TEKNIK (RAHSIA) MENJUAL BUKU~e-BUKU MELALUI POS~INTERNET YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN

Posted on Mei 10, 2007. Filed under: Uncategorized |

Jumlah buku / e-buku yang dijual melalui pos / internet oleh usahawan kecil-kecilan semakin meningkat jumlahnya setiap tahun. Jumlah jualan setiap tahun bagi tempoh tiga tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus. Kaedah baru yang digunakan telah menjadikan peningkatan yang luarbiasa daripada sebelumnya. Salah satu cara yang digunakan untuk menawarkan banyak koleksi buku / e-buku ialah dengan menggunakan mini katalog / e-katalog, yakni dengan memasukkan katalog tersebut di dalam pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan. Mini katalog biasanya kertas saiz A4 ataupun 81/2 kali 11 inci yang kemudian dilipat dua atau pun tiga, lalu dimasukkan kedalam sampul surat yang berisi pesanan buku yang diminta oleh pembeli. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam majalah ataupun akhbar yang dijual oleh pengedar. Ataupun ianya juga boleh diedarkan terus kepada pelanggan melalui pos dengan membuat iklan-iklan terlebih dahulu. Semua kaedah ini memang sangat menguntungkan untuk dilaksanakan. Mini katalog anda harus mempunyai 1, 2, atau 3 muka surat. Di muka surat pertama anda hanya perlu menerangkan serba sedikit mengenai buku-buku yang anda tawarkan, ceritakan tajuk dan faedah yang boleh diperolehi jika membaca dan membeli buku tersebut. Di muka surat kedua anda boleh menyenaraikan tajuk buku dan juga harga-harganya. Seterusnya di muka surat berikutnya, letakkan pula borang pesanan dan cara-cara untuk membuat bayaran dan pesanan. Sertakan nama dan alamat surat menyurat. Setiap senarai yang ditawarkan hendaklah disertakan keterangan pendek supaya pembaca boleh memahami dan mendapat faedah. Katalog mini anda itu hendaklah dibuat dengan kemas dan bertaip menggunakan bentuk tulisan dan saiz yang menarik, jika boleh sertakan juga gambar-gambar grafik yang menarik. Bagi setiap helai adalah lebih baik jika dicetak dengan warna yang berlainan. Dalam satu penyelidikan yang telah dibuat tidak lama dahulu mendapati, katalog yang dicetak dengan kertas bermutu akan dapat menambahkan lagi hasil jualan buku anda. Syarikat-syarikat besar yang menawarkan katalog telah disediakan oleh mereka sendiri. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut: PREMIER PUBLISHERS of Fort Worth, Texas USA dan WILSHIRE BOOKS di N.Hollywood, CALIFORNIA, USA , atau anda boleh menghubungi ICEMALL BOOKSTORE di Http:/www.icemall.com. Tulis surat kepada mereka atau menghubungi melalui internet dengan menyatakan keinginan anda untuk menjadi pengedar mereka.Perenggan di atas banyak mengenai buku (fizikal), begitu juga dengan e-buku dimana anda boleh lampirkan sekali e-katalog anda ke email pelanggan anda. Ini adalah contoh kaedah “upsell”.

16


Ads by AdCents

Advertising on this site

Search N Earn Program

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “TEKNIK (RAHSIA) MENJUAL BUKU~e-BUKU MELALUI POS~INTERNET YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

Artikel ni menarik, dan praktikal. Teruskan usaha anda, Khairul…


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: