Archive for Januari 2007

CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH

Posted on Januari 19, 2007. Filed under: Some Ideas |

Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan, Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu

 

DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja di rumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.

 

SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?

 

Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

 

*Untuk membesarkan anak

Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka.

 

*Bayaran jagaan anak tinggi

Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja di pejabat atau kilang.

 

*Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan.

 

*Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi

Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebih mungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.

 

*Cacat. Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja di luar rumah.

 

KEBAIKAN

 

Bagi mereka yang terkurung di dalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah mungkin menjadi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja di rumah. Berikut ini mungkin merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja di rumah.

 

*Menjimatkan kos. Tidak perlu ke pejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan tengahari di luar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi berbelanja untuk pakaian bekerja.

 

*Menjimatkan masa. Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ke tempat kerja. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat.

 

*Bekerja mengikut keperluan sendiri. Jika anda bukan pencari nafkah utama, kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil tempahan yang sesuai dengan masa anda untuk keluarga.

 

*Anjal. Bekerja di rumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah waktu anjal bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan di rumah. Jika kerja anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh anak-anak ke sekolah dengan berbasikal.

 

*Ahli keluarga boleh membantu. Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha keluarga.

 

KEBURUKAN

Bagaimanapun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah beberapa kontra bekerja dari rumah.

 

*Boleh menjejaskan kehidupan keluarga. Untuk melakukan kerja anda perlu berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan keluarga.

 

*Anda mungkin terganggu. Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja sambilan anda di rumah.

 

*Kerja mungkin memakan masa. Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai kokot ke dalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak sepadan.

 

*Anda boleh kehilangan wang. Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan sempurna, jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi, mungkin tidak mendapat permintaan yang baik.

 

Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi permintaan untuk produk anda.

 

APAKAH JENIS KERJA?

Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang dari rumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah

 

*Melakukan kerja lama anda di rumah. Sebagai contoh jika anda seorang bekas kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk melakukan kerja yang sama di rumah.

 

Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara, mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa dan memperolehi pendapatan tambahan.

 

*Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan. Jika anda sukakan anak-anak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh.

 

*Memastikan hobi anda mendapat bayaran. Jika hobi anda membuat kuih, membela ikan, mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan komputer dan sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan.

 

*Menyewakan bilik. Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati terhadap mereka sebagai penyewa.

 

*Bekerja untuk orang lain. Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan dawai kokot, melipat kotak barangan, menggulung wayar untuk barangan elektronik mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri.

 

Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah seperti ini.

 

Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan di rumah. Ada sesetengah daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar berfungsi dengan baik.

Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.

 

MELAKSANAKANNYA

Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan untuk mendapatkan wang tambahan.

 

*Modal. Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan banyak wang. Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek, anda mungkin perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan untuk menjimatkan masa.

 

Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukan perabut di bilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas kelengkapan perabot.

 

*Pengiklanan. Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual. Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda. Risalah ini boleh dimasukkan ke dalam peti surat atau di letakkan pada pengelap cermin kereta.

 

Risalah ini juga boleh di letakkan di tempat strategik seperti pasaraya tempatan yang popular. Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan pekedai untuk mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai mengambil komisen bagi setiap jualan.

 

Untuk mendapatkan permintaan, anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang dan pejabat.

 

Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja di pejabat atau kilang, anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.

 

 

KOS YANG DIPERLUKAN

 

Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi perkhidmatan atau produk yang sama.

 

Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan lebih atau kurang yang boleh anda kenakan.

Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga itu dan berapa banyakkah jualan yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.

 

Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap dan kos berubah.

 

Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan di mana anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masih perlu membayarnya.

 

Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda.

 

Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistik daripada apa yang boleh hasilkan dan dijual dalam tahun pertama.

 

Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan.

 

Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk mengurangkan kosnya?

 

Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh memperolehi keuntungan di rumah.

 

Orang yang lemah menunggu datangnya kesempatan, orang yang kuat membuat kesempatan”.

 

Untuk bekerja dan mencari wang di rumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan ilmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha anda.

 

Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya.

 

Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga sudah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan banyak peluang.

 

Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda.

 

Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkan pulangan lumayan.

 

BERIKUT INI ADALAH IDEA PERNIAGAAN DI RUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN

 

PERKHIDMATAN

 

*Menyimpan akaun

*Memelihara binatang

*Mengasuh bayi

*Taska

*Menajaga keluarga tua

*Katering

*Mencuci pakaian

*Konsultan komputer

*Kurier

*Desktop publishing

*Gardening services

*Dandanan

*Mengecat dan hias rumah

*Image konsultant

*Dobi

*handuman

*Perancang parti /majlis

*Memasang tali raket

*Menyewa dan menjaga bunga

*Pool maintenance

*Seminar organizer

*Khidmat kesetiausahan

 

MENGAJAR

 

*Silk screening

*Menyusun bunga

*Kegunaan herba

*Menjahit

*Menyulam

*Kecantikan

*Memasak

*Kelahiran anak

*Tuisyen

*Pensyarah sambilan

 

 

MENULIS

*Buku

*Artikel majalah

*Puisi

*Penulisan umum

*Kelas penulisan

*Program

*Pelan perniagaan

(8)

Google Adsense

Mas Kahwin Yang Hilang…

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!!

10 Model Bisnes Internet

MalaysiaPal

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Raja Adsense: Rahsia Menjana Wang dengan Google Adsense

Posted on Januari 14, 2007. Filed under: Uncategorized |

“Ketahui Bagaimana Cara Menjana Wang di Internet Tanpa Modal Dengan Laman
      Web Anda!”
        Adakah anda tahu bahawa anda boleh menjana wang yang tidak terhingga
        dengan hanya membuat laman web percuma walaupun tiada kemahiran dengan
        Google Adsense?
            Anda Boleh Menjana $316.54 Dengan Adsense Hari Ini!
            Tetapi jika anda sertai saya sekarang,anda tidak akan rugi pada esok
            hari!

      Wahai Sahabat sekalian,
      Adakah anda pernah melihat iklan Google seperti dibawah ini?

      Sudah tentukan ! Anda melihatnya di mana mana sahaja di internet!
        Andakah anda tahu bahawa anda boleh menjana wang darinya dengan
        mengunakan mana mana komputer yang mempunyai Internet?
        Dengan Panduan Raja Adsense, saya akan tunjukkan cara bagaimana anda
        boleh menjana wang darinya tanpa menggunakan sebarang Modal langkah demi
        langkah.
        Terus membaca dan anda akan mendapati cara menjana wang di internet
        dengan Adsense sangat mudah sehingga kanak-kanak 12 tahun boleh
        melakukannya. Anda bakal menghasilkan Mesin Menjana Wang yang tidak
        terhingga 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa
        henti.
        Ikuti Panduan Raja Adsense, ia akan mengajar anda langkah demi langkah
        menjana wang tanpa henti dengan Google Adsense.
        Dengan Panduan Raja Adsense
          Anda tidak perlu mengeluarkan Modal untuk promosi!
          Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membangunkan laman web!
          Anda tidak perlu kemahiran menulis iklan!
          Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk iklan!
          Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk Nama Domain!
          Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk Hosting!
        
            “Kisah saya.. !”
                  Saya mula menjana pendapatan dengan Google Adsense pada tahun
                  akhir saya di Universiti pada pertengahan 2004. Di masa itu
                  apa yang saya fikir,cari duit tambahan semasa latihan Industri
                  yang akan saya tempuhi sebelum tamat pengajian.
                  Ia bermula apabila saya secara tidak sengaja semasa mencari
                  bahan untuk tugasan saya, saya menaip pada Google..”How to
                  make money”. Saya terkejut apabila mendapati begitu banyak
                  cara untuk membuat wang di internet. Saya mula mencuba program
                  “Pay per click”, “Pay to Read,”Pay to Search” dan banyak lagi
                  program lain yang boleh disertai secara percuma termasuklah
                  Adsense.
                  Di universiti saya ketika itu tidak menyediakan internet di
                  bilik asrama.Apabila ada masa terluang, saya akan ke Makmal
                  Komputer Kolej saya sehingga kawan kawan saya menggelarkan saya
                  “penjaga makmal tak rasmi” kerana sentiasa ada kat makmal
                  komputer.
                  Pada tahun akhir,kuliah dah semakin kurang sebab saya
                  mengambil 21 jam kredit pada tahun pertama dan kedua iaitu
                  maksimum yang boleh diambil oleh pelajar. Jadi pada tahun
                  akhir,saya agak relax dan boleh menumpu dan program buat duit
                  di internet. Saya hanya mengulang kaji pada pukul 12 hingga
                  pukul 3 pagi setiap hari.
                  Saya telah membuat kesilapan besar ketika itu kerana tidak
                  mengambil berat tentang Adsense sehingga pada pertengahan 2005
                  di mana saya mula serius dengan Adsense iaitu ketika menjalani
                  latihan industri di sebuah Jabatan Kerajaan. Ketika itu banyak
                  program saya sertai bermasalah dan dilabelkan scam. Walaupun
                  ketika itu saya telah mengumpul lebih dari USD200 dalam bentuk
                  E-Gold & Stormpay.Separuh dilaburkan kembali,separuh saya
                  trade untuk kegunaan semasa latihan industri saya.
                  Saya mula mengkaji dan mempelajari teknik teknik yang
                  digunakan oleh mereka yang telah berjaya dengan Google
                  Adsense.Kini saya kumpulkan semua teknik tersebut dan
                  kongsikan kepada anda semua. Semuanya akan saya dedahkan
                  kepada anda dalam Panduan Raja Adsense bagaimana anda boleh
                  menjana wang ketika anda ketika tidur tanpa sebarang modal.
                  Saya telah rugi 1 tahun kerana kesilapan saya tidak
                  mengendahkan Google Adsense. Kini,saya hanya menumpukan kepada
                  Adsense kerana ia lebih selamat dan terjamin.
                  Satu perkara yang saya ingatkan kepada sahabat sekalian.
                  “Tiada jalan pintas untuk senang,bukan senang nak senang, tapi
                  semua menjadi senang jika berilmu”. Bagi saya, membelanjakan
                  wang untuk ilmu diibaratkan pelaburan untuk masa depan.
                  Dari: Mohd Shamsuriyadi bin Mamat
                  Kuala Terengganu, Terengganu

        Panduan Raja Adsense akan mengajar anda bagaimana mengunakan alatan dan
        bahan percuma dari internet dengan tanpa modal permulaan.
        Saya tidak tahu membina laman web?
        Tiada Masalah.

        Saya tiada domain name?
        Tiada Masalah .

        Saya masih baru dengan internet dan tiada idea nak cari duit di
        internet?
        Tiada Masalah.Jadikan Adsense pilihan anda.

        Saya tidak ada modal?
        Tiada Masalah.
        Saya kurang faham e-book bahasa Inggeris?
        Tiada Masalah. E-book ini dibuat dalam bahasa Malaysia.

        
        Sahabat yang dihormati,

        Dengan Panduan Raja Adsense, anda boleh mula mendapat minimum $100 dari
        Google dengan lebih cepat tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun untuk
        membina laman web. Anda akan diajar langkah demi langkah sambil dibantu
        gambar dan rajah yang mudah untuk diikuti.
        Ini merupakan panduan menjana pendapatan dengan Google Adsense yang
        pertama dalam Bahasa Malaysia dan ia dibuat di Malaysia . Saya mengambil
        masa hampir setahun untuk mengumpulkan semua teknik yang boleh
        meningkatkan pendapatan anda di internet dan mengolahnya agar mudah
        difahami oleh semua orang walaupun tiada pengalaman membina laman web.
        Bagaimana Panduan ini memberi manfaat kepada anda?
          Menunjukan cara mencari duit tambahan dikala semua harga barang naik.
          Menunjukan cara mendapat duit yang tidak terhingga.
          Menunjukan cara membuat laman web yang menjana pendapatan anda.
          Menunjukan salah satu cara membuat wang di Internet.
          Menunjukan cara buat duit tanpa modal.
          Menunjukan cara membuat wang dari bilik tidur anda.
      Dapatkan eBuku Panduan Ini Sekarang!
        Bagaimana anda buat duit
          Bangunkan laman web seperti orang lain.
          Pohon akaun Google Adsense.
          Letak iklan Google pada laman web.
          Bawa pelawat ke laman web.
          Pelawat klik iklan Google.
          Google caj pengiklan.
          Google membayar anda dengan cek dalam US Dollar
      
            Tahukah anda..
            Sean Wu dari Thailand yang berusia 24 tahun memperoleh pendapatan
            US48,583 sebulan dengan hanya mengendali dan menyelengarakan Blog
            dari bilik tidur. Apa yang dilakukannya hanya meletakkan iklan
            Google pada blog beliau.

        Jika mereka boleh melakukannya,anda pun boleh. Panduan Raja Adsense akan
        membimbing ke arah kebebasan kewangan yang terhangat di pasaran.
        Anda mungkin pernah dengar orang mencadangkan anda membuat wang di
        internet tapi anda tidak tahu bagaimana hendak bermula. Inilah
        masanya,sertai kami sekarang!
      Dapatkan eBuku Panduan Sekarang!
        Jika anda seorang..
         Seorang pelajar yang perlukan duit tambahan?
        Ingin berkahwin,tapi tiada wang?
        Tiada kerja,Pengangur?
        Perlu duit nak bayar hutang?
        Ingin mengubah taraf hidup?
        Surirumah yang menjaga anak dirumah?
        Kena buang kerja atau VSS?
        Harga minyak naik,Nak duit tambahan?
        Panduan ini mungkin akan membantu kerana anda langkah demi langkah
        dengan Tanpa Modal. Ia mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah
        kewangan anda walaupun melakukannya secara sambilan atau suka-suka. Saya
        telah menghabiskan beratus ratus ringgit untuk mengumpul seterusnya
        mengkaji teknik teknik yang berkesan dan masa hampir 1 tahun dihabiskan
        agar dapat dikongsikan dengan anda semua hari ini.
            APA KATA MEREKA….
            “Tahniah Syam, anda telah membuktikan orang kita juga mampu
            menghasilkan ebuku.Kepada rakan-rakan yang mahu menjana pendapatan
            secara online saya sarankan anda membaca panduan ini.”
            Masrule
            http://www.megaduit.com/
            “Akhirnya terbit juga panduan Adsense dalam Bahasa Malaysia.Sudah
            lama saya tunggu panduan dalam Bahasa Malaysia ini.Kandungannya juga
            banyak membantu saya ”
            Mohd Razif,Perak
            “Terima kasih atas apa yang diberikan. memang menarik dan saya tak
            perlu buang masa mencari-cari.”
            Sazali Ramli ,Pulau Pinang
            “Tahniah, dah lama saya mencari Panduan Google Adsense di dlm
            BM,simple and senang nak follow. Siapa yang belum dapat lagi,cepat
            dapatkan!”
            Ahmad Asfanizam Mohamad,Miri,Sarawak
            “Saya sedang rancak membuat kajian mengenai Googles Adsense dan
            telah byk membeli dan download e book atau CD dari ‘Sifu-Sifu’ yg
            telah berjaya terutama dari Malaysia dan saya anggap kandungan buku
            ini amat menyeluruh, senang difahami, in order, ikhlas dan bersifat
            benar-benar mahu membantu. It’s worth for the price!!”
            Sabariah,
            ” Dengan adenye buku Rajaadsense versi Bahasa Melayu ini, saya dapat
            merungkaikan masalah saya terhadap Google adsense. Terima kasih
            Rajaadsense. ”
            Nasril,Kuantan
            http://paintball-xtreme.blogspot.com
            “Saya mula mendapatkan Panduan Raja Adsense ini awal Julai 2006 yang
            lalu. Serentak dengan itu saya berjaya mendapatkan akaun Google
            Adsense dan mencuba sebahagian daripada apa yang ditunjukkan oleh
            saudara Shamsuriyadi dlm ebook panduan adsense ni.
            Alhamdulillah sehingga tulisan saya ini, earning sy dlm Google
            adsense makin meningkat setiap hari. ”

            Mohd Aizad bin Zulkifli
            Dungun, Terengganu
            http://www.newbreeder.com
      
        Memperkenalkan:”Raja Adsense: Panduan Rahsia Membuat Wang di Internet
        Tanpa Modal” Dengan Google Adsense

      Kini versi 3.0
      Satu satunya eBuku Panduan Adsense Dalam Bahasa Malaysia
            Jaminan 100% Tanpa Risiko Untuk Anda!

              Saya berani menjamin bahawa anda akan terus menjana wang dengan
              Adsense jika anda mencuba apa yang saya sampaikan dalam Panduan
              Raja Adsense ini.

            Bonus Pertama #1
            E-Book Fast Html. Ia dapat membantu anda memahami semua konsep asas
            dalam pembangunan laman web. Anda akan diajar satu persatu tentang
            konsep yang terdapat dalam membangunkan laman web.
            Bonus Kedua #2
            Yahoo Secret Revealed. E-book tentang teknik yang digunakan untuk
            mendapatkan trafik dari Yahoo!. Ia akan mengajar langkah langkah
            yang digunakan untuk mendapat ranking terbaik dalam Enjin Carian
            Yahoo!
            Bonus Ketiga #3
            Free Submit Search Engine. Perisian untuk menghantar laman web
            kepada Enjin carian terpilih. Ia akan memudahkan anda dan membawa
            lebih banyak pelawat ke laman web anda.
            Bonus Keempat #4
            220 High Paying Keyword. Keyword yang bernilai diantara USD2 hingga
            USD100 per klik. ia akan membantu anda mempercepatkan untuk mendapat
            jumlah minimum dalam Google Adsense iaitu USD100. Saya telah
            kumpulkan untuk anda,jadi anda tidak perlu membazir masa mencarinya.
            Anda akan menerima e-book tambahan bagi membantu anda menjana
            Bonus Kelima #5
            37 Ebook tambahan . Anda akan menerima 37 e-book tambahan bagi
            membantu anda menjana wang dengan Adsense.Saya telah kumpulkannya
            untuk anda,jadi anda tidak perlu membuang masa membeli atau
            mencarinya.
            Bonus Keenam #6
            Bimbingan secara percuma. Saya akan membimbing anda secara one to
            one secara percuma melalui email sehingga anda berjaya menjana wang
            dengan Google Adsense. Anda perlu mencuba apa yang disarankan
            terlebih dahulu sebelum bertanya.Saya akan membantu anda menjayakan
            matlamat anda di internet ini. Ia hanya untuk pelanggan
            RajaAdsense.com sahaja.
      Dapatkan Panduan Raja Adsense Sekarang!

       
      ATAU…
        PROMOSI HEBAT DENGAN PAKEJ MENARIK
        “Rahsia Aku dan Clickbank”
        &
        ” Panduan Raja Adsense ”
        dengan Harga yang BERPATUTAN…
     
      
      
        Yang benar,

        Mohd Shamsuriyadi Bin Mamat
        RajaAdsense.com

        P.S.  Jika anda membaca dan mengamalkan panduan ini,saya jamin anda akan
        dapati mencari wang di internet adalah mudah, semudah 1-2-3 jika anda
        mempunyai ilmu tentangnya. 
        P.P.S. Segala teknik yang ditunjukkan adalah berdasarkan pengalaman dan
        teknik teknik dari mereka yang pakar dalam dunia Internet Marketing
        khususnya dengan Adsense. Diharap ia akan membantu anda bagi mencapai
        kebebasan kewangan dalam hidup anda.

        P.P.P.S. Panduan ini dalam bahasa Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau
        jika tidak faham istilah didalamnya.Ia sesuai untuk mereka yang masih
        baru dan berminat untuk mencuba Adsense sebagai salah satu punca
        pencarian wang dari internet. Anda boleh memulakannya Tanpa Modal dengan
        panduan ini.

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Google Adsense

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

BAGAIMANA MENUKAR RM250 MENJADI RM15,000 DALAM MASA 60 HARI DIRUMAH?

Posted on Januari 8, 2007. Filed under: Some Ideas |

Tajuk di atas sungguh menarik sekali. Ia merupakan satu rahsia bagaimana menjadikan wang anda berkembang dengan cepat dan selamat tanpa perlu menanggung apa-apa risiko. Anda boleh menukarkan wang sebanyak RM250 dan menjadikannya hingga RM15,000 dalam masa 60 hari dengan menggunakan satu rahsia dan teknik yang mudah dan menarik. Kaedah ini merupakan satu pendekatan perniagaan yang mudah di mana anda tidak perlu menemui sesiapa pun.

 

Anda boleh bekerja dengan tenang dan selesa di rumah tanpa sebarang gangguan. Anda hanya perlu menggunakan sedikit masa sahaja untuk menjalankan usaha ini. Tiada kaedah lain yang lebih menarik dan mudah daripada ini. Ianya bukanlah satu perjudian ataupun satu pelaburan dalam saham, satu sistem gandaan wang atau skim cepat kaya. Lupakan semua perkara yang mengarut ini.

 

BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH BERLAKU?

 

Anda hanya perlu melaburkan sejumlah wang yang dimaksudkan itu untuk membuat iklan di akhbar atau majalah dan memberitahu ramai orang bahawa anda mempunyai “sesuatu” yang bernilai dan sangat penting untuk mereka (pembaca). Sebagaimana yang kita semua ketahui, pembaca akhbar dan majalah merupakan golongan pembaca yang berbagai. Sebahagian daripada mereka mungkin terdiri daripada golongan pelajar, remaja, golongan pekerja, pesara dan sebagainya. Tujuan mereka membaca akhbar pula berlainan.

 

Ada yang suka membaca berita semasa, berita sensasi, perniagaan, mencari peluang kerja, memiliki hobi, mencari peluang perniagaan, mencari peluang pinjaman wang dan bermacam-macam lagi kategori pembaca. Di sini terdapat ruang untuk mencari wang dengan banyaknya setiap hari. Bagi mereka yang inovatif dan berfikiran kreatif sudah tentu akan dapat melihat berbagai peluang di dalamnya. Anda boleh membuat iklan apa sahaja. Sama ada ianya dalam bentuk perkhidmatan ataupun perniagaan sebenar. Saya akan mengajar anda “RAHSIA” untuk mendapatkan wang yang banyak daripada iklan ini.

 

MILIKI RAHSIA INI SEKARANG!

 

Sejak 4 tahun lalu saya telah menggunakan rahsia ini di mana pada ketika itu saya masih baru di alam pekerjaan dan baru mengalami satu keaiban dalam hidup. Saya gagal dalam perniagaan, tiada wang, dan saya juga telah ditinggalkan oleh kekasih kerana kejadian tersebut.

 

 

Saya telah menemui satu rahsia unik pada satu hari sewaktu saya sedang membaca majalah terbitan luar negeri. RAHSIANYA ialah : MENULIS, MENERBITKAN PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK…” secara pos, melalui internet atau e-Buku. Seperti panduan yang anda sedang baca ini juga, ianya merupakan satu rahsia yang boleh membawa kesan kejayaan dan kekayaan kepada anda jika digunakan dengan betul.

 

Saya tidak pernah memahami dan mengetahui apa-apa tentang penulisan, penerbitan dan pengiklanan. Malah saya tiada sijil, diploma atau ijazah tertentu di dalam ketiga-tiga bidang ini. Sebaliknya saya hanyalah lulusan Diploma dan Ijazah dalam bidang IT sahaja, itu pun belajar di dalam negara sahaja.. Dengan rasa serba kekurangan (dalam aspek penulisan), saya mempelajari semua rahsia dan teknik ini melalui sebuah buku yang saya beli melalui pesanan pos dari luar negara. Walaupun tidak begitu memahami satu masa dahulu, tetapi sekarang saya sudah mahir dan berjaya memperolehi pendapatan yang agak lumayan.

 

CARA MENJADIKAN RM100-RM250 KEPADA RM15,000 DALAM MASA 60 HARI

 

Apa yang perlu dilakukan untuk memperolehi pendapatan seperti di atas ialah dengan membuat usaha seperti yang diterangkan sebelum ini. Anda mungkin perlu melaburkan wang sebanyak RM100-RM250 untuk membuat beberapa siri iklan (4-10). Anda boleh membuat iklan sekali sahaja dahulu tetapi ianya tidak begitu berkesan kerana tidak ramai pembaca yang melihat iklan anda lebih-lebih lagi jika ianya bersaiz kecil. Kebanyakan pendatang baru dalam bidang ini menganggap dengan hanya membuat iklan sekali dua ianya boleh menghasilkan pendapatan yang banyak dengan segera.

 

Perkara seperti ini tidak akan berlaku kerana jika anda sering kali dilihat oleh orang barulah mereka dapat mengenali anda dan menyakini anda. Itulah yang berlaku, mungkin anda juga akan mendapat surat pertanyaan yang agak banyak daripada pembaca iklan anda tetapi pada masa yang sama mereka juga mengirim surat kepada berpuluh-puluh pengiklan yang lain. Jadi jika anda menjual produk yang sama dengan orang lain pada harga yang berbeza-beza ini boleh meragukan mereka. Atau pun pengiklan lain mempunyai produk dan cara penyampaian yang jauh lebih menyakinkan, maka anda akan ketinggalan.

 

Jika anda membuat iklan dengan kos RM100 untuk 4 kali iklan (contoh) dan anda menjual produk anda dengan harga RM20. Kemudian anda mendapat 15 pesanan, ini bermakna anda mendapat RM300 dan kemudian anda laburkan semula wang tersebut untuk terus membuat iklan. Katakan selepas itu anda akan mendapat RM1,200 maka anda perlu melaburkan semula sebahagian daripadanya.

 

Begitulah proses seterusnya sehinggalah anda boleh memperolehi pendapatan sehingga RM15,000 dalam masa 2 bulan ataupun 60 hari. Perkara ini boleh dan telah saya lakukan, ianya memang menarik dan menakjubkan sekali berbanding dengan kaedah lain untuk mencari wang. Sekarang mungkin giliran anda pula menikmati pendapatan sedemikian.

 

CARA UNTUK MENJADI KAYA

 

Anda boleh mencipta kejayaan dan kekayaan dengan menjalankan perniagaan yang mudah di rumah tanpa perlu menjejaskan kerjaya semasa atau kerjaya asal anda sehinggalah merasa yakin jika anda mahu berhenti kerja. Perniagaan ini juga amat sesuai dijalankan oleh para surirumah tangga atau pada pesara. Anda boleh mempelajari kaedah ini secara berperingkat-peringkat.

 

MENGHASILKAN BUKU PANDUAN / LAPORAN BERNILAI RM,RM,RM,RM…

 

Anda boleh menghasilkan buku atau panduan mengenai apa sahaja tajuk dalam bentuk laporan mudah yang ditulis dalam beberapa muka surat sahaja. Ianya mungkin mengenai perkara yang anda sukai, hobi, kerjaya, pelajaran, masakan dan sebagainya hatta mengenai “masa lapang” yang terbuang begitu sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah memberikan sesuatu tajuk yang menarik minat ramai orang yang akan membacanya. Contohnya seperti menanam bunga, anda boleh membuat tajuk begini “RAHSIA MEMPEROLEHI WANG LUMAYAN DI MASA LAPANG” Anda boleh menceritakan mengenai hobi menanam bunga dan menjual bunga, hobi menjahit dan mengambil upah menjahit baju, hobi memasak dan menjual resepi atau menjual makanan.

 

Apa yang penting ialah fokuskan apa sahaja tajuk, kemudian fikirkan bagaimana tajuk-tajuk tersebut boleh diolah supaya ia kelihatan seperti dapat menghasilkan wang. Bagi mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif sudah tentu akan dapat memikirkan idea yang baik. Sebagaimana saya pernah lakukan di waktu awal saya membabitkan diri dalam bidang ini. Saya hanya menulis panduan sebanyak 4 mukasurat mengenai cara memperolehi wang menggunakan kamera. Caranya ialah saya mencari idea-idea tersebut di dalam majalah dan buku-buku kemudian saya terjemahkan dan olah semula. Anda boleh menaipkannya dengan mesin taip biasa atau pun mengupah kawan-kawan anda yang memiliki komputer untuk menaipkannya.

 

Anda boleh menjual panduan anda dengan harga antara RM5 hingga RM20 sebuah kerana ianya hak anda. Anda boleh menjual laporan / panduan anda dengan membuat iklan di akhbar dan majalah.

 

MENGGUNAKAN MAJALAH / AKHBAR

 

Banyak akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan iklan dengan mengenakan bayaran yang berpatutan. Ianya boleh menjadi satu peluang yang begitu menguntungkan sekali kepada anda untuk sepanjang hayat anda. Mungkin anda hanya dikenakan bayaran diantara RM20 hingga RM80 bagi sekali keluaran, tetapi jika anda memiliki produk / laporan yang menarik maka ianya akan lebih memudahkan perniagaan anda kelak.

 

Cara membuat iklan boleh anda pelajari sedikit demi sedikit, di mana dengan menggunakan proses ini secara berterusan ia akan menjadikan anda mahir dan menambahkan lagi pengetahuan anda kelak. Mungkin iklan anda yang pertama hanya berharga RM20 – RM50 dan daripadanya anda hanya akan mendapat pulangan beberapa ratus ringgit jika produk anda itu baik.

 

Selepas itu yang perlu dilakukan ialah melaburkan semula separuh pendapatan anda itu untuk membuat iklan yang lebih besar atau membuat iklan di dalam beberapa penerbitan yang lain lagi. Dengan itu anda akan memperolehi pulangan yang lebih besar lagi yang jumlahnya mungkin beribu-ribu ringgit.

 

Jangan cepat berpuashati dengan usaha anda itu, untuk berjaya di dalam bidang ini dan memperolehi pendapatan yang berterusan anda mestilah membuat iklan secara berterusan. Kebanyakan usahawan yang menceburi bidang ini akan gagal jika mereka lekas berpuashati dan tidak mahu membuat kajian serta tidak membaiki gaya dan cara mereka membuat iklan. Mereka hanya meniru atau menciplak produk orang lain secara bulat-bulat sahaja.

 

Mungkin ada orang lain yang menjual produk yang sama dengan harga yang lebih murah maka jualan anda boleh merosot, tetapi jika produk tersebut memang milik anda sepenuhnya anda akan mempunyai banyak kelebihan.

 

Dengan membuat iklan yang berterusan dan konsisten anda akan membuat kerja yang berterusan yang mana ianya juga akan menghasilkan pendapatan berterusan yang amat lumayan.

(7)

Mas Kahwin Yang Hilang…

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!!

10 Model Bisnes Internet

MalaysiaPal

 

Read Full Post | Make a Comment ( 6 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...