MEMULAKAN PERNIAGAAN POS / INTERNET DARIPADA ASAS

Posted on April 27, 2007. Filed under: Some Ideas |

Ramai orang yang memberitahu anda bahawa “tiada rahsia” lagi untuk membuat wang yang banyak melalui urusniaga pos / internet. Orang yang sama juga sebenarnya akan mentertawakan anda dan mengatakan anda bodoh kerana membuang masa dengan mengejar pelangi yang tidak wujud sebenarnya. Tetapi jangan anda percaya kepada mereka, atau pun dengan cakap mereka itu.

Peluang untuk menjadi kaya sebenarnya berada hanya dalam lingkungan impian anda sendiri. Sama ada ianya melalui jualan produk anda atau pun melalui perkhidmatan yang anda tawarkan – ianya memang hebat sekali! Jika anda mempunyai idea sama ada ianya produk atau pun perkhidmatan, maka sekarang telah tiba masanya untuk menjayakannya melalui jualan secara pos / internet.

Anda sememangnya boleh memulakan urusniaga anda hanya dari “meja makan didapur rumah anda” dan menjadikannya satu perniagaan yang bernilai beribu-ribu ringgit… orang lain sudah pun melakukannya dan ada yang sedang melakukan perkara ini sekarang .. dan sekarang adalah giliran anda untuk menikmati sebahagian daripada “kek yang enak” ini. Sebagaimana perniagaan lain yang menguntungkan prosedur untuk membuat keuntungan melalui pos / internet memang mempunyai peraturan dan kaedahnya yang tersendiri.

Pelajari cara-cara dan peraturannya, selidiki, ‘adjust’ dan sesuaikan dengan keadaan anda – buat pelan pemasaran anda dan laksanakannya … berterusan .. tekun.. sabar.. dan lihat kaedah pemasaran orang lain. Berterusan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan anda, dan dengan kesungguhan dan kegigihan anda boleh menjadi jutawan dengan usaha anda sendiri … Dan kemudian anda boleh melihat dibelakang bahu anda siapa yang mentertawakan anda dulu dan mungkin anda boleh membantu mereka dengan cara lain.

Pegetahuan, dan kebolehan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik, adalah kunci asas kepada kejayaan anda. Anda mesti tahu tahap ketinggian yang anda mahu capai, tahu dan faham cara untuk mencapai tahap ketinggian yang anda mahu capai, tahu dan faham cara untuk mencapai tahap ketinggian tersebut, kemudian lakukan usaha anda dengan tekun dan jujur kearah mencapai tahap yang anda inginkan itu. Peraturan untuk mencapai kejayaan dalam urusniaga pos / internet adalah berkaitan dengan perkara berikut :

1) Menyelidiki pasaran

2) Menggunakan senarai pelanggan, pemasaran yang betul

3) Membuat follow up kepada pelanggan.. jika anda tahu bagaimana dan mengapa tentang teknik ini

Penyelidikan pasaran haruslah dibuat berdasarkan produk yang betul, mengenalpasti bakal pembeli anda dan supaya anda dapat mempastikan produk anda kelak akan dapat membantu golongan tersebut. Pemilihan produk adalah perkara asas dan merupakan langkah paling utama. Cuba anda berhenti sebentar dan fikirkan – lihat disekeliling anda – dan cuba dengar tentang apa yang banyak orang perkatakan (isu-isu).

Apa yang menjadi topik utama manusia? Pada masa sekarang ini apa yang selalu didengar ialah mengenai perkara seperti berikuit : Bagaimana saya boleh mendapatkan pekerjaan … Bagaimana untuk membuat kertas kerja … Di mana ada pekerjaam.. dan dengan pemikiran sebegini yang berada di dalam diri setiap orang.

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebenarnya ialah mendengar… mengenai apa yang dikehendaki oleh orang ramai, kemudian cuba penuhi kehendak mereka. Anda boleh melakukan perkara ni dengan memperuntukkan sedikit masa untuk membuat penyelidikan tentang sesuatu subjek. Kunjungilah perpustakaan-perpustakaan disekitar tempat anda, temuramah beberapa orang dengan orang yang telah berjaya memenuhi cita-cita dan impian mereka. Aturkan pengalaman-pengalaman peribadi mereka itu dan tuliskanlah ia supaya boleh menjadi panduan-panduan.

Rahsia untuk membina kekayaan sebenar ialah dengan mempunyai kebolehan mengeluarkan produk dan kemudian ianya boleh dikeluarkan dengan banyaknya pada bila-bila masa dengan kos yang murah beberapa sen sahaja dan menjualnya dengan harga beberapa ringgit atau puluh ringgit. Ramai orang yang bagus tidak dapat memahami langkah-langkah ini kerana mereka memahami waktu dan kehendak orang ramai dan kehendak dirinya sendiri.. sebagai contoh, jika anda mengendalikan seminar “cara untuk mencari kerja yang sesuai” disekitar tempat tinggal anda, dengan tujuan untuk membantu mereka mendapatkan kerja, anda tanpa diragui akan memperolehi keuntungan dengan cepat. Tetapi anda perlu memperuntukkan masa dengan begitu komited untuk berseminar.

Walaupun anda boleh mendapat wang dengan banyak tetapi anda sendiri terpaksa mengorbankan masa berharga anda untuk menikmati kekayaan dan melakukan apa yang anda suka lakukan, jika anda menjadi kaya. Hanya ada satu sahaja cara untuk menyelesaikan masalah anda itu iaitu dengan mengupah orang lain untuk melakukan sebahagian daripada tugasan anda tetapi dengan berbuat begitu anda akan terpaksa membayar gaji dan ini akan mengurangkan keuntungan anda pula.

Tetapi sebenarnya masih ada cara lain lagi yang lebih berkesan untuk anda memperolehi keuntungan yang lumayan dan sekaligus menikmati kehidupan yang selesa, tanpa tekanan kerja, ada wang dan boleh menggunakannya. Caranya ialah dengan menjadi penulis secara bebas dengan mengeluarkan produk anda sendiri yang boleh diulang keluarannya dengan banyak dengan kos yang masih lagi murah.

Cuba lihat cara ini, anda ambil masa selama satu bulan untuk membuat kajian, mencari bahan dan menulis panduan-panduan anda yang kosnya hanya lebih kurang RM1 senaskah jika dikeluarkan / dicetak dengan jumlah yang banyak. Anda menjual panduan-panduan anda itu dengan harga RM20 senaskah, dan dalam masa 3 tahun, katakan anda jual tiga ratus ribu naskah dan jumlahnya ialah RM6,000,000.00 untuk kerja penyelidikan dan penulisan selama satu bulan sahaja!

Jadi tulislah sesuatu “yang orang mahu”, inilah sahaja caranya untuk anda pergi lebih jauh untuk mencapai cita-cita anda bebas daripada masalah kewangan. Tetapi anda haruslah berhati-hati, anda mestilah membuat kerja penyelidikan terlebih dahulu dan pastikan apa yang anda tuliskan itu merupakan “perkara” yang akan menjadi rebutan ramai orang dan mereka sanggup membelinya.

Dengar apa yang orang mahukan, kemudian berikan kepada mereka … ini merupakan sebahagian penyelidikan pasaran yang penting dan mesti anda lakukan. Dengan mendengar seruan “meminta bantuan”, dan anda boleh memenuhinya, anda bukan hanya akan dapat menemui produk yang betul. Anda juga akan dapat menemui pelanggan yang betul. Jangan cuba mempengaruhi orang dengan sesuatu yang mereka tidak suka.

Apabila anda telah menemui produk yang dirasakan dapat memenuhi keperluan pelanggan untuk membelinya, anda haruslah memperuntukkan masa untuk menulis mencari idea dan membuat flyer, catalogue, surat promosi jualan untuk produk anda itu pula. Ianya perlu ditunjukkan kepada bakal pelanggan yang berpotensi. Dan yang penting sekali ialah surat jualan anda itu biarlah kelihatan menarik / professional dan berupaya untuk menjual produk anda seterusnya.

Gunakanlah kertas dan cetakan yang bermutu sebagai persembahan terbaik di dalam penyampaian mesej penjualan anda itu. Sembahkan apa yang telah anda katakan, tetapi tidak perlu memberitahu siapa diri anda, apakah kualiti anda untuk menulis panduan tersebut, atau pun berapa banyak masa yang anda habiskan untuk projek tersebut. Tetapi apa yang lebih penting ialah tekankan apa faedah yang akan diperolehi oleh mereka jika membeli dan memiliki panduan anda itu. Sebagai contoh sebuah syarikat kereta tidak membuat iklan dengan menceritakan bagaimana mereka membuat kereta tersebut – dibuat oleh para jurutera yang berkelayakan tinggi. Atau pun jika anda masuk ke dalam bilik pameran kereta, anda tidak akan bertemu dengan pelanggan yang menyepak tayar kereta untuk menguji samada ianya selamat ataupun tidak.

Sebenarnya kereta baru dapat dijual dengan perasaan dan IMEJ bakal pembeli yang duduk dikerusi empok dan selesa dan dengan memaparkan kehebatan mereka dan akan dilihat oleh sahabat dan jiran mereka. Untuk mendapat faedah daripada cara penjualan anda ialah dengan cara menulis surat jualan (katalog) dengan berkesan, membuat design katalog anda dengan menarik, memaparkan produk dan perkhidmatan yang memang diingini oleh pelanggan.

Inilah rahsia untuk memperolehi pendapatan yang lumayan di dalam urusniaga pos / internet. Anda boleh mendapat idea untuk menulis katalog / surat jualan anda melalui berbagai cara. Mungkin pada peringkat awal anda tidak begitu mengetahui cara-cara menulis dengan berkesan. Ini memang perkara biasa bagi sesiapa pun. Anda mungkin boleh mendapat idea melalui pembacaan, melihat katalog-katalog orang lain, membaca buku mengenai cara-cara menulis katalog atau pun anda boleh meniru daripada bahan yang anda boleh perolehi melalui artikel-artikel perniagaan.

Seterusnya anda harus mempunyai produk yang berkaitan secara berisi, ini akan membolehkan anda akan dapat menjual produk-produk lain selepas berjaya menjual produk yang pertama. Caranya ialah dengan membuat satu katalog jualan yang menyenaraikan beberapa buah lagi panduan / laporan yang ada kaitan dengan panduan pertama yang anda telah jual. Seterusnya jika anda telah mulai memperolehi pesanan, anda perlulah segera membalas dan mengirimkan pesanan tersebut.

Dengan menyertakan katalog lain yang berkaitan produk pertama, anda akan dapat membuat jualan berganda. Cara lain untuk memasarkan produk anda ialah dengan cara menggunakan senarai pelanggan khusus dalam produk yang anda mahu perkenalkan. Anda boleh mencari syarikat-syarikat yang menyewakan senarai nama, tetapi awas! Anda perlu berhati-hati kerana senarai nama yang sudah lama tidak begitu berkesan. Pastikan anda hanya menyewa senarai nama terbaru sahaja. Jika anda sudah lama anda juga boleh mempunyai senarai nama anda sendiri dan menyewakannya pula kepada orang lain dan ia boleh memberikan keuntungan yang lumayan.

Senarai nama yang baik (yang pernah membeli) daripada anda boleh dijual antara RM95 hingga RM250 bagi 1000 nama. Jika anda ada 3000 nama dan dalam sebulan anda boleh menyewakan kepada 20 orang. Katakan anda mengenakan kadar hanya RM150 bagi 1000 nama dan anda boleh mencari pelanggan seramai 20 orang sebulan yang menyewa 3000 nama. Anda boleh memperolehi RM9,000 SEBULAN!! Sungguh lumayan dan anda tidak perlu bersusah payah pun. Jika anda mempunyai produk lain yang dijual, bayangkan berapa pendapatan anda sebulan?

Begitulah caranya anda boleh berjaya – ianya mudah & ringkas, cara mudah untuk berjaya melalui urusniaga pos daripada peringkat permulaan, asas lagi. Inilah asasnya – rahsia bagaimana orang lain melakukannya dan bagaimana anda juga boleh melakukannya. Aturkan urusan anda, ikuti pertunjuk yang diberi dan… anda akan berjaya. Dan ingat… produk paling baik ialah jenis panduan ‘bagaimana untuk..” dimana orang mahu belajar dan sanggup membayar untuknya. Mudah, cuba fahami kaedahnya, letakkan diri anda untuk berjaya .. mungkin tahun depan anda boleh menjadi JUTAWAN!!

Ads by AdCents

Search N Earn Program


 

 

15

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: