Bagaimana “Mencetak Wang” Secara Sah!

Posted on Disember 18, 2006. Filed under: Some Ideas |

Satu tajuk yang kontroversi.. TIDAK! Bukan seperti yang anda fikirkan…

 

Terdapat satu jenis produk yang merupakan produk paling sempurna untuk pemasaran terus atau gayapos. Anda sungguh bertuah kerana anda boleh belajar membuat produk yang murah, mudah dan dikawal dengan mudah!

 

Cetak wang anda setiap hari

 

Seperti yang anda ketahui, mencetak wang ringgit palsu merupakan satu kesalahan yang besar. Anda boleh disumbatkan ke dalam penjara jika didapati bersalah melakukan jenayah ini! Hanya kerajaan sahaja yang dibenarkan mencetak wang sebanyak mana yang mereka mahu.

 

Walau bagaimanapun, anda boleh membuat sebaliknya, secara sah: Menukarkan kertas biasa kepada produk maklumat yang boleh dijual. Apakah dia produk maklumat? Ianya adalah buku, manual, laporan kecil seperti ini dan sebagainya. Atau juga video, kaset, disket atau CD bermaklumat. Atau kaset rakaman yang orang boleh dengar tanpa memerlukan kos pengeluaran yang tinggi.

 

Apa yang anda perlukan untuk menceburkan diri dalam bisnes ini ialah maklumat yang diperlukan oleh orang dan satu cara supaya orang lain boleh mendapatkannya, contohnya kertas fotostat. Hari ini, komputer peribadi dapat memudahkan lagi tugas anda untuk menyediakan produk maklumat ini, tetapi anda juga boleh menggunakan mesin taip lama untuk menyediakan produk tersebut.

 

Anda jangan terkejut jika saya katakan produk maklumat adalah satu bisnes yang cukup menguntungkan. Pasaran untuk produk ini cukup luas dan oleh kerana skopnya begitu luas anda mempunyai pesaing yang kurang. Jadi peluang untuk anda berjaya dalam bisnes ini adalah cukup cerah. Tanyalah kepada pakar usahawan internet, produk apakah yang LARIS di internet? Pasti mereka menjawab produk informasi. Sila rujuk buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” cetakan edisi pertama Jun 2005, karya Irfan Khairi, jutawan internet Malaysia. Beliau menyatakan hal ini di muka-surat 56.

 

Kebanyakan produk ini berkisar tentang hobi dan minat di masa lapang. Contohnya, Patti Carlson menjana berjuta dollar melalui bukunya yang bertajuk “Bagaimana Bermain Piano Dengan Senang” yang dijualnya melalui televisyen di Amerika Syarikat. Manakala, Robert Laughlin menjual satu kursus belajar di rumah bertajuk “Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan Anda Dengan Piano – Hanya 3 Jam”. Atau “100 Resepi Lazat Hawai Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah” adalah satu buku kecil yang diiklankan dan dijual melalui iklan kecil di majalah wanita dan tabloid.

 

Produk maklumat juga menjadi tarikan dalam bisnes dan pekerjaan. Joe Sabah berjaya menjual ribuan bukunya yang bertajuk “Bagaimana Mendapat Kerja Yang Anda Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda” dengan menjadi tetamu dalam siaran radio. Ia juga merangkumi topik seperti kesihatan dan senaman, perlindungan diri dan keluarga, pelancongan, kecantikan dan fesyen.

 

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

 

Topik yang perlu anda tulis mestilah sesuatu yang anda tahu atau mempunyai pengalaman tentangnya. Jika tidak anda boleh membuat kajian mengenai topik yang anda rasakan mempunyai potensi untuk dijual.

 

John Smith merupakan seorang penceramah professional yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan jualan. Beliau juga mengetahui bagaimana untuk mendapat tempahan yang banyak daripada orang ramai. Dengan pengalaman yang ada ini, beliau menulis 4 mukasurat laporan istimewa dalam beberapa topik yang dikhususkan untuk penceramah-penceramah;

 

Bagaimana Mencari Pasaran Baru Untuk Bisnes Ceramah Anda

Bagaimana Menulis Surat Ringkas Supaya Organisasi Menelefon Anda Dengan Segera

Bagaimana Menggandakan Pendapatan Anda Dengan Menjual Produk Ceramah

17 Kesalahan Besar Dilakukan Penceramah Ke atas Brosur Dan Kaset Demo

 

Bukan itu sahaja tetapi terdapat lebih kurang 20 topik yang beliau boleh menulis daripada subjek CERAMAH sahaja! Laporan ini beliau jual dengan harga dari $3 hingga $15 setiap satu. Setiap satu hanya bebrapa mukasurat dan tidak lebih daripada 10 mukasurat sahaja. Beliau juga menjalankan percetakan atas permintaan; bermakna beliau tidak mencetak dengan banyak atau membuat simpanan stok. Beliau menyimpan salinan asli pada satu fail dan, apabila ada pesanan ke atas sesuatu topik, beliau pergi mebuat salinan fotostat di kedai fotostat yang berdekatan, memasukan ke dalam sampul surat dan poskan sahaja. Melalui bisnes kecil ini sahaja yang disasarkan kepada lebih kurang 2000 penceramah, menghasilkan lebih kurang $11,000 sebulan! Ada yang memesan satu, dua atau sepuluh. Satu laporan yang dijual sebanyak $3 hanya bermodal sebanyak 40 sen fotostat dan 20 sen untuk diposkan. Daripada $11,000, hampir keseluruhannya adalah keuntungan!

 

Jika anda mahu memulakan karier dalam bisnes gayapos, anda boleh mencontohi teknik yang telah dilakukan oleh John Smith. Dengan menggunakan kertas dan dakwat, beliau mempunyai satu cara paling mudah “mencetak wangnya sendiri”. Jangan membazirkan masa anda dengan menunggu sehingga bertahun lamanya untuk menulis produk informasi ini, kemudian mencetak dengan banyaknya dan kemudian termangu kerana tiada siapa yang mahu membelinya.

 

Berfikir dengan bijak, siapkan beberapa topik daripada subjek yang anda minati. Sediakan yang salinan asal dan fotostat setiap kali jika ada pesanan. Bukankah ini cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan? Selamat Mencuba!

(5)

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!!

10 Model Bisnes Internet

MalaysiaPal

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: