BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DI RUMAH, BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI

Posted on Disember 1, 2006. Filed under: Some Ideas |

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia di alaf baru ini. Ledakan teknologi komputer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu komputer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

 

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer di rumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

 

Anda boleh manfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari komputer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti mempelajari perkara lain.

 

Saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan komputer sebagai alat mencari wang. Saya telah menggunakan komputer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan di mana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada saya.

 

Komputer anda mungkin akan menjadi “lombong emas” kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses ke alam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat, kini anda dapat menggunakannya untuk menambah pendapatan hanya beberapa jam sehari.

 

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan komputer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan di rumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Di sini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui komputer anda di rumah.

 

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat-peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda di masa hadapan lebih-lebih lagi di dalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda sekarang ini di mana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.

 

Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang di rumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang di seluruh dunia pada masa kini di mana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

 

1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)

 

Dengan menggunakan perisian seperti MS Office, Page Maker, Corel Draw, Photoshop, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar / grafik, menulis teks, merekabentuk iklan, brosur, katalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, kad jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil dan resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebagainya.

 

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada di mana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat di mana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan atau surau di sekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai sambungan internet pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos (sewa peti surat), alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus ke rumah anda.

 

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)

 

Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapatkan alamat lengkap dan nombor telefon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

 

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor telefon dan alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

 

Jika anda tinggal di kawasan perumahan, pangsapuri, kondominium atau kampung, anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian telefon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian telefon supaya tidak diganggu oleh talian telefon yang digunakan untuk panggilan ke rumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan anda kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan ke dalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil di antara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, telefon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.

 

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telefon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersil ataupun perniagaan, dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

 

3. MENGAJAR KOMPUTER DI RUMAH

 

Ya, dengan kemampuan ibubapa membelikan komputer untuk anak-anak mereka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer di rumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil beberapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

 

Beli beberapa buah komputer murah (asas) di bawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan matapelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian komputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

 

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK”

 

Di sini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari / minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hampir semua perkara boleh dijadikan topik atau tajuk.

 

Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

 

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan di dalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun di dalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

 

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos / cek / terus masukkan ke dalam akaun bank anda ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

 

(4)

e-Kamus

 

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

8 Respons to “BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DI RUMAH, BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

Terima kasih, tips-tips anda banyak membantu dalam saya memulakan perniagaan dari rumah dan mendapatkan pendapatan sampingan…😀

Sama-sama. Buat masa ini saya ada masalah sedikit tentang submit artikel. Tetapi jangan risau, segalanya akan ok beberapa hari lagi. Nantikan kemunculan artikel seterusnya dari saya. Pelbagai tips dan idea akan saya paparkan untuk anda. Jangan lupa mengunjungi blog ini setiap minggu untuk mengetahui pelbagai rahsia, nasihat dan idea yang sudah tentunya menarik.

bagaimana jika sya nk mmberi pendapat sye tntg idea unik ni kt ruangan ini

Terima kasih ‘botey’. Pendapat dari anda amatlah saya alu-alukan. ilalah berikan pendapat anda selagi ianya berguna kepada kita semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

laman yg agak menarik.
harap boleh bantu saya tentang cara membuat kad jemputan perkahwinan

em…saya ada menyediakan servis membuat BANNER AD…dapatkan nilai HEBAT sekarang..!!!

Saya ada menjual pil pintrass

…saya ada menulis lirik lagu.. jadi kepada mana2 yg berminat dan inginkan lirik2 yang fresh..silalah hubungi saya…dan sudah pasti saya mengenakan bayaran yang berpatutan kepada anda..terima kasih..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: