Archive for Februari 2007

PRODUK RAHSIA YANG BOLEH MEMBERI KEKAYAAN DI DALAM URUSNIAGA POS / INTERNET

Posted on Februari 25, 2007. Filed under: Some Ideas |

Setiap hari semakin ramai orang melibatkan diri di dalam industri PERNIAGAAN SECARA POS (MAIL ORDER) dan INTERNET (ONLINE), sama ada mereka memulakan perniagaan mereka sendiri ataupun terlibat dengan syarikat urusniaga lain dan berharap boleh menjadi kaya. Pada masa yang sama ramai juga yang menyerah kalah kerana mereka tidak boleh mendapat keuntungan di dalam industri ini .

 

Rahsianya dan penyelesaiannya sangat mudah, jika anda tidak mempunyai produk atau barangan yang betul dan baik dan mengetahui cara untuk mempromosikannya dengan baik, sudah pasti anda akan gagal sebelum anda memulakannya lagi! Semua orang yang terlibat di dalam urusniaga pos / online membuat jualan dengan menggunakan pengiklanan.

 

Mereka, sebahagian besarnya memang mencari kaedah yang membolehkan diri mereka menyelesaikan masalah kewangan semasa, umpamanya pendapatan yang kecil dan tidak mencukupi. Ada juga yang menyimpan cita-cita untuk menjadi kaya dengan cepat. Dalam keadaan ekonomi mereka sendiri yang gawat, kebanyakan orang menjual dan mempromosikan pelan atau skim yang memang sukar dipercayai boleh memberikan kekayaan.

 

Menjual idea atau pelan yang boleh menjadikan seseorang memperolehi pendapatan tambahan tanpa perlu bekerja ataupun boleh menjadi kaya dengan cepat adalah satu perniagaan yang bernilai berbilion dollar setahun. Kebanyakan pembeli pelan ini akan kecewa, tetapi keinginan dan cita-cita mereka untuk mencari lebih banyak wang tidak akan luntur.

 

Mereka akan terus mencari pelan dan program yang lain dan idea baru yang boleh memenuhi impian mereka. Jika anda benar-benar faham dengan apa yang saya maksudkan sehingga kini, barulah anda boleh memahami sekarang bahawa ‘produk rahsia’ yang boleh menjadikan anda kaya ialah kaedah dan panduan bagaimana untuk membuat sesuatu yang menerangkan secara lebih lanjut lagi.

 

Anda boleh menghasilkan dan mencari panduan yang menerangkan secara lanjut bagaimana sesuatu kaedah atau pelan itu boleh memberikan penyelesaian dan kejayaan kepada mereka dan juga bagaimana ianya boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Dalam keadaan yang paling mudah untuk diterangkan ialah , artikel ataupun buku yang akan memberitahu orang lain bagaimana mereka boleh mendapat faedah dan keuntungan. Ini kerana cara yang dimaksudkan ini akan memberi penerangan secara lebih lengkap bagaimana untuk memulakan, menjalankan dan menjayakan perniagaan yang menguntungkan.

 

Ada orang yang membeli buku mengenai Bagaimana Untuk Berjaya di dalam urusniaga pos / online dan telah di beritahu oleh penulis buku cara mudah tetapi tidak diberitahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan, menggandakan modal dan iklan daripada yang kecil hingga menjadi besar dan bagaimana untuk membina empayar perniagaan anda. Perkara utama yang tidak harus dilupakan ialah, kenyataannya bagaimana anda perlukan masa dan melaburkan semula sebahagian wang keuntungan anda untuk membina perniagaan yang berjaya. Selain wang dan masa ia juga memerlukan kesungguhan dan ketekunan.

 

Anda tidak boleh menjadi kaya seperti mana mengharapkan sesuatu yang jatuh dari langit. Inilah perkara yang tidak difahami oleh ramai orang yang telah menyebabkan mereka jatuh dan gagal dalam perniagaan ini.

 

Mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan mempunyai daya juang serta kesabaran untuk membina perniagaan yang tinggi. Ini bukan satu kaedah judi atau seperti menang loteri. Inilah sebenarnya ‘produk RAHSIA’ yang anda boleh jual dan menjadi kaya dengan menjualnya.

 

Semua orang mahu menjadi kaya – kebanyakan orang mahu cara dan jalan ringkas tetapi tidak mengetahui ‘RAHSIA DALAMAN SEBENAR’ untuk menjadikan pelan tersebut berjaya serta menguntungkan, dan hasilnya pula ia boleh menjadikan orang lain mendapatkan maklumat daripada mereka. Pada pendapat dan cadangan saya, anda boleh memulakan perniagaan dengan menjual maklumat, report (laporan) perniagaan yang berjaya.

 

Report atau laporan seperti hanya dijual dalam beberapa muka surat dan di-staple tetapi dapat menarik ribuan pembaca. Katakan anda membuat iklan klasifikasi kecil dan menjual maklumat ini dengan harga RM30 dan boleh menjual sebanyak 200 naskah, anda dapat RM6,000. Kosnya hanya tidak sampai dua ringgit. Dari wang tersebut anda boleh menjual 3 ribu naskah, anda dapat RM90,000. Hanya dengan satu laporan!

(11)

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

MEMPEROLEHI SEHINGGA RM750 SEHARI DENGAN MEMBACA IKLAN DI AKHBAR

Posted on Februari 21, 2007. Filed under: Some Ideas |

Adakah anda tahu bahawa anda boleh memperolehi wang yang banyak dengan membaca iklan rampaian atau klasifikasi di dalam akhbar harian? Dengan membuat dan melakukan pemerhatian yang betul dan tepat kepada iklan-iklan tersebut akan menjadikan anda lebih cekap mengenai siapakah yang mahu menjual barang-barang mereka – seperti perkakasan, barang antik, kereta, rumah dan apa sahaja. Dan anda juga akan menemui siapakah yang mahu membeli barang-barang seperti itu. Rahsia pendapatan yang lumayan ini ialah dengan menggunakan iklan-iklan pendek tersebut sebagai satu peluang untuk mencari dan menemukan di antara pihak yang mahu menjual kepada pihak yang mahu membeli atau sebaliknya. Rahsianya ialah dengan membuat tindakan yang cepat; dan anda mestilah bersedia untuk menghubungkan di antara pembeli dan pihak penjual sebelum mereka sendiri bertemu di antara satu sama lain tanpa bantuan daripada anda. Jika anda berasa seronok dan gembira untuk melakukan perkara ini, ia merupakan satu peluang yang sungguh MENAKJUBKAN. Bekerja di dalam bidang ini seolah-olah melakukan pekerjaan sebagai seorang penyiasat persendirian. 

Tetapi anda bekerja untuk mendapatkan klu (bayangan) mengenai apa yang orang miliki, ataupun apa yang mereka mahu. Selalunya perkara agak rumit untuk dijalankan pada peringkat awal kerana anda tidak mempunyai pengetahuan di dalam perkara ini. Anda perlu belajar dan berlatih setiap hari untuk menceburi bidang ini. Tetapkan di dalam fikiran anda bahawa setiap kali anda mengaturkan perjanjian, anda sedang membina reputasi anda sendiri sebagai seorang yang pakar mengenai perkara tersebut.  Akhirnya anda akan mempunyai kerjaya yang stabil dengan mempunyai pelanggan yang sentiasa berada di dalam pasaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Keuntungan yang anda perolehi dengan mengaturkan jualan di antara pelanggan tersebut mungkin ada yang tinggi dan mungkin ada yang rendah, semuanya bergantung kepada jenis barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dan diperlukan. Walau bagaimana pun, ia akan memberikan aliran wang tunai segera kepada anda. Apabila mereka telah mengenali anda, orang-orang ini akan menemui anda terlebih dahulu sebagai pilihan utama, untuk mencari barang-barang atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Perkhidmatan yang anda tawarkan akan menjadi jalan pintas kepada proses masa dan ianya sangat berkesan bagi pengiklanan seperti ini. Membuat kontek (hubungan) adalah perkara utama dan penting di dalam perkara ini, dan dengan mengetahui atau mengenali individu tertentu akan memudahkan anda berurusan dengan kedua belah pihak ini. Ini akan memasukkan wang ke dalam poket anda dengan lebih cepat lagi.  Untuk perkhidmatan anda itu, anda boleh mengenakan bayaran pengaturan sebagai upah untuk usaha anda itu. Dengan itu, anda tidak akan terlepas peluang menerima bayaran apabila bayaran bertukar tangan. Anda boleh mengambil upah terlebih dahulu atau menerima bayaran pendahuluan (deposit). Anda perlu mengaturkan semua urusan pertemuan di antara pihak penjual dan pembeli, dan anda sudah boleh menerima bayarannya. Jika anda banyak berjalan keluar kawasan, pelajarilah iklan klasifikasi walau ke mana anda pergi . Anda mungkin akan menemui barangan yang mempunyai nilai jualan yang besar di kawasan tersebut. Jika anda tidak boleh mengaturkan pertemuan di antara kedua pihak kerana disebabkan jarak yang jauh, anda mungkin boleh membeli barangan tersebut dengan harga yang murah dan menjualnya semula dengan harga yang mana anda boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi ia harus sesuai dengan harga barangan sama ada ia masih baik, berkualiti ataupun tidak. Anda boleh memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan cara ini. 

Saya mengetahui individu yang telah sangat berjaya menggunakan kaedah ini hingga beliau mampu hidup mewah dan memiliki kereta Mercedes dari model lampu bulat. Mengapa tidak mencubanya mulai sekarang? Anda boleh belajar secara kecil dan ia tidak perlukan modal kerana anda hanya perlukan kontek dan bijak bercakap serta sedikit wang untuk perbelanjaan sendiri.

(10)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

RM100 SEJAM DENGAN MENGGUNAKAN PICKUP ATAU VAN

Posted on Februari 7, 2007. Filed under: Some Ideas |

Jika anda menyukai kereta dan lebih suka memandu hanya untuk apa-apa perkara pun, anda boleh menjadikan minat anda itu kepada peluang mencari wang yang berasaskan kereta dan sentiasa berada di jalanraya. Anda boleh menggabungkan kedua perkara tersebut di dalam satu lingkungan.

 

Di mana mempunyai pengalaman dan boleh mencipta kaedah baru, mencari wang kepada diri anda. Untuk jenis perniagaan yang boleh dikendalikan secara solo atau sendirian di dalam lingkungan kenderaan bermotor, van atau pickup seringkali boleh dijadikan sebagai kenderaan pilihan untuk memulakannya.

 

Ianya boleh digunakan untuk jarak jauh, mempunyai ruang kargo yang luas, mudah dipandu. Pilihan utama yang perlu difikirkan ialah dari segi kuasa dan juga saiz, kos penyelenggaraan dan membaikpulih serta serba guna. Dengan menggunakan van atau pun pickup, anda boleh menggunakannya bagi tujuan perniagaan seperti khidmat bantuan menukar minyak enjin dan penyelenggaraan mudah secara bergerak untuk kereta dan lain-lain. Banyak pengguna dan pemilik kereta yang mementingkan mutu sama ada bagi mereka yang tinggal di desa atau pun di bandar atau di pinggir bandar.

 

Perkhidmatan seperti ini akan menjadi popular dengan cepat kerana pengguna tidak perlu bersusah payah ke sana ke mari untuk mencari bengkel membaik pulih. Jika anda sukakan kanak-kanak anda boleh menjadikan kenderaan anda sebagai studio gambar bergerak. Apa kata idea mengenai tukang kunci / pembuat kunci bergerak. Orang yang tertinggal kunci rumah dan kereta atau kenderaan lain boleh memerlukan perkhidmatan anda.

 

Jika anda menyediakan perkhidmatan pantas dan boleh dihubungi dengan segera, anda boleh menjadi terkenal dengan cepat dan akan menjadi pilihan pelanggan, orang ramai, jabatan polis dan juga pusat membeli belah. Selain itu ramai orang yang sanggup membayar wang bagi menukar minyak enjin dan menapis minyak tanpa perlu pergi ke pusat penyelenggaraan yang jauh dan mungkin kosnya lebuh mahal daripada yang anda tawarkan.

 

Dan bergantung pula kepada minat dan pengetahuan yang ada, anda boleh bermula daripada memberi perkhidmatan ringan, penyelenggaraan, menukar minyak enjin, filter, menukar tayar, tuning enjin, rahsianya ialah menawarkan kepada pelanggan seberapa banyak kemudahan dan perkhidmatan yang anda ketahui dan mampu lakukan dengan baik.

 

Memungut dan membuang bahan sisa adalah juga satu perkhidmatan yang baik dan berdaya maju. Di dalam kawasan tempat tinggal di sesebuah daerah selalunya mempunyai bahan buangan dari sampah sarap sehinggalah bahan-bahan lain. Banyak sampah sarap dan bahan sisa yang perlu dilupuskan setiap hari.

 

Hubungi pihak kontraktor, perkhidmatan sewaan pangsapuri, pihak pemaju landskap, pemaju kondominium bagi mendapatkan perkhidmatan membuang bahan sisa seperti sampah sarap dan sebagainya. Walaubagaimana pun fikirlah dua tiga kali jika anda ditawarkan untuk membuang bahan sisa yang diragui seperti sisa toksik. Anda akan mengundang risiko jika anda mengambil tugas tersebut dan anda juga berkemungkinan akan didenda dengan jumlah besar jika anda ditangkap.

 

Atau ada pengaduan dari pihak awam dan mungkin akan dipenjarakan jika anda didapati membuang sisa toksik secara haram. Dalam pada itu anda mungkin boleh juga mendapat wang tambahan lain sekiranya bahan buangan yang masih diguna atau dikitar semula.

 

Contohnya perabut yang dibuang mungkin hanya mengalami kerosakan kecil, anda boleh membaikinya dan menjualnya semula dengan harga murah. Ia diperolehi secara percuma, tak kisahlah jika anda hanya mendapat sedikit wang. Begitu juga dengan barangan elektrik, plastik, kotak kertas, botol-botol, besi-besi dan akhbar-akhbar lama.

 

Semuanya boleh menjadi wang dan boleh diperolehi secara percuma. Mungkin juga anda boleh mendapat tugas-tugas membuang sisa bahan buangan dari bahan-bahan pembinaan, anda boleh menemui papan lapis, kayu, papan, batu bata dan sebagainya. Mungkin juga anda meminati fotografi dan juga kamera.

 

Mengapa tidak menjadi jurugambar bergerak ? Anda boleh menjual kemahiran anda dengan menawarkan khidmat gambar perkahwinan, parti, sukan, dan juga lain-lain peristiwa menarik. Mungkin juga anda sukakan bermacam-macam perkara, jadi dengan itu anda boleh kombinasikan idea anda itu mengikut kesesuaian. Anda akan dapati yang anda boleh memperolehi banyak wang dengan melakukan apa yang anda gemari, tanpa arahan bos kecuali diri anda sendiri. Selamat mencuba !

(9)

 

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...