Archive for Ogos 2007

BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG KREATIF

Posted on Ogos 30, 2007. Filed under: Some Ideas |

Kreativiti bukanlah hanya untuk artis-artis sahaja. Ia menjadi bagai batu loncatan untuk kejayaan seseorang dalam segala bidang. Mereka yang tahu bagaimana menggunakan minda kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan menjadi seorang yang paling cemerlang dalam kerjaya, membina banyak bisnes yang menguntungkan dan berjaya menarik ramai kawan-kawan yang bijak pandai.

Setiap orang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri. Malangnya, mereka tidak belajar bagaimana cara untuk menggunakannya selalu. Daya kreativiti tersebut tersimpan di minda mereka, tidak diguna pakai setiap hari. Artikel yang anda sedang baca ini membongkar rahsia bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dan berjaya!

Kebijaksaan : Bagaimana Menggunakannya

“Ya lah, macamana aku tidak terfikir sebegitu?”

Bukankah itu yang selalu anda katakan apabila seseorang telah mendapat jawapan kepada masalah yang agak rumit? Apabila masalah seperti tidak boleh diselesaikan seperti biasa, orang kreatif tidak teragak-agak untuk memikirkan dengan cara pendekatan yang berbeza.

Contohnya ialah Ulyssess S. Grant. Abraham Lincoln, presiden USA suka bercerita tentang Grant, semasa zaman kanak-kanaknya suka menggunakan akalnya untuk mengalahkan anak lembu yang tidak suka sesiapa pun menunggangnya. Anak lembu tersebut sungguh keras kepala sehingga ia telah dibeli oleh seorang pemain sarkas, yang menawarkan wang kepada sesiapa sahaja yang berjaya menunggangnya pada masa yang ditetapkan.

Grant melihat beberapa orang muda yang lebih tua daripadanya dilempar ke atas tanah oleh anak lembu tersebut apabila mereka cuba menunggangnya. Dia mencuba menaiki badan anak lembu itu dan berjaya bertahan beberapa waktu tetapi akhirnya terjatuh juga. Kemudian, beliau menggunakan kebijaksaannya. Selepas mendapat kebenaran untuk mencuba lagi, kali ini beliau akan menyelesaikan masalah ini daripada sudut yang lain.

Daripada menunggang seperti biasa, dia melompat ke atas badan lembu itu dengan terbalik, iaitu memandang ke arah ekor dan bukannya kepala. Budak itu mencengkam perut anak lembu itu dengan kakinya dan memegang ekor lembu tersebut dengan kedua-dua tangannya. Walau bagaimana cara sekalipun lembu itu menggoncang dan menghentak, ia tetap tidak dapat menjatuhkan budak itu. Anak lembu itu berjaya dikalahkan dan Ulysses S. Grant memenangi hadiah. Selepas membesar, Grant memasuki tentera dan mengetuai batalion serta memenangi perang saudara.

Daripada pengalaman Grant ini telah memberi dua kegunaan penting kreativiti;

  1. Mencari jawapan yang pelik untuk satu masalah yang rumit
  2. Mencetuskan konsep baru.


Lengkapkan diri anda dengan kreativiti

Keyakinan adalah satu kunci ke arah kreativiti. Apabila anda tahu bahawa terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalah (walaupun anda belum tahu lagi apa caranya) anda mendapat semangat untuk mencari jawapannya. Seseorang yang sentiasa memberikan idea-idea bernas bukanlah lebih kreatif daripada kita semua. Mereka sebenarnya mempunyai lebih keyakinan.

Bagaimana anda boleh mempunyai keyakinan seperti itu? Dengan mengetahui bahawa, terdapat penyelesaian bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara.

Jika berkeyakinan adalah prinsip yang pertama, keduanya pula ialah minda yang bebas. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell berkata:

Jangan selalu menggunakan jalan awam, pergi di mana orang lain pernah pergi. Pergi ke suatu tempat yang anda tidak pernah pergi. Anda pasti akan berjumpa dengan sesuatu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Satu penemuan akan membawa anda ke satu penemuan yang lain, dan tanpa anda sedari anda mempunyai sesuatu yang bagus untuk difikirkan. Semua penemuan yang penting adalah berasal daripada pemikiran.

Minda yang bebas tidak terbelenggu dengan cara yang biasa dilakukan. Walau apa juga orang lain kata, beliau tahu terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara, dan dia tidak takut untuk mencuba sebarang bentuk kemungkinan.

Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti

Terdapat satu cara untuk mempertingkatkan kreativiti anda dalam menyelesaikan apa juga masalah yang sukar. Mula dengan mengetahui rahsia ini;

Apabila satu masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan cara konvensional, biasanya itu adalah kerana tiada rantai kaitan (missing link).

Masalah Grant yang tidak dapat bertahan lama diatas anak lembu tadi pada mulanya kerana tiada tempat untuk berpegang. Itulah dikatakan tiada rantai kaitan. Oleh itu inilah langkah pertama yang perlu diambil untuk mencari penyelesaian kepada masalah sukar ialah menentukan apakah dia rantai kaitan yang tiada. Objektif anda adalah untuk mencari satu perkara, jika ianya wujud akan menyelesaikan masalah. Jangan bimbang jika pada mulanya anda boleh mengadakan kaitan tersebut atau tidak. Hanya cari apakah kaitan yang tiada.

Pada tahun 1930s, Aramco, syarikat kerjasama Arab-American Oil Company memerlukan satu kenderaan yang boleh berjalan di atas padang pasir. Masalahnya ialah pasir tersebut yang menyebabkan tayar kenderaan tenggelam dan tidak bergerak. Oleh kerana tiada kajian yang dibuat keatas masalah ini, jurutera Aramco, Richard Kerr tidak mempunyai data kejuruteraan untuk mereka bentuk tayar yang dapat mencengkam di atas padang pasir. Jadi, perkara pertama ialah mencari kaitan yang tiada (missing link) iaitu kurangnya data kejuruteraan.

Langkah kedua ialah mencari jalan untuk mendapatkan data yang sesuai. Cuba dan salah (trial and error) adalah satu cara tetapi ia mengambil masa yang agak lama. Sedang beliau mencari idea untuk menyelesaikannya, satu cara ialah dengan meniru unta, yang tidak mempunyai masalah berjalan di atas padang pasir. Walaupun berat dan besar, unta tidak mudah untuk tenggelam dipadang pasir.

Walaupun idea itu agak gila, cengkaman yang digunakan oleh unta pastinya boleh digunakan oleh kenderaan. Dia mengukur luas kawasan bukaan kaki unta tersebut dan mengambil berat unta sekali. Ini memberikan beliau data kejuruteraan untuk menentukan bentuk dan tekanan tayar yang diperlukan di padang pasir. Akhirnya beliau berjaya mencipta tayar yang sesuai digunakan di padang pasir. Tayar yang dicipta itu masih digunakan sehingga hari ini di padang pasir oleh kenderaan-kenderaan komersial.

Teknik Missing Link adalah satu perkara penting yang perlu anda tahu untuk menyelesaikan apa juga masalah yang timbul. Ia meningkatkan daya kreativiti anda dalam mencari penyelesaian yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini.

Bagaimana mendapat idea kreatif

Kita telah membicarakan bagaimana menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana pula menggunakannya untuk mendapat idea yang dapat memberi kita banyak peluang?

Kebanyakan penemuan terulung di dunia ini dijumpai dengan tidak sengaja. Isaac Newton terkejut apabila sebiji epal terjatuh ke atas kepalanya, di mana kemudiannya telah menyebabkan beliau menemui teori graviti. William H. Mason pula sedang mencuba untuk mencari cara untuk menanggalkan turpentine daripada kayu balak. Selepas melawat banyak kawasan pembalakan, dia melihat banyak kayu yang dibazirkan. Dia mengambil semua kayu-kayu kecil dan disatukan untuk menjadi sekeping papan yang apabila diberi tekanan tinggi boleh memberikan satu panel kuat, seperti yang kita dapati hari ini iaitu plywood.

Adalah sesuatu yang biasa satu penemuan dan reka cipta ditemui dengan cara yang tidak sengaja ini, dan idea yang asal dilupakan untuk meneruskan projek baru yang lebih menguntungkan.

Ini memberikan kita satu penemuan iaitu idea baru tidak pernah asli. Ia adalah gabungan dan ubahsuai daripada idea yang lain. Bill Gates tidak mencipta komputer seperti Steve Jobs (komputer Apple), tetapi menulis software untuk apple dan kemudian melihat peluangnya lebih cerah jika software itu boleh digunakan oleh semua jenis komputer. Kini Windows ciptaan beliau digunakan hampir kesemua komputer didunia ini. Oleh itu mengapa anda perlu bersusah payah mencipta idea baru, sedangkan idea yang anda perlukan sudah wujud dalam keadaan yang berbeza? Fikirkan kemungkinan yang ada. Jangan menunggu sehingga anda mendapat inspirasi untuk mendapat idea kreatif, pada hal anda boleh mencuba idea yang asal, ubahsuai menjadi satu keperluan yang anda mahukan.

Minda separa-sedar (subconscious) : Berikan anda idea dan penyelesaian

Adalah penting untuk diingatkan bahawa terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap keperluan. Mungkin anda tidak sedar, bahawa idea dan jawapan itu mungkin sudah disimpan dalam minda anda

Para saintis telah membuat kajian dan mendapati terdapat 15 trillion data telah di simpan di dalam minda anda sepanjang hidup. Jika trillion data terdapat di sini, berapa zillion datakah yang boleh diwujudkan dengan kombinasi daripada data-data tersebut? Dengan potensi ini, kemungkinan terdapat jawapan adalah cukup tinggi.

Itu adalah berita baiknya. Berita tidak baiknya pula ialah 90 peratus daripada maklumat itu tersimpan di dalam minda separa-sedar anda, tiada cara mudah untuk membukanya. Ia terkeluar apabila ia mahu dan tidak pada masa anda sedang sedar dan mahukannya. Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk mengambil data-data ini ialah dengan tidur! Banyak idea penting dan penemuan telah dibuat selepas anda tidur nyenyak. Anda seharusnya tahu bahawa ia datangnya daripada minda separa-sedar anda.

Bagaimana ia berlaku adalah seperti berikut;

· Semasa anda sedang sedar dan berusaha untuk mencari jawapan kepada masalah anda, minda separa-sedar anda juga sedar akan apa yang anda sedang cari.

· Minda separa-sedar anda tidak pernah berehat, walaupun anda sedang tidur. Ia sentiasa memilih data-data yang tersimpan di dalamnya.

· Minit, jam atau hari selepas anda berhenti daripada memikirkan masalah tersebut, minda separa-sedar anda akan memberikan jawapan sepintas lalu kepada anda, Anda tiba-tiba mendapat idea baru, atau jawapan kepada masalah yang rumit semasa anda sedang membuat perkara lain.

Contohnya Sir Walter Scott mendapat idea baru apabila baru sahaja bangun dari tidur. Einstein dilaporkan mendapat idea terbaiknya semasa sedang bercukur. Thomas Edison pula setelah mencuba beberapa kali, akan berhenti selama 24 jam dan pada masa itu beliau akan menemui idea-idea baru. Mozart pula dikhabarkan mendapat idea lagunya ketika sedang berdengkur. Apabila bangun, beliau akan menulis nota lagu tersebut yang beliau dapatinya semasa tidur.

Jangan tersalah anggap, satu perkara perlu diambil perhatian: setiap orang di atas adalah mereka yang cukup pakar dalam bidang masing-masing. Mereka tidak menjadi genius dariapda idea yang datang semasa sedang tidur. Minda separa-sedar hanya memilih maklumat yang telah disimpan beberapa tahun dan melaporkan data tersebut seperti yang anda mahukan.

Oleh yang demikian, maklumat berharga yang anda perolehi ini perlu anda lakukan sendiri. Tanpa teknik-teknik ini mungkin idea-idea kreatif anda akan tersimpan begitu sahaja.

(26)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

BAGAIMANA MENJADI KAYA CARA SENANG

Posted on Ogos 21, 2007. Filed under: Some Ideas |

Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan menjadi sesuatu yang agak pelik mengapa ramai yang tidak mengambil peluang yang terhidang di depan mata. Apabila anda memikirkan secara halus, perkara yang diperlukan untuk seseorang menjadi kaya ialah satu pandangan yang jauh dan tenaga untuk menjalankan bisnes tersebut.

Salah satu cara yang paling senang untuk mencari kekayaan, dan satu cara yang selalu digunakan oleh mereka yang bijak ialah memberikan kepakaran, peralatan atau modal untuk sesuatu perniagaan yang meyakinkan. Biasanya anda membeli saham sebagai rakan kongsi, kemudian apabila bisnes sudah berkembang anda pastinya mendapat habuan yang setimpal.

Perkara yang bagusnya tentang cara ini ialah anda boleh membuat perkara yang sama, sebanyak yang boleh. Anda boleh mulakan dengan memberikan khidmat pemasaran atau penjualan untuk satu perniagaan kecil – kemudian apabila bisnes tersebut mula berkembang dan pendapatan yang anda perolehi digunakan untuk dilaburkan ke dalam satu bisnes yang lain pula, dan lakukan sehingga anda mempunyai 25 jenis perniagaan. Jika satu bisnes anda memperoleh RM400 sebulan daripada 25 jenis bisnes, pendapatan anda boleh mencecah RM10,000 sebulan! Sebagai permulaan, ini adalah satu jumlah yang agak banyak!

Cuba lihat sekeliling tempat anda – dengan tumpuan sepenuhnya anda akan dapati beberapa ratus bisnes kecil-kecilan yang boleh berkembang dengan pertolongan daripada anda.

Kebanyakkan bisnes mahukan dan mengalu-alukan khidmat pemasaran, promosi, iklan dan pembantu jualan. Dengan sedikit kajiselidik, anda akan dapati bahawa kehadiran anda amat diperlukan untuk memajukan bisnes mereka.

Biasanya anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa dan berbincang dengan tuan punya kedai berkenaan mengenai beberapa idea yang dapat menggandakan perniagaan mereka. Dengan cara ini sudah pasti mereka tidak sabar untuk berjumpa anda.

Sebagai persediaan, pastikan anda menulis idea anda di atas kertas. Ketengahkan idea anda, kos yang diperlukan dan faedah yang akan diperolehi.

Kemudian apabila anda sampai untuk berjumpa, pastikan anda nampak dan dilihat sebagai seorang bisnesman yang terkenal. Beberapa ketika bercerita kosong sebelum anda mulakan proposal anda.

Pentingnya ialah anda perlu memberitahu kepada tauke bisnes tersebut bahawa anda boleh meningkatkan bisnes mereka dengan menukar 10 hingga 20% saham syarikat tersebut yang tidak begitu seberapa. Sudah tentu jika mereka tidak mahu memberikan saham, anda cadangkan supaya anda menjadi konsultan sahaja.

Hampir semua bisnes mahukan pertolongan dari segenap segi. Pemilik bisnes sudah tentu sibuk menguruskan bisnes mereka – dan merasakan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan semuanya, menyebabkan banyak perkara penting yang dibiarkan. Ini akan menyebabkan bisnes mereka menjadi merosot, lebih kurang 60% akan menutup perniagaan mereka atau menjualnya kepada orang lain.

Satu lagi cara lain untuk anda memasuki bisnes seseorang ialah dengan memberi pinjaman kewangan. Jika anda mempunyai modal RM10 atau RM15 ribu dengan mudahnya anda boleh menembusi bisnes mereka. Pastikan anda meneliti terlebih dahulu potensi bisnes tersebut dan apabila melihat ianya bakal berkembang dengan memerlukan sedikit modal, anda perlu pantas mendapatkannya.

Anda boleh memilih banyak bisnes yang demikian dengan hanya perlu menyiarkan iklan yang berikut :

BISNES EKSEKUTIF MENCARI RAKAN

KONGSI PERNIAGAAN SEBAGAI RAKAN

KONGSI ATAU SUNTIKAN MODAL.

TEL: XXXXXX

Ramai yang telah berkecimpung dalam bisnes ini setiap hari tanpa memerlukan modal permulaan yang besar. Apa yang penting ialah anda perlu bertindak pantas, jika dilakukan dengan sebaiknya anda pasti boleh menjadi kaya!

(25)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM5,000 SEMINGGU HANYA BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN

Posted on Ogos 11, 2007. Filed under: Some Ideas |

Seminar dan workshop pada hari ini adalah merupakan satu cara utama bagi orang dewasa untuk belajar, yang mana ianya merupakan satu sistem pembelajaran yang mempunyai kaedah seperti mana pembelajaran akademik. Kaedah mudah dan pendek ini memberikan dan menghidangkan maklumat yang sangat berkesan dan efisien. Anda boleh menjalankan seminar mengenai sebarang subjek .

Dengan bayaran untuk menghadiri seminar tidak kurang daripada RM20 seorang, ianya menjanjikan peluang membuat duit yang sangat besar. Kebiasannya bayaran dikenakan adalah di antara RM50 hingga RM500 seorang.

Ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM3500 seorang, bergantung kepada jenis seminar yang dianjurkan. Dan di dalam melaksanakan seminar ini anda boleh memperolehi pendapatan beberapa ribu ringgit sehari, dengan margin keuntungan melebihi dua puluh peratus atau lebih.

Apa yang anda perlukan ialah telefon, komputer / komputer riba, kabinet untuk fail, dan sedikit borang dan juga alat-alat tulis. Jikalau anda boleh menarik minat ramai orang anda boleh menjual atau mengenakan bayaran sebanyak RM500 seorang untuk seminar yang akan anda jalankan. Mungkin ia lebih mudah daripada menjual seminar yang berharga RM50.

Bayaran untuk sesuatu seminar tidak terbatas tetapi dua pertiga di antaranya adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM500. Dengan pengurusan yang tepat, anda boleh meletakkan harga setinggi yang anda rasa boleh anda lakukan.

Dan jangan lupa kaji selidik yang perlu dilakukan suapaya penyertaan tidak berkurangan kerana peningkatan harga yang anda lakukan. Dan jangan meletakkan harga yang terlalu rendah kerana kos yang diperlukan mungkin tinggi, jika begitu anda akan menghadapi masalah besar pula nanti.

Pengiklanan utama anda adalah melalui pemasaran terus dan secara pos / email / kaedah pemasaran online yang lain. Direct respons marketing adalah termasuk urusan pos terus, yang mana ia memberikan motivasi dengan cepat kepada pembaca. Contoh paling baik mengenai direct mail marketing ialah Uji Kata Reader’s Digest.

Tempat atau dewan untuk seminar yang akan anda jalankan mestilah mempunyai unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan selesa. Anda boleh memilih untuk menyewa dewan yang besar dan mewah tetapi tidka mempunyai peserta yang ramai atau anda boleh menyewa dewan kecil tetapi selesa dan ia akan dipenuhi peserta. Kawasan tersebut tidaklah perlu terlalu fancy / menarik tetapi biarlah ia mudah ditemui, selesa dan selamat.

Panjang seminar yang akan anda jalankan haruslah berdasarkan kandungan yang boleh anda sediakan. Jangan terlalu memanjangkan seminar anda sehingga membuatkan peserta terpaksa menunggu sehingga ke waktu malam.

Untuk mendapatkan seminar yang sesuai panjangnya, anda perlu mengira jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar untuk menyewa dewan, nota, makanan dan lain-lain. Kiralah jumlah bagi program setengah hari dan juga satu hari.

Anda mungkin akan menemui bahawa anda boleh menyampaikan mesej yang lebih berkesan di dalam program selama setengah hari. Ia juga akan dapat memotong kos dan meningkatkan keuntungan anda.

Biasanya kos untuk sewa dewan atau bilik bergantung kepada jumlah jam yang digunakan termasuk penyediaan peralatan seperti skrin, TV, projector slide dan sebagainya. Salah satu risiko di dalam perniagaan seminar ini ialah anda mesti menempah dewan atau bilik lebih awal sebelum anda tahu jumlah peserta yang akan menyertai seminar anda.

Pastikan jika anda menempah dewan, anda tahu tarikh untuk membatalkan tempahan atau mengesahkannya. Anda mahukan supaya peserta-peserta seminar anda meninggalkan bilik seminar dengan perasan puas dan memperolehi sesuatu yang amat berharga dan sekurang-kurangnya mereka juga rasa puas memperolehi perkara berharga dan juga rasa terhibur dengan penyampaian ceramah, diselang-seli jenaka.

Adakah anda akan mendapat kos yang setimpal dan berpatutan jika anda mengupah penceramah? Pada peringkat awal kerjaya anda ini anda mungkin mahu menyampaikan sendiri ceramah anda, bukan hanya ia boleh mengurangkan kos, tetapi anda akan dapat mengetahui apa yang boleh berkesan dan apa yang tidak begitu berkesan.

Penceramah yang bagus mempunyai penguasaan maklumat yang bagus dan memberi kesan yang sungguh baik kepada peserta serta cara persembahan yang sangat baik dan berkesan. Untuk contoh topik, anda boleh memberikan tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuka perniagaan sendiri, menjalankan seminar, membuat pinjaman dan juga apa sahaja topik-topik menarik yang boleh anda fikirkan.

Dan juga melalui kaji selidik yang anda jalankan, anda boleh memberitahu peserta mengenai pengalaman anda sendiri dan memberikan mereka contoh terdekat di dalam bidang tersebut.

Sasarkan juga sekiranya peserta mahukan program lanjutan atau anda menggalakkan mereka memberitahu orang lain mengenai seminar anda, dan dengan itu anda akan mendapat iklan secara percuma. Jika seminar yang diberikan itu berkesan sudah pasti ia akan menjadi sebutan.

Akhirnya sesuatu seminar itu seharusnya memberikan satu suasana yang indah dan menyeronokkan dan satu proses pembelajaran yang berkesan dengan itu ia akan dapat menarik minat lebih ramai peserta pada masa akan datang.

Anda boleh mendapat wang tambahan lagi di akhir sesi program dengan menjual CD ROM, buku-buku, kaset-kaset, dan juga barang yang berkaitan dengan seminar itu.

Jualan seperti itu boleh memberikan peningkatan penambahan sehingga lebih tiga puluh peratus lagi kepada anda. Kerjaya di bidang ini adalah sangat menguntungkan dan ramai yang berjaya membina kejayaan mereka dalam masa hanya beberapa tahun sahaja dan telah memperolehi pulangan yang sangat lumayan.

(24)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM1000 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA!

Posted on Ogos 6, 2007. Filed under: Some Ideas |

Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular. Salah satu peluang lumayan ialah menjadi jurugambar bebas. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.

Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya. Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah menghasilkan gambar yang tidak jelas. Anda juga memerlukan lampu spotlight dan stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda. Tidak perlu membeli peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat – ianya tidak memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu berikan dalam bisnes ini. Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri. Jika anda hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000 sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej. Jika anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda. Ianya bergantung kepada satu perkara, iaitu kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup memuaskan.

Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap. Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.

Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja yang dilakukan. Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir, katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki. Apabila anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan sudah pasti beliau akan kembali semula 1) kerana beliau percaya dengan kejujuran anda 2) kerana jika anda berkata boleh bermakna anda boleh buat.

IKLANKAN KERJA ANDA PADA PORTFOLIO

Buat portfolio iaitu iklan kerja anda pada satu kertas yang berwarna dan hitam putih bersaiz 8×10 untuk ditunjukkan pada bakal pelanggan anda. Portfolio yang bagus mestilah diisikan dengan gambar/slides bersaiz 35mm. Tayangkan pada kad bersaiz 8.5×11 yang disalut dengan plastik yang boleh diisikan sebanyak 20 slides.

Apabila anda sudah berpuas hati dengan portfolio anda, lakukan panggilan telefon kepada agensi pengiklanan dan tunjukkan kepada pengarah artis mutu kerja yang anda boleh lakukan. Buat temujanji dengan kedai-kedai butik dan kedai-kedai fesyen di pusat membeli belah. Jangan lupa untuk berjumpa dengan industri dan kilang-kilang yang mungkin akan menggunakan khidmat anda.

Bersedia untuk menunjukkan portfolio anda pada setiap masa. Setiap orang adalah bakal pelanggan dan anda tidak tahu bilakan masanya anda akan berjumpa mereka. Bawa portfolio anda dalam kereta pada setiap masa. Jika anda berbangga dengan kerja anda, tunjukkan!

TAHU BAGAIMANA HENDAK MELETAKKAN HARGA

Perkara utama yang perlu diingat ialah anda menjalankan bisnes bukanlah untuk memberikan dengan percuma. Anda mesti tahu apakah harga yang patut diletakkan yang bersesuaian dengan mutu kerja anda.

Anda mungkin telah menjimatkan sedikit kos apabila bergerak secara sampingan tanpa perlu membayar sewa studio dan membayar gaji pekerja, tetapi anda mestilah tahu harga yang sepatutnya supaya anda boleh membayar kos dan usaha anda mendapat pulangan sewajarnya.

Dua cara untuk mendapatkan upah 1) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap kerja – iaitu mengikut jumlah filem yang digunakan 2) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap jam yang setimpal dengan kerja dan bakat anda. Harga ini tidak termasuk kos filem, mencuci dan sebagainya.

BUAT RM50,000 SETAHUN BEKERJA SATU HARI SEMINGGU

Samada ekonomi baik atau tidak- pasti akan ada orang yang berkahwin dan kerja untuk jurugambar bebas.

Iklan dari mulut ke mulut adalah alat pemasaran yang terbaik walau apa pun produk yang anda jual. Ianya akan menjadi semakin cepat jika anda mengambil gambar pengantin dan meletakan harga RM1000 bagi setiap gambar untuk kedua-dua keluarga, gambar dinding dan album istimewa untuk pengantin. Kemudian apabila mereka menjemput kawan-kawan untuk melihat, di sinilah saham anda akan mula meningkat.

Anda juga boleh menunjukkan hasil kerja anda kepada kedai bunga dan kedai-kedai pengantin, butik dan katering yang terlibat secara langsung dengan perkahwinan.

Hanya beritahu kepada mereka bahawa anda berbesar hati untuk memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai dan meminta mereka membuat perkara yang sama.

MELETAKKAN HARGA

Pastikan bahawa pengantin faham bagaimana anda meletakkan harga dan apa yang mereka akan dapat sebagai pulangan. Beberapa cara yang boleh anda lakukan:

  1. Tawarkan pakej penuh daripada majlis berinai, berarak, bersanding dan makan damai
  2. Majlis bersanding dan makan damai sahaja
  3. Majlis bersanding sahaja

Untuk perhatian anda, majlis perkahwinan adalah lubuk duit bagi jurugambar bebas. Biasanya jurugambar meletakkan harga RM500 paling murah untuk mengambil gambar sebanyak 5 gulung filem. Jika anda mendapat dua tempahan pada caj yang minima setiap minggu, anda boleh memperoleh RM52,000 setahun. Bagi pakej penuh, anda boleh mendapat sehingga RM100,000 setahun! Ianya hanya bekerja sehari seminggu! Cuba bayangkan berapakah yang anda perolehi jika anda bekerja secara sepenuh masa!

KERJA-KERJA LAIN YANG BOLEH DIAMBIL

Antara beberapa kerja yang boleh difikirkan oleh setiap jurugambar bebas:

  1. Mengambil gamabr budak-budak sekolah, tadika dan sebagainya
  2. Pelajar universiti/kolej yang mengambil ijazah atau diploma
  3. Agen-agen hartanah
  4. Agensi-agensi pengiklanan
  5. Potret keluarga
  6. Potret binatang peliharan
  7. Acara-acara sukan
  8. Gambar potret kanak-kanak

(23)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

100 CARA UNTUK MENJADI BOS SENDIRI

Posted on Ogos 2, 2007. Filed under: Some Ideas |

Jadi anda sekarang mahu bekerja dan menjadi bos kepada diri sendiri ??

Mungkin anda sudah merasa penat dan letih bekerja dengan orang lain dan mereka tidak faham tugas-tugas yang anda lakukan ataupun anda telah bosan dan letih kerana terpaksa berdepan dengan masalah lalulintas yang sesak setiap hari sewaktu pergi dan pulang daripada kerja. Ataupun anda sudah muak dengan suasana politik di pejabat di mana ada budaya ampu dan tukang kipas, dengki mendengki.

Ataupun anda memang sudah yakin dengan diri sendiri yang anda boleh berdikari dan memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada gaji atau pendapatan yang anda terima sekarang ini.

Atau anda sudah bosan bekerja dengan orang lain, mahu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan mewah dan mahu melakukan kerja-kerja tambahan di waktu lapang anda ataupun anda hanya mahu menambahkan pendapatan keluarga anda dan tidak mahu mengabaikan anak-anak anda.

Walau apa pun alasan yang anda berikan, dengan bekerja sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri ia boleh memberikan pulangan yang lebih baik kepada diri anda dan keluarga serta boleh meningkatkan harga diri anda juga. Ianya akan memberikan hasil yang lumayan jika anda dapat menjalankan idea-idea perniagaan yang baik dan tepat. Apakah jenis perniagaan yang boleh menepati IDEA? Biasanya sebarang idea boleh berjaya jikalau mempunyai dan menepati kriteria seperti berikut ini ;

ü Sesuatu yang anda ketahui dan anda boleh melakukannya dengan baik

ü Sesuatu yang anda SUKA untuk melakukannya dan tidak kisah jika sentiasa melakukannya setiap hari

ü Sesuatu yang mempunyai ruang yang luas untuk dipromosikan

ü Sesuatu yang boleh dijual pada harga yang boleh mengatasi harga kos pengeluaran anda dan juga menghasilkan keuntungan yang lumayan kepada anda

ü Sesuatu yang anda boleh lakukan dengan menggunakan modal yang kecil ataupun modal yang mencukupi dan sesuai seperti yang anda rancangkan.

Jikalau anda masih belum lagi menemui cara-cara keusahawanan, mungkin anda boleh melihat dan menggunakan salah satu daripada kaedah dan cara seperti yang disenaraikan di bawah ini. Ada yang boleh memulakan urusniaga mereka di rumah dengan menggunakan kaedah berikut dan ada pula yang masih lagi tidak mengetahui cara untuk memulakan usaha mereka.

Kebanyakannya boleh dijadikan perniagaan sepenuh masa, dan sebahagian daripadanya pula boleh digunakan untuk menambahkan lagi jumlah jenis perniagaan yang sedia ada. Semuanya boleh digunakan sebagai cara untuk mencari wang yang boleh dilakukan di rumah jikalau anda mengetahui cara untuk menjalankan perniagaan melalui idea-idea yang telah diberikan itu, dan jika anda boleh mencari kaedah pemasaran dan boleh memasarkannya dengan teratur.

Perhatikan idea-idea perniagaan seperti berikut :

Penasihat pertanian

Membaiki peralatan elektrik

Konsultan komputer

Membaiki basikal

Penasihat pengurusan

Penulis pelan perniagaan

Kontraktor

Penasihat kejuruteraan

Konsultan alam sekitar
Konsultan francais
Penasihat kesihatan
Perunding imej
Perunding pakar
Perunding kejayaan
Perunding sumber manusia
Perunding antarabangsa
Perunding pemasaran
Perunding perubatan
Perunding mutu
Perunding cara
Perunding produk
Perunding peruncitan
Perunding proposal kontrak kerajaan
Perunding keselamatan

Perunding latihan

Perunding audit utiliti

Perunding pengurusan Berisiko

Kartunis

Pendandan rambut

Kolumnis

Handy man servis

Pengurus artis

Pengurus jualan

(22)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...