BAGAIMANA MEMBUAT WANG MENGGUNAKAN MESIN PENJAWAB TELEFON ANDA ( ANSWERING MACHINE )

Posted on September 4, 2007. Filed under: Some Ideas |

Mesin penjawab telefon automatik atau answering machine boleh digunakan untuk MEMBUAT LEBIH BANYAK WANG daripada cara lain di sepanjang hayat atau usaha anda. Orang yang tiada mempunyai kemahiran pemasaran di dalam perniagaan juga telah berjaya dengan menggunakan kaedah mesin penjawab telefon automatik ini.

Tidak lama dahulu sepasang suami isteri yang masih muda yang berasal daripada GOSSEL KANSAS, USA telah berjaya menggunakan modal sebanyak tiga ratus dollar ( $300 ) untuk memperolehi keuntungan lebih 3 juta dollar ( US$3,000,000 ) dengan memasarkan dan menjual maklumat berkaitan cara-cara meningkatkan sumber kewangan, sama ada di dalam bentuk buku, panduan-panduan dan juga laporan-laporan.

Mereka hanya menggunakan mesin penjawab telefon automatik. Ini menunjukkan bahawa ada cara yang lebih mudah dan berkesan bagi memperolehi wang dengan hanya menggunakan alat atau bahan tertentu. Pasangan ini juga membuktikan bahawa jika anda;

Mempunyai :-

1) IDEA YANG BAIK

2) PERCAYA DIRI SENDIRI UNTUK MEREALISASIKAN SESUATU

3) MEMILIKI MOTIVASI DAN KEMAHUAN KUKUH UNTUK BERTINDAK SEKARANG

4) JIKA ANDA TEKUN , ANDA BOLEH BERJAYA!!

Potensi Mencari Wang Yang Tidak Terhad

Potensi mencari wang dengan menggunakan mesin penjawab telefon automatik adalah tidak terhad. Jadi bagaimana saya boleh menggunakan mesin penjawab telefon automatik saya, dan apa yang patut saya jual ? Satu soalan yang baik ! Kemungkinan untuk berjaya tidak terhad ! ramai orang telah memperolehi wang dengan menjual maklumat ‘ Bagaimana Untuk…..’’ sama ada ianya dalam bentuk buku , panduan-panduan, laporan-laporan atau bahan rujukan.

Tajuk-tajuk yang diminati termasuk panduan membuat kerja-kerja di rumah, panduan bekerja dengan kerajaan, membuat wang dengan cara menjadi penulis bebas, membuat wang sama ada dengan van atau kenderaan anda dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun mesin penjawab telefon boleh digunakan sebagai pemangkin iklan untuk banyak produk dan perkhidmatan yang berbeza. Untuk menjual insurans atau hartanah, pinjaman perumahan, membaiki dan dekorasi rumah, seminar dan sebagainya, sebarang jenis restoran, perkhidmatan sosial dan 1001 perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Bagaimana ia berfungsi

Iklan rampaian atau iklan jenis murah ada disediakan didalam akhbar harian dan juga akhbar mingguan. ANDA BOLEH membuat iklan kecil dan murah didalam akhbar-akhbar ini dengan menawarkan produk atau perkhidmatan anda. Anda boleh memberikan nombor telefon anda dan pembaca boleh mendengar keterangan mengenai produk atau perkhidmatan anda melalui ‘mesej yang dirakam’ oleh anda sendiri di dalam mesin menjawab telefon automatik anda itu. Anda boleh menggunakan skrip yang anda hasilkan atau tulis sendiri dengan baik dan rakamkan dengan menggunakan suara yang mesra dan bermutu. Rakamkan mesej anda dalam masa 2-3 minit. Di dalam mesej tersebut anda boleh menyuruh pihak pembaca melakukan perkara seperti berikut:

1) Meninggalkan (rakamkan nama dan alamat mereka) dan membuat pesanan menggunakan C.O.D.

2) Meninggalkan nama dan alamat lengkap mereka untuk diberikan maklumat lengkap percuma yang lebih lanjut .

Cara keempat yang telah menjadikan ramai orang letih untuk melakukan ialah dengan membuat pesanan menggunakan bayaran melalui kad kredit. Kebanyakan pengusaha mengatakan ianya tidak begitu berfungsi dengan baik. Ramai orang tidak suka meninggalkan nombor kad kredit mereka bagi membuat bayaran tanpa menemui pihak penjual. Kaedah yang terbaik ialah dengan menyuruh pihak pembaca mendengar ‘mesej rakaman’ dan terus membuat pesanan setelah mendengar keterangan yang anda rakamkan.

Mereka boleh terus membuat pesanan sama ada dengan membuat bayaran menggunakan kiriman wang pos, kiriman wang, Postal Order, Bank Draft, Telegram Money Order, Express Money Order, cek atau menggunakan COD (Cash On Delivery). Jika anda menawarkan barangan atau perkhidmatan yang harganya tinggi seperti hartanah, insurans atau pelan pemasaran berperingkat MLM, anda sebaiknya perlu mendapatkan nombor telefon atau alamat pemanggil supaya anda boleh membuat tindakan susulan.

Jika anda menjual barangan yang harganya rendah contohnya yang berharga sekitar RM50 contohnya seperti buku, hadiah dan lain-lain, anda boleh menggunakan kaedah C.O.D. Kaedah ini bermaksud pemanggil akan membuat pesanan dan mereka hanya akan membayarnya sewaktu mereka menerima barang pesanan daripada posmen atau mereka boleh membayar di pejabat pos. Cara pembayaran yang lain yang boleh dibuat ialah dengan menggunakan kiriman wang pos / postal order / cek. Mereka boleh membuat pesanan dengan melakukan pembayaran menggunakan kaedah atau cara seperti yang disebutkan di atas setelah mereka mendengar mesej rakaman mengenai KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PRODUK yang anda mahu jual itu.

Ianya satu cara yang mudah dan sudah pasti boleh berfungsi dengan baik dan berkesan. Untuk mendapat kesan yang lebih baik lagi anda boleh membuat berbagai kajian dan percubaan cara jualan melalui rakaman suara di dalam mesin penjawab telefon anda. Hanya dengan menggunakan rakaman suara selama 2-3 minit sahaja, ia sudah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. MENGAPA KAEDAH INI BOLEH BERJAYA? Ini adalah kerana kebanyakan orang yang tidak suka berurusan secara pos atau surat menyurat biasanya akan lebih suka membuat panggilan telefon sahaja. Ini adalah kebenaran dan kebiasaan bagi golongan pembaca akhbar. Jadi mengapa pula anda tidak mahu memulakan usaha ini dengan segera atau melakukannya sekarang ?.

Baik, biar saya berikan anda beberapa langkah-langkah utama yang boleh anda ambil bagi merealisasikan kaedah atau idea ini :-

1) Cipta atau dapatkan satu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik minat ramai orang dan mempunyai permintaan yang tinggi

2) Tuliskan iklan klasifikasi / rampai iklan (kecil) bagi menjual barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu. Rakamkan surat jualan atau katalog ke dalam mesin penjawab telefon atau answering machine anda

3) Buat iklan anda di dalam akhbar yang kosnya murah. Berikan nombor telefon yang anda gunakan dan telah disambungkan ke mesin penjawab telefon anda itu

4) Pelanggan anda akan melihat iklan anda di akhbar , kemudian mereka akan menelefon anda, mendengar mesej surat jualan atau katalog anda, kemudian mereka akan membuat pesanan. Langkah-langkah yang ringkas yang akan memberikan anda wang yang banyak.

(27)

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: