Archive for September 2007

CARA PALING MUDAH DAN MURAH MEMULAKAN URUSNIAGA POS / INTERNET

Posted on September 26, 2007. Filed under: Some Ideas |

Jika anda masih lagi baru mahu menceburi kerjaya yang boleh dijalankan di rumah ini, anda tidak perlu risau untuk memikirkan bagaimana untuk mencari idea bagi menerbitkan dan menjual panduan dan bahan bercetak anda sendiri. Sebenarnya terdapat banyak cara mudah yang boleh anda temui jikalau anda mahu memikirkannya dengan teliti. Urusniaga pos / internet ini merupakan satu kerjaya yang menyeronokkan dan mudah untuk dijalankan kerana ianya tidak memerlukan modal yang banyak, tidak memerlukan satu sistem perniagaan canggih ala dunia korporat. Malah ianya boleh dilakukan hanya di rumah tanpa perlu untuk bercakap dan menemui sesiapa pun. Anda juga tidak perlu untuk memegang sebarang kemahiran dan asas dalam perniagaan kerana urusniaga ini boleh dipelajari dengan cepat.

Dari segi modal pula perniagaan ini boleh dimulakan dengan modal sekecil kurang daripada RM100 sahaja. Anda tidak perlu menyewa kedai dan lain-lain, malah anda akan menerima wang setiap hari terus di depan pintu rumah anda. Sama ada ianya hanya sebanyak RM100, RM300, RM500, RM1000 atau RM2000 SETIAP HARI ianya bergantung kepada bagaimana anda mengusahakannya. Sesiapa sahaja boleh menceburi perniagaan ini sama ada yang muda, yang tua, pesara, pelajar, surirumah, ahli profesional atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Sekarang anda akan diberitahu bagaimana seorang daripada ribuan pembaca ruangan iklan yang dipaparkan setiap hari akan sentiasa mencari-cari peluang untuk menambahkan pendapatan.

Cara paling mudah untuk mencari idea ialah dengan ‘mengumpulkan nama-nama pengiklan’ yang anda sering melihat mereka sentiasa mengiklankan nama syarikat mereka. Anda mungkin boleh memperolehi 20 hingga 50 nama syarikat-syarikat tersebut. Susun nama-nama syarikat tersebut dan anda boleh menaipkannya menjadi satu panduan dengan memberi tajuk menarik contohnya seperti; 50 PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH .

Atau anda boleh mencari alamat syarikat jualan langsung ataupun nama individu yang anda kenali yang menjalankan perniagaan jualan langsung. Kumpulkan nama-nama yang lengkap mengandungi nombor telefon mereka supaya mereka mudah dihubungi. Jika anda mempunyai senarai nama sebanyak 20 syarikat atau individu berikan tajuk panduan anda itu seperti ini; 20 PELUANG PERNIAGAAN SAMBILAN MUDAH. Langkah berikutnya anda hanya perlu membuat pendedahan perniagaan anda melalui iklan-iklan kecil di akhbar / internet.

Seperti mana anda membaca iklan-iklan di akhbar / internet, begitulah pula anda perlu memberitahu ramai orang mengenai apa yang anda jalankan dan lakukan itu. Tidak ada gunanya anda mempunya produk atau panduan yang hebat tetapi anda tidak dapat menjualnya pula. Biarpun panduan yang anda tuliskan itu hanya beberapa helai sahaja isinya tetapi ia tetap merupakan satu maklumat yang penting. Anda jangan lupa bahawa terdapat beribu-ribu orang yang membaca iklan setiap hari yang mencari peluang-peluang.

Pembaca iklan tidak pernah berkurangan, ianya seperti ikan di lautan yang tidak akan habis kerana sentiasa bertukar ganti. Anda hanya perlu mencari produk yang sesuai dan didedahkan kepada mereka dengan mengenakan sedikit bayaran untuk membelinya daripada anda. Dengan itu bermakna anda sudahpun menceburi satu perniagaan.

PELAJARI BEBERAPA CARA UNTUK MEMBUAT IKLAN YANG MURAH

Anda boleh membuat iklan yang mudah dan murah dengan hanya memerlukan modal kecil sahaja untuk memulakannya. Malah jika tiada wang, anda boleh meminjam daripada sesiapa yang anda kenali dengan mudah kerana modalnya sekitar RM100 pada peringkat awal sudah memadai. Di sini anda akan ditunjukkan kaedah mudah dan cepat untuk memperolehi wang. Anda boleh membuat iklan begini ;

PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN YANG HEBAT. Keterangan lengkap sila kirimkan RM2 ataupun RM5 kepada ….(nama dan alamat and ). Untuk iklan seperti ini tidak semua syarikat akhbar membenarkannya. Oleh itu anda juga boleh mmebuat iklan seperti ini ; PELUANG PERNIAGAAN DAN MENAMBAHKAN PENDAPATAN CARA MUDAH DAN MURAH. Untuk keterangan lanjut sila hantarkan sampul surat 4×9 bersetem dan beralamat sendiri kepada .…(nama dan alamat anda).

Jika anda membuat iklan seperti iklan pertama di atas, pembaca iklan akan mengirimkan wang terus kepada anda tetapi kaedah ini hanya sesuai jika produk anda berharga RM5 bagi iklan kecil kerana anda tidak dapat menerangkan secara luas mengenai kelebihan produk anda. Jika anda membuat iklan menggunakan cara kedua diatas anda akan menerima lebih banyak surat pertanyaan dan anda juga perlu membuat katalog ataupun surat keterangan ringkas yang menerangkan faedah yang boleh diperolehi jikalau pembaca memiliki panduan anda itu.

Ini akan menjadikan mereka mahu membeli produk ataupun panduan anda. Berikan harga istimewa. Sediakan borang pesanan dan buat cetakan dengan kemas dan bermutu supaya kelihatan menarik. Anda boleh meletakkan harga di antara RM10-RM20 bergantung kepada niat anda. Sekarang anda akan menuju ke arah kebebasan kewangan… Buatlah langkah selanjutnya dengan teliti supaya usaha anda akan berkesan dan berdaya maju.

Semoga berjaya.

(28)

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( 19 so far )

BAGAIMANA MEMBUAT WANG MENGGUNAKAN MESIN PENJAWAB TELEFON ANDA ( ANSWERING MACHINE )

Posted on September 4, 2007. Filed under: Some Ideas |

Mesin penjawab telefon automatik atau answering machine boleh digunakan untuk MEMBUAT LEBIH BANYAK WANG daripada cara lain di sepanjang hayat atau usaha anda. Orang yang tiada mempunyai kemahiran pemasaran di dalam perniagaan juga telah berjaya dengan menggunakan kaedah mesin penjawab telefon automatik ini.

Tidak lama dahulu sepasang suami isteri yang masih muda yang berasal daripada GOSSEL KANSAS, USA telah berjaya menggunakan modal sebanyak tiga ratus dollar ( $300 ) untuk memperolehi keuntungan lebih 3 juta dollar ( US$3,000,000 ) dengan memasarkan dan menjual maklumat berkaitan cara-cara meningkatkan sumber kewangan, sama ada di dalam bentuk buku, panduan-panduan dan juga laporan-laporan.

Mereka hanya menggunakan mesin penjawab telefon automatik. Ini menunjukkan bahawa ada cara yang lebih mudah dan berkesan bagi memperolehi wang dengan hanya menggunakan alat atau bahan tertentu. Pasangan ini juga membuktikan bahawa jika anda;

Mempunyai :-

1) IDEA YANG BAIK

2) PERCAYA DIRI SENDIRI UNTUK MEREALISASIKAN SESUATU

3) MEMILIKI MOTIVASI DAN KEMAHUAN KUKUH UNTUK BERTINDAK SEKARANG

4) JIKA ANDA TEKUN , ANDA BOLEH BERJAYA!!

Potensi Mencari Wang Yang Tidak Terhad

Potensi mencari wang dengan menggunakan mesin penjawab telefon automatik adalah tidak terhad. Jadi bagaimana saya boleh menggunakan mesin penjawab telefon automatik saya, dan apa yang patut saya jual ? Satu soalan yang baik ! Kemungkinan untuk berjaya tidak terhad ! ramai orang telah memperolehi wang dengan menjual maklumat ‘ Bagaimana Untuk…..’’ sama ada ianya dalam bentuk buku , panduan-panduan, laporan-laporan atau bahan rujukan.

Tajuk-tajuk yang diminati termasuk panduan membuat kerja-kerja di rumah, panduan bekerja dengan kerajaan, membuat wang dengan cara menjadi penulis bebas, membuat wang sama ada dengan van atau kenderaan anda dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun mesin penjawab telefon boleh digunakan sebagai pemangkin iklan untuk banyak produk dan perkhidmatan yang berbeza. Untuk menjual insurans atau hartanah, pinjaman perumahan, membaiki dan dekorasi rumah, seminar dan sebagainya, sebarang jenis restoran, perkhidmatan sosial dan 1001 perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Bagaimana ia berfungsi

Iklan rampaian atau iklan jenis murah ada disediakan didalam akhbar harian dan juga akhbar mingguan. ANDA BOLEH membuat iklan kecil dan murah didalam akhbar-akhbar ini dengan menawarkan produk atau perkhidmatan anda. Anda boleh memberikan nombor telefon anda dan pembaca boleh mendengar keterangan mengenai produk atau perkhidmatan anda melalui ‘mesej yang dirakam’ oleh anda sendiri di dalam mesin menjawab telefon automatik anda itu. Anda boleh menggunakan skrip yang anda hasilkan atau tulis sendiri dengan baik dan rakamkan dengan menggunakan suara yang mesra dan bermutu. Rakamkan mesej anda dalam masa 2-3 minit. Di dalam mesej tersebut anda boleh menyuruh pihak pembaca melakukan perkara seperti berikut:

1) Meninggalkan (rakamkan nama dan alamat mereka) dan membuat pesanan menggunakan C.O.D.

2) Meninggalkan nama dan alamat lengkap mereka untuk diberikan maklumat lengkap percuma yang lebih lanjut .

Cara keempat yang telah menjadikan ramai orang letih untuk melakukan ialah dengan membuat pesanan menggunakan bayaran melalui kad kredit. Kebanyakan pengusaha mengatakan ianya tidak begitu berfungsi dengan baik. Ramai orang tidak suka meninggalkan nombor kad kredit mereka bagi membuat bayaran tanpa menemui pihak penjual. Kaedah yang terbaik ialah dengan menyuruh pihak pembaca mendengar ‘mesej rakaman’ dan terus membuat pesanan setelah mendengar keterangan yang anda rakamkan.

Mereka boleh terus membuat pesanan sama ada dengan membuat bayaran menggunakan kiriman wang pos, kiriman wang, Postal Order, Bank Draft, Telegram Money Order, Express Money Order, cek atau menggunakan COD (Cash On Delivery). Jika anda menawarkan barangan atau perkhidmatan yang harganya tinggi seperti hartanah, insurans atau pelan pemasaran berperingkat MLM, anda sebaiknya perlu mendapatkan nombor telefon atau alamat pemanggil supaya anda boleh membuat tindakan susulan.

Jika anda menjual barangan yang harganya rendah contohnya yang berharga sekitar RM50 contohnya seperti buku, hadiah dan lain-lain, anda boleh menggunakan kaedah C.O.D. Kaedah ini bermaksud pemanggil akan membuat pesanan dan mereka hanya akan membayarnya sewaktu mereka menerima barang pesanan daripada posmen atau mereka boleh membayar di pejabat pos. Cara pembayaran yang lain yang boleh dibuat ialah dengan menggunakan kiriman wang pos / postal order / cek. Mereka boleh membuat pesanan dengan melakukan pembayaran menggunakan kaedah atau cara seperti yang disebutkan di atas setelah mereka mendengar mesej rakaman mengenai KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PRODUK yang anda mahu jual itu.

Ianya satu cara yang mudah dan sudah pasti boleh berfungsi dengan baik dan berkesan. Untuk mendapat kesan yang lebih baik lagi anda boleh membuat berbagai kajian dan percubaan cara jualan melalui rakaman suara di dalam mesin penjawab telefon anda. Hanya dengan menggunakan rakaman suara selama 2-3 minit sahaja, ia sudah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. MENGAPA KAEDAH INI BOLEH BERJAYA? Ini adalah kerana kebanyakan orang yang tidak suka berurusan secara pos atau surat menyurat biasanya akan lebih suka membuat panggilan telefon sahaja. Ini adalah kebenaran dan kebiasaan bagi golongan pembaca akhbar. Jadi mengapa pula anda tidak mahu memulakan usaha ini dengan segera atau melakukannya sekarang ?.

Baik, biar saya berikan anda beberapa langkah-langkah utama yang boleh anda ambil bagi merealisasikan kaedah atau idea ini :-

1) Cipta atau dapatkan satu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik minat ramai orang dan mempunyai permintaan yang tinggi

2) Tuliskan iklan klasifikasi / rampai iklan (kecil) bagi menjual barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu. Rakamkan surat jualan atau katalog ke dalam mesin penjawab telefon atau answering machine anda

3) Buat iklan anda di dalam akhbar yang kosnya murah. Berikan nombor telefon yang anda gunakan dan telah disambungkan ke mesin penjawab telefon anda itu

4) Pelanggan anda akan melihat iklan anda di akhbar , kemudian mereka akan menelefon anda, mendengar mesej surat jualan atau katalog anda, kemudian mereka akan membuat pesanan. Langkah-langkah yang ringkas yang akan memberikan anda wang yang banyak.

(27)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...