BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM1000 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA!

Posted on Ogos 6, 2007. Filed under: Some Ideas |

Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular. Salah satu peluang lumayan ialah menjadi jurugambar bebas. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.

Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya. Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah menghasilkan gambar yang tidak jelas. Anda juga memerlukan lampu spotlight dan stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda. Tidak perlu membeli peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat – ianya tidak memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu berikan dalam bisnes ini. Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri. Jika anda hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000 sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej. Jika anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda. Ianya bergantung kepada satu perkara, iaitu kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup memuaskan.

Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap. Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.

Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja yang dilakukan. Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir, katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki. Apabila anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan sudah pasti beliau akan kembali semula 1) kerana beliau percaya dengan kejujuran anda 2) kerana jika anda berkata boleh bermakna anda boleh buat.

IKLANKAN KERJA ANDA PADA PORTFOLIO

Buat portfolio iaitu iklan kerja anda pada satu kertas yang berwarna dan hitam putih bersaiz 8×10 untuk ditunjukkan pada bakal pelanggan anda. Portfolio yang bagus mestilah diisikan dengan gambar/slides bersaiz 35mm. Tayangkan pada kad bersaiz 8.5×11 yang disalut dengan plastik yang boleh diisikan sebanyak 20 slides.

Apabila anda sudah berpuas hati dengan portfolio anda, lakukan panggilan telefon kepada agensi pengiklanan dan tunjukkan kepada pengarah artis mutu kerja yang anda boleh lakukan. Buat temujanji dengan kedai-kedai butik dan kedai-kedai fesyen di pusat membeli belah. Jangan lupa untuk berjumpa dengan industri dan kilang-kilang yang mungkin akan menggunakan khidmat anda.

Bersedia untuk menunjukkan portfolio anda pada setiap masa. Setiap orang adalah bakal pelanggan dan anda tidak tahu bilakan masanya anda akan berjumpa mereka. Bawa portfolio anda dalam kereta pada setiap masa. Jika anda berbangga dengan kerja anda, tunjukkan!

TAHU BAGAIMANA HENDAK MELETAKKAN HARGA

Perkara utama yang perlu diingat ialah anda menjalankan bisnes bukanlah untuk memberikan dengan percuma. Anda mesti tahu apakah harga yang patut diletakkan yang bersesuaian dengan mutu kerja anda.

Anda mungkin telah menjimatkan sedikit kos apabila bergerak secara sampingan tanpa perlu membayar sewa studio dan membayar gaji pekerja, tetapi anda mestilah tahu harga yang sepatutnya supaya anda boleh membayar kos dan usaha anda mendapat pulangan sewajarnya.

Dua cara untuk mendapatkan upah 1) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap kerja – iaitu mengikut jumlah filem yang digunakan 2) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap jam yang setimpal dengan kerja dan bakat anda. Harga ini tidak termasuk kos filem, mencuci dan sebagainya.

BUAT RM50,000 SETAHUN BEKERJA SATU HARI SEMINGGU

Samada ekonomi baik atau tidak- pasti akan ada orang yang berkahwin dan kerja untuk jurugambar bebas.

Iklan dari mulut ke mulut adalah alat pemasaran yang terbaik walau apa pun produk yang anda jual. Ianya akan menjadi semakin cepat jika anda mengambil gambar pengantin dan meletakan harga RM1000 bagi setiap gambar untuk kedua-dua keluarga, gambar dinding dan album istimewa untuk pengantin. Kemudian apabila mereka menjemput kawan-kawan untuk melihat, di sinilah saham anda akan mula meningkat.

Anda juga boleh menunjukkan hasil kerja anda kepada kedai bunga dan kedai-kedai pengantin, butik dan katering yang terlibat secara langsung dengan perkahwinan.

Hanya beritahu kepada mereka bahawa anda berbesar hati untuk memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai dan meminta mereka membuat perkara yang sama.

MELETAKKAN HARGA

Pastikan bahawa pengantin faham bagaimana anda meletakkan harga dan apa yang mereka akan dapat sebagai pulangan. Beberapa cara yang boleh anda lakukan:

  1. Tawarkan pakej penuh daripada majlis berinai, berarak, bersanding dan makan damai
  2. Majlis bersanding dan makan damai sahaja
  3. Majlis bersanding sahaja

Untuk perhatian anda, majlis perkahwinan adalah lubuk duit bagi jurugambar bebas. Biasanya jurugambar meletakkan harga RM500 paling murah untuk mengambil gambar sebanyak 5 gulung filem. Jika anda mendapat dua tempahan pada caj yang minima setiap minggu, anda boleh memperoleh RM52,000 setahun. Bagi pakej penuh, anda boleh mendapat sehingga RM100,000 setahun! Ianya hanya bekerja sehari seminggu! Cuba bayangkan berapakah yang anda perolehi jika anda bekerja secara sepenuh masa!

KERJA-KERJA LAIN YANG BOLEH DIAMBIL

Antara beberapa kerja yang boleh difikirkan oleh setiap jurugambar bebas:

  1. Mengambil gamabr budak-budak sekolah, tadika dan sebagainya
  2. Pelajar universiti/kolej yang mengambil ijazah atau diploma
  3. Agen-agen hartanah
  4. Agensi-agensi pengiklanan
  5. Potret keluarga
  6. Potret binatang peliharan
  7. Acara-acara sukan
  8. Gambar potret kanak-kanak

(23)

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: