RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN

Posted on Mei 21, 2007. Filed under: Some Ideas |

Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut. Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan. Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya di dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.

Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung. Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos / online atau buka kelas jahitan. Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan atau menulis buku berkaitan pengurusan.

Jika anda seorang mekanik, anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang jurueletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.

Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang dan pusat ternakan sebagai satu pakej pelancongan. Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah. Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan, pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.

Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain. Jika anda seorang akauntan, anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil. Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara di bidang guaman. Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud di dalam diri sendiri.

Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda, boleh ditemui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu (3-4 tahun lepas) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam perniagaan.

Ketika itu umur saya baru 24 tahun.Saya banyak terdedah di dalam dunia teknologi maklumat dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah saya sanggup bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah tertipu dalam pelaburan internet dan macam-macam program lain serta sebahagian simpanan dari penat lelah habis begitu sahaja. Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja, saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luarbiasa tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘ THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.

Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal iaitu lebih daripada seratus ringgit. Tetapi saya mahu mencuba, dan setelah selesai membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi iaitu fotografi. Saya pun mencari bahan menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja dan menjualnya secara pos.

Percubaan tersebut telah mendapat sambutan yang agak baik juga dan dari situlah saya telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman saya selama beberapa bulan, sekarang saya sudah mahir untuk menulis mengenai berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah saya boleh menulis beberapa panduan setebal 2 hingga 10 muka surat dalam masa beberapa jam sahaja. Panduan ini saya menulisnya sendiri dengan hanya mengambil masa kurang dari dua jam.

Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ini sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dalam sebulan. Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskhah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos / internet. Untuk menulis bukannya suatu yang amat sukar kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis di atas meja makan di rumah saya menggunakan komputer buku (note book computer). Dahulu semasa saya tiada komputer, saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.

Setelah saya mampu membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku, kerja-kerja menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak. BERTINDAKLAH SEKARANG!!

(17)

 

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

[…] to : daniel, saifulsham, eenx, mohdsuhaimy, alang, ideaunik, rajawang, rajaadsense, naem, […]


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: