT DARI RUMAH!MUDAH DAN MENGUNTUNGKAN! TANPA MODAL!UNTUK CD PERCUMA POSKAN RM10 UNTUK

KOS PENGHANTARAN KEPADA : <ALAMAT ANDA>

MENDAPAT TEMPAHAN

Apabila anda mendapat tempahan, anda hanya perlu membuat salinan CD tersebut dan maklumat ini, dan poskan kepada mereka. Dengan CD berharga RM1 dan kos penghantaran  50 sen, keuntungan anda ialah RM8.50!!  Oleh kerana ianya percuma, ramai yang akan menjawab iklan anda. Simpan nama dan alamat mereka untuk kegunaan program-program anda yang lain. 

Teruskan menempah iklan sehingga pesanan anda mencecah 100,000 atau RM1 juta dibank! Ianya mungkin mengambil masa tetapi tidak mustahil!!

MalaysiaPal

                                                                                                                                                         (3)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

Posted on November 11, 2006. Filed under: Some Ideas |

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.

Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah. Kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.

Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

Juru runding perniagaan

Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)

Perkhidmatan kesetiausahaan

Perkhidmatan recycle (kitar semula)

Clipping service

Collection service

Perkhidmatan faks

Membuat promosi

Juru gambar

Katering

Merawat bunga / tanaman

Broker maklumat

Data sekuriti

Data masuk

Perunding perisian komputer

Guru komputer

Deejay secara kontrak

Promoter jualan

Broker cetakan

Broker hartanah

Broker kenderaan

Mencuci pangsapuri

Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah

Ejen lelongan / jualan

Melukis papan iklan

Pengacara

Membaiki paip

Membaiki peralatan elektrik

Menaip

Menjahit

Menggubah bunga

Seni mengandam

Mengajar tusyen

Guru masakan

Menjual lauk pauk

Menjual sarapan pagi

Menyewakan bunga-bungaan

Menyewakan pita video

Guru fotografi

Guru jahitan

Guru sulaman / mengait

Guru musik

Guru nyanyian

Guru agama

Guru quran

Ketabiban

Rawatan tradisional

Mendandan rambut

Servis menjawab telefon

Seminar mutu diri

Membaiki motokar

Membaiki motosikal/basikal

Juru runding kewangan

Menyewakan bilik

Perunding perkahwinan

Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga

Menyewakan kenderaan

Mencari barangan antik

Jualan secara parti di rumah

Menjual melalui telefon

Perkhidmatan telefon jarak jauh

Perunding pelancongan

Menghantar barang

Membuat cop getah

Mencetak t-shirt

Membuat perabot

Membuat barangan kraf

Membuat kuih muih

Membuat biskut dan pastri

Melukis

Membuat grafik

Membaiki jeans dan pakaian

Membuat dan menjual aksesori wanita

Membuat dan menjual butang, lencana

Menjual cenderahati

Membuat pagar kayu

Menjual kayu api

Menjadi ejen import eksport

Menjual buah-buahan kampung

Menjual sayur-sayuran

Menjual ikan peliharaan

Melukis pelan rumah / bangunan

Menulis buku

Menulis novel

Menulis surat berita / newsletter

Pemberita bebas

Melukis kartun

Menulis artikel

Agensi pekerjaan

Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan

Menulis surat rasmi

Mengisi borang rasmi

Menulis petisyen

Menerbitkan panduan hartanah

Typesetting

Penterjemah

Proofreading

Editor

 

e-Kamus

(2)

Read Full Post | Make a Comment ( 28 so far )

Ketahui Langkah Cermat Untuk Mengaktifkan Akaun PayPal Anda

Posted on November 7, 2006. Filed under: Uncategorized |

ebook percuma usahawan internet

 

Di dalam ebook Panduan Pengaktifan Akaun PayPal® ini, anda anda dihidangkan dengan beberapa menu yang mengandungi zat protein yang tinggi. 🙂 Anda akan mempelajari langkah demi langkah:

Pendaftaran Akaun PayPal

  • Anda jangan meremehkan langkah pertama ini, kerana saya kerap juga ditanya bagaimana untuk mendaftar akaun paypal

  • Di bahagian satu ini, amat sesuai bagi anda yang ingin membuka akaun baru paypal lebih-lebih lagi anda belum ada akaun paypal

Menambah Kad Kredit / Kad Debit ke Akaun PayPal

  • Inilah pokok pangkal perbicaraan ebook ini. Anda perlu memiliki kad debit atau kad kredit terlebih dahulu untuk melakukan langkah ini. Jika tiada, saya ada jelaskan sedikit di dalam ebook ini mengenai kad debit

  • Di dalam langkah ini, anda akan mempelajari langkah demi langkah cara menambah kad debit

  • Yang penting, anda akan mengetahui apakah kesilapan besar ramai orang yang GAGAL menambah kad debit mereka ke akaun paypal

Proses Verifikasi (Pengesahan) Kad Debit / Kad Kredit

  • Langkah kedua di atas walaupun sudah berjaya anda lakukan, namun belum bermakna langkah anda sudah tamat. Proses verifikasi ini bertujuan untuk memastikan anda adalah tuan punya sebenar kad debit yang telah dimasukkan tadi di langkah kedua

  • Anda akan ditunjukkan secara langkah demi langkah dan bergambar, bagaimana mengesahkan kad debit anda di akaun paypal

Proses Naik Taraf ke Akaun Premier

  • Jika anda hanya ingin memiliki akaun paypal untuk tujuan menerima bayaran semata dan membuat pembelian dalam jumlah yang kecil, maka akaun jenis Personal sudah mencukupi

  • Namun untuk Usahawan Internet, anda perlu memiliki akaun premier. Di bahagian ini, anda akan mempelajari cara menaik-taraf (upgrade) akaun personal ke akaun jenis Premier dengan hanya langkah mudah

  • Note: Bahagian ini menganggap anda telah memiliki akaun paypal dan jenis akaun adalah Personal

KLIK DI SINI

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan

Posted on November 5, 2006. Filed under: Some Ideas |

1.Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.

Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.

Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.

Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.

Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.

Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

2. Ambil tindakan

Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.

Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA.

Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan

Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita di sekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!

80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan

Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Menulis perkara yang ada di fikiran anda akan menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea – tuliskan.

Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.

Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian

Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu ke mana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.

Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

Saya harap 5 strategi diatas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan cepat. 

 

MalaysiaPal

(1)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Selamat Datang!

Posted on November 1, 2006. Filed under: Uncategorized |

Selamat datang ke ‘ideaunik’. Blog ini akan memaparkan beberapa artikel yang menarik tentang idea2 penjanaan wang hanya dari rumah dimana ada sesetengahnya anda tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukannya. Nantikan kemunculan sulung artikel dari saya tidak beberapa lama lagi. Nantikan kemunculannya!!

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...