Rahsia Menjadi Orang Cemerlang Dalam Hidup

Posted on Disember 28, 2006. Filed under: Some Ideas |

Berikut ini adalah beberapa tips yang dipetik daripada seminar Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.

 

TATACARA MAKAN & MINUM

 

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

 

2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.

 

3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.

 

4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur mempunyai enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.

 

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib, sebab bagi yang sedang belajar (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham dan dapat mengingat lebih kurang 2 jam selepas makan, maka jika makan pada 8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh dipelajari berbanding jika makan pada pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tidak digalakkan tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari mendirikan sembahyang malam).

 

TATACARA DI BILIK AIR

 

1.Selepas membuang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang

 

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .

 

TATACARA DIDIK ANAK

 

1. Antara tips untuk dapat anak bijak / genius, ajarkan anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih ‘lapang’ / ‘lega’ dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan berkembang dengan baik.

 

2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif atau hiper-aktif, kurangkan (atau jangan) pakaikan baju berwarna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

 

TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

 

1.Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut.

 

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

 

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

(6)

Mas Kahwin Yang Hilang…

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!!

10 Model Bisnes Internet

MalaysiaPal

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: