25 LANGKAH MEMBINA KEJAYAAN DI DALAM PERNIAGAAN SECARA POS / INTERNET

Posted on Julai 25, 2007. Filed under: Some Ideas |

Berikut ini dinyatakan langkah-langkah terbaik dan hasil daripada kajian dan juga pengalaman pakar-pakar usahawan secara pos / internet di seluruh dunia. Anda boleh mengikuti kaedah yang diberikan di samping anda membuat kajian dan juga ujian untuk mendapatkan pengalaman dan kaedah yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik di dalam sebarang usaha ialah dengan melalui proses CUBA dan GAGAL. Setelah mendapat satu kegagalan dan jika kita dapat mengatasi masalah yang berbangkit yang menyebabkan kegagalan tersebut, sudah tentu kita akan mengetahui kelemahan tersebut.

Dengan itu kita menjadi lebih baik, bijak dan boleh dengan mudah mengatasi masalah tersebut. Pengalaman tersebut akan memajukan lagi perniagaan kita walaupun ianya diusahakan secara kecil pada peringkat awal ini. Selamat mencuba dan cubalah dengan sungguh-sungguh supaya hasilnya adalah yang terbaik.

1. Bacalah semua subjek dan perkara mengenai perniagaan gayapos / internet dan gunakanlah segala pengetahuan tersebut untuk membina perniagaan anda itu.

2. Pada peringkat awal adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan ini secara sambilan terlebih dahulu sehinggalah anda sudah mulai memperolehi keuntungan sebenar. Kemudian kembangkanlah perniagaan anda itu sehinggalah anda boleh menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa.

3. Anda mestilah tekun melakukan kerjaya baru anda itu sehinggalah anda berjaya memperolehi pendapatan. Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba dan melakukannya sehingga berjaya. Jadikan halangan dan kegagalan terdahulu sebagai batu loncatan untuk membina kejayaan.

4. Belilah barang keperluan alat-alat tulis seperi resit-resit, bil-bil, rubber stamp, adhesive label, letter head, sampul surat dan jika mampu beli sebuah komputer. Ini dapat menghasilkan satu kerja yang bermutu dan lebih professional.

5. Rancanglah tempat atau kawasan untuk anda beroperasi supaya ianya mudah dilakukan. Contohnya seperti alamat untuk urusan pos supaya ianya boleh berjalan lancar dan mudah dihubungi.

6.Binalah perniagaan anda yang berhubung kait dengan cara meningkatkan sumber kewangan, atau money-making plan. Bacalah mengenai cara pengiklanan dan pengurusan dan segala maklumat berkaitan dengan kaedah ini supaya ia dapat membantu anda memperolehi pulangan yang lumayan. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan berikan kepada pelanggan anda pilihan yang terbaik sekali.

7. Pilihlah produk atau perkhidmatan yang menarik minat dan hati anda dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Produk yang paling baik untuk dijual secara pos / internet ialah berupa maklumat berkaitan masalah meningkat sumber kewangan.

8. Periksalah bahan-bahan bercetak yang boleh anda beli, pastikan anda boleh mendapat bahan bercetak yang boleh dicetak dan dijual semula. Dengan itu anda boleh mencetaknya semula dan menjualnya tanpa menghadapi masalah bekalan. Ini adalah cara terbaik untuk menjalankan dan memulakan perniagaan secara pos / internet.

9. Pastikan pesanan daripada pelanggan anda boleh diberikan tepat pada masanya dengan kualiti yang terbaik dan mereka cukup berpuas hati dengan perkhidmatan anda.

10. Tawarkan kepada pelanggan anda beberapa produk susulan selepas mereka membeli produk yang pertama dan kirimkan surat jualan, email ataupun katalog yang bermutu kepada mereka.

11. Tawarkan kepada pelanggan anda JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN untuk produk-produk yang tidak diberikan tawaran istimewa atau tidak diberikan harga potongan.

12. Gunakan bahan bercetak yang bermutu, jangan gunakan katalog dan surat jualan yang fotokopi dengan kabur dan kotor. Bahan bagi sesuatu produk yang anda jual akan memberikan kesan terus atau reflek kepada anda sendiri sebagai usahawan.

13. Sentiasalah rekodkan barang-barang yang anda gunakan, begitu juga dengan iklan-iklan yang anda siarkan. Rekodkan yang mana satu telah menghasilkan jualan yang baik dan yang mana pula tidak menghasilkan jualan yang sepatutnya. Dengan itu jika ada masalah anda boleh membuat perubahan dengan mudah.

14. Di dalam iklan yang anda siarkan, gunakanlah perkataan MAKLUMAT PERCUMA – untuk keterangan lanjut sila berikan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri dan sebagainya yang boleh membantu jualan produk anda. Jangan meminta bayaran melebihi RM1 atau RM2 bagi iklan sekecil 1×2 inci yang anda buat.

15. Buatlah seberapa banyak iklan di dalam beberapa banyak penerbitan seperti akhbar, majalah atau email yang anda ketahui jumlah edarannya melebihi 10,000 naskah setiap kali.

16. Tukarlah penerbitan yang tidak berkesan supaya anda boleh mencapai sasaran jumlah pembaca yang besar untuk melihat iklan anda.

17. Gunakanlah idea yang diberikan oleh pembekal kerana iklan-iklan mereka ditulis dan dihasilkan oleh pakar di dalam bidang iklan.

18. Jangan menulis sebarang iklan sebelum anda mengkaji sepenuhnya, dan sebelum anda mengetahui subjeknya. Sebaiknya anda belajar dan kajilah mengenai iklan dari pesaing atau pengiklan lain.

19. Jangan bimbang dan takut untuk mendapatkan bantuan dari pakar penulis iklan atau professional yang mengetahui cara untuk meningkatkan pesanan.

20. Kebanyakkan surat jualan atau pun katalog yang disertakan borang pesanan dan menawarkan produk yang berharga sekitar RM20 kebawah akan menghasilkan jualan yang lebih baik.

21. Buat iklan anda di dalam penerbitan yang mana para pembacanya mempunyai minat untuk membaca iklan-iklan seperti yang anda siarkan.

22. Jika anda mempunyai kadar kiriman melebihi 300 pucuk surat, anda boleh memohon permit untuk bulk mailing atau franking di pejabat-pejabat pos.

23. Hantarkan pesanan kepada pelanggan anda dengan segera. Paling minima dalam masa kurang daripada 15 hari. Dan mestilah menggunakan kadar bayaran pos yang betul.

24. Beritahu kepada pelanggan anda jika pesanan mereka terpaksa dihantar lewat kerana masalah bekalan dan sebagainya.

25. Jadilah peniaga yang jujur. Jika ada pesanan yang dikembalikan semula, berikan wang mereka semula.

Perkara-perkara yang disenaraikan diatas adalah merupakan kaedah yang boleh membantu meningkatkan pendapatan anda dengan lebih drastik lagi. Anda tidak perlu mempelajari kaedah perniagaan yang begitu kompleks dan rumit seperti kaedah pengurusan korporat. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak untuk menggaji pekerja, menyewa premis perniagaan (kedai) atau menyewa pejabat untuk menjalan perniagaan secara pos / internet anda.

Anda boleh melakukan kerja-kerja ini di rumah, boleh dilakukan di bilik tidur, di dapur rumah anda atau di mana-mana sudut rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan selesa, anda boleh menikmati keseronokkan hidup sebenar dengan masa lapang yang banyak, di samping pendapatan yang lumayan.

Perniagaan menjual maklumat secara pos / internet memang sangat menguntungkan. Jika anda mempunyai hanya satu produk seperti laporan atau panduan, dan jika dilakukan secara terus menerus dan tetap ianya boleh menghasilkan pendapatan minima sebanyak RM3,000 sebulan.

Saya pasti anda boleh melakukannya dan boleh menjadi seorang yang berjaya dan kreatif. Nasihat saya ialah jika anda sudah berkemampuan, belilah sebuah komputer untuk meningkatkan lagi pengurusan dan kerja anda. Sekian dari saya, selamat maju jaya dan salam bahagia.

(21)

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “25 LANGKAH MEMBINA KEJAYAAN DI DALAM PERNIAGAAN SECARA POS / INTERNET”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

Artikel yang best… Dan praktikal…


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: