RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV

Posted on Jun 11, 2007. Filed under: Some Ideas |

Adakah anda seronok menonton televisyen? Mahukah anda menggunakan televisyen anda sebagai alat mencari wang? Salah satu caranya ialah dengan menjadikan rancangan membeli-belah di rumah sebagai landasan anda untuk mencari wang. Dengan penelitian dan kajian yang baik mengenai pasaran tempatan (di kawasan tempat tinggal anda) untuk mencari pasaran bagi produk yang luas.

Akhirnya anda akan mendapati bahawa rancangan membeli-belah di rumah memang memberikan peluang yang hebat. Anda boleh membeli produk-produk tersebut dan menjualnya semula kepada pengguna tempatan atau kawan-kawan anda. Anda juga boleh menjadi orang tengah dan mendapat keuntungan melalui urusniaga itu.

Katakan sebuah produk untuk kegunaan rumah itu berharga RM50, anda mencari pasaran dan membuat pesanan secara pos / internet bagi jumlah yang banyak kemudian anda menjualnya dengan harga RM80. Setiap satu anda akan mendapat untung sebanyak RM30. Ini adalah contoh termudah yang boleh dilakukan. Satu cara lagi untuk mencari wang hanya dengan rancangan infomericals yang ke udara dan anda boleh memohon untuk menjadi hos atau penyampai atau juruhebah untuk rancangan pengiklanan.

Anda mungkin boleh menghubungi salah sebuah stesen televisyen tersebut. Rancangan televisyen dan penyiaran adalah merupakan satu industri yang sangat kompetitif pada masa sekarang. Disebabkan wang pengguna dan pengiklan adalah merupakan satu perkara penting yang perlu difikirkan di dalam penyusunan program jualan barang melalui rancangan televisyen, ia harus dilakukan dengan berhati-hati.

Persaingan yang ada di dalam industri ini juga telah memberikan peluang yang sangat besar kepada dunia perniagaan. Jika anda boleh melakukan sesuatu kebaikan, contohnya dengan menjadikan jumlah penonton rancangan TV untuk produk tersebut meningkat sudah tentu anda boleh menjadi terkenal. Anda akan dicari serta ditawarkan peluang yang baik, atau anda boleh menjadi orang tengah (broker). Anda boleh menerima tawaran dengan mengikat kontrak dan sebagainya.

Anda juga boleh menjadi broker yang berperanan untuk mencari pasaran mengetahui pasaran pelanggan anda. Broker juga berperanan menghubungkan pihak pengiklan dengan pihak pengusaha stesyen televisyen. Peranan broker sebagai orang tengah adalah penting lebih-lebih lagi apabila beliau telah biasa berurusan dan ini boleh memberikan komisen yang baik kepada pihak broker yang dibayar oleh pihak pengusaha stesyen dan juga pihak pengiklan.

Stesyen penyiaran merupakan satu industri yang sangat kompetitif dan kadar bayaran untuk iklan juga sangat besar dan berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Seringkali terjadi di mana sebuah stesyen penyiaran tidak mempunyai pegawai pemasaran yang mana boleh menjadi sumber pendapatan yang memang menguntungkan.

Sebagai seorang broker adalah menjadi tugas anda untuk mencari pasaran baru dan membantu stesyen penyiaran anda. Apabila berurusan dengan pelanggan anda (pengiklan), anda perlu menerangkan dan memberitahu bagaimana anda boleh menjimatkan kos mereka sama ada dalam bentuk wang atau pun masa dengan menggunakan kaedah khusus yang anda ketahui.

Ini kerana bajet pelanggan anda sudah tentu terhad, mereka hanya akan membelanjakan wang kepada perkara yang lebih efektif sahaja. Mereka hanya akan lebih berminat dan tertarik kepada perkara yang boleh menambahkan wang mereka sahaja. Peranan sebagai seorang broker adalah untuk membantu mereka membuat keputusan penting ini

(19)

Free-Ad-Depot WangCyber

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: