CARA MEMPEROLEHI RM1,500 SEMINGGU DI RUMAH HAMPIR TIDAK PERLU MELAKUKAN PEKERJAAN

Posted on Mac 28, 2007. Filed under: Some Ideas |

Adakah anda percaya ada cara untuk memperolehi wang di rumah dan hampir tidak perlu membuat kerja? Ya! memang ada caranya dan ramai yang sudah melakukannya. Ia bukan perkara baru dan pelik jika tahu caranya. Saya juga melakukan perkara yang tersebut dengan memperolehi pendapatan yang lumayan. 

Anda akan mendapati bahawa ianya benar-benar memberikan keselesaan dari segi kewangan dan juga masa berbanding apa yang sedang anda alami sekarang. Kebanyakan orang terpaksa bekerja selama 8 hingga 10 jam setiap hari. Dan memperolehi pendapatan yang hanya mencukupi untuk diri sendiri sahaja tanpa dapat menikmati kemewahan seperti yang diidamkan oleh ramai orang. 

Sekarang anda akan mengetahui bahawa ada cara untuk memperolehi pendapatan tambahan secara sampingan ataupun sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah di mana anda boleh memperolehi sehingga beberapa ratus atau pun ribu ringgit setiap bulan demi bulan dan tahun demi tahun. 

Cara paling mudah yang dimaksudkan ialah dengan menjalankan satu usaha niaga secara pos / on-line dengan menjual bahan-bahan bercetak yang boleh anda tulis sendiri ataupun anda beli daripada orang lain yang mempunyai kebenaran untuk mencetak semula (reprint rights). 

Atau anda boleh mendapatkan bahan-bahan di dalam bahasa Inggeris kemudian menterjemahkannya sendiri. Bahan cetak yang dimaksudkan bukanlah semestinya sebuah buku  yang tebal sehingga berpuluh hingga beratus muka
surat isinya. Anda boleh menjual sesuatu bahan berupa laporan ataupun panduan cara-cara untuk meningkatkan mutu diri, meningkatkan sumber kewangan, meningkatkan kecantikan, meningkatkan gaya hidup, pergaulan, cara-cara mendapatkan pekerjaan, cara untuk menjadi kaya, cara menjahit, menanam bunga yang lebat dan bermacam-macam topik lain yang boleh difikirkan. 
 

Untuk mencari bahan tidaklah sesusah mana jika anda seorang yang membaca buku, majalah dan akhbar di mana anda boleh mengutip rencana dan berita mengenai kejayaan seseorang di dalam sesuatu bidang kehidupan. Banyak sekali bahan yang boleh diperolehi secara percuma itu kemudian ianya boleh memberikan pendapatan yang lumayan sekali kepada anda sepanjang hayat anda. Contohnya mudah, lihat kepada diri anda sendiri jika anda mempunyai kebolehan membuat bahan kraf dari gubahan bunga atau apa sahaja dan anda boleh menulis cara-cara tersebut. 

Anda boleh menerbitkan panduan anda dalam satu atau dua muka
surat sahaja dan menjualnya dengan harga sebanyak RM5 hingga RM10 senaskah. Orang akan sanggup membayar harga yang ditawarkan asalkan sahaja mereka dapat ‘maklumat’ yang mereka ingini. Mereka tidak akan bercakap mengenai harga jika apa yang mereka perolehi itu boleh membantu diri mereka dan keluarga mereka di masa hadapan. Orang hanya perlukan maklumat sahaja dan tugas anda ialah menyediakan maklumat kepada mereka yang memerlukannya.
 

Jika anda sudah mempunyai bahan-bahan tersebut, langkah berikutnya ialah anda perlu mencari cara dan kaedah untuk memasarkannya pula. Bahan-bahan bercetak seperti itu memang mudah untuk dipasarkannya jika anda tahu caranya. Sekarang anda boleh belajar bagaimana anda boleh mengedarkan bahan terbitan anda itu dengan meluas dan banyaknya. Caranya ialah dengan membuat iklan (hebahan) supaya ianya diketahui ramai. Ia seperti juga menguji pasaran. Dapatkan majalah dan akhbar yang mempunyai ruangan khas untuk membuat iklan kecil setiap hari dan minggu. Hubungi mereka sama ada pergi terus ke pejabat atau menelefon mereka. 

Tanyakan cara untuk membuat iklan, bayaran yang dikenakan dan lain-lain perkara lagi. Perhatikan iklan-iklan lain juga, lihat cara mereka membuat iklan dan pelajari perkataan yang digunakan.
Ada juga syarikat akhbar yang menyediakan borang-borang khas untuk menempah iklan. Yang penting, hubungi mereka! Dapatkan maklumat yang mencukupi sebelum anda membuat iklan. Iklan-iklan seperti ini tidaklah mahal, ianya hanya di antara RM20 hingga RM80 sahaja untuk sekali mengiklan.
 

Jika anda sudah bersedia untuk mengiklan jangan pula anda lupa untuk menetapkan tarikh bilakah masa yang patut anda membuat iklan. Untuk memperolehi banyak wang anda perlu mencuba dan terus mencuba dan bukannya dengan hanya membuat iklan sekali, anda menunggu wang dengan banyak datang dengan sepenuh harapan. 

Anda mestilah sentiasa kerap membuat iklan sekurang-kurangnya sekali seminggu bukannya hanya di dalam akhbar sahaja, tetapi sebaliknya di dalam beberapa akhbar. Semakin banyak dimasukkan iklan di dalam banyak akhbar semakin banyak orang menatapnya dan semakin kerap ianya diiklankan, semakin percaya dan tertarik mereka untuk menghubungi anda. Itulah kehebatan iklan anda. Cara ini merupakan kaedah terbaik untuk mengiklankan bahan-bahan terbitan anda. Anda boleh memulakan daripada kecil dan meningkat hingga besar di mana mungkin anda memerlukan pekerja membantu anda kelak. 

Anda boleh melakukan pekerjaan ini sampai bila-bila pun yang anda inginkan. Jangan lupa, sebelum anda mengirimkan produk anda kepada pelanggan, terlebih dahulu hendaklah anda menyediakan
surat jualan ataupun katalog yang menyenaraikan bahan-bahan terbitan anda dan tawarkan kepada mereka. Di dalam katalog ini anda hendaklah menyenaraikan produk anda dan menerangkan secara ringkas perihal produk dan kelebihan / keuntungan faedah jika memiliki panduan anda.
 

Jangan lupa memberikan harga yang anda jual dan sertakan tawaran istimewa. Jika di dalam seminggu anda ada membuat iklan di dalam 2-3 penerbitan akhbar dan anda memperolehi surat pertanyaan sebanya 300 pucuk setiap minggu dan anda menjual panduan berharga RM30, anda hanya perlu menjual sebanyak 50 naskah seminggu.  Ini tidak susah untuk dilakukan jika anda mempunyai panduan yang menarik dan diperlukan oleh ramai orang. Jika anda mempunyai 4 buah panduan dan boleh menjual secara purata 200 naskah seminggu, maka dalam seminggu sahaja anda boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM6,000. Sebulan RM24,000, setahun RM288,000. Ini boleh anda lakukan jika anda membuat promosi iklan anda secara meluas di dalam banyak penerbitan. Dan anda boleh mengupah jiran-jiran anda untuk menyusun katalog dan semua kerja kecuali bahagian iklan. 

Dan dengan cara itu anda seolah-olah langsung tidak bekerja. Saya juga membuat perkara yang sama seperti ini, tetapi secara sambilan sahaja. Ini adalah kerana saya bekerja di syarikat IT dan menjadi minat saya dalam bidang itu. Sekarang saya punyai banyak masa lapang dan memperolehi pendapatan yang sangat lumayan setiap bulan. Anda juga boleh! Bertindaklah mulai sekarang jika anda inginkan pendapatan yang lumayan! . 

Peluang sentiasa ada jika anda mahu melihat ke hadapan secara positif.

(13)

Google Adsense

Mas Kahwin Yang Hilang…

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!!

10 Model Bisnes Internet

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

8 Respons to “CARA MEMPEROLEHI RM1,500 SEMINGGU DI RUMAH HAMPIR TIDAK PERLU MELAKUKAN PEKERJAAN”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

ingin bekerja sambilan dirumah sila hantar kan

kerja sambilan dirumah baik untuk saya

Saya suka kerja luar rumah.Duduk dalam rumah je
boleh gile.

http://www.uptrendnet.com/cgi/replicate/r_track_banner.php?bid=102696&mid=103201

saye nk keje ni..cmne carenye…leh bg mklumat dlm emel saye..shal_best@yahoo.com

SAYA BERMINAT.SILA BERI KETERANGAN LANJUT

macam sistem pernigaan pos dalam 40 panduan
kewangan yang banyak di jual dinternet dan pasaran pos

sy prefer keje yg blh buat kt umh mcm mjht or
buat kuih,tp dua2 pn sy tak pndai.ape2 cdngn,
emel sy.

ni emel adres sy, abg_adk2803@yahoo.com


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: