Archive for Oktober 2007

SYARIKAT KHAS YANG AKAN MEMBAYAR SEBANYAK RM100,000 SEBULAN TANPA PERLU MELAKUKAN APA-APA! SANGAT MUDAH SESIAPA PUN BOLEH MELAKUKANNYA !

Posted on Oktober 30, 2007. Filed under: Some Ideas |

Baru-baru ini saya telah membuat kajian dan penyiasatan mengenai satu kaedah kewangan yang begitu mudah untuk dilakukan, yang mana saya tidak pernah memikirkannya dahulu. Pada dasarnya anda akan menerima bayaran walaupun anda tidak melakukan apa-apa pekerjaan! Syarikat yang dimaksudkan ialah pengendalian sistem telefon berbayar 900# atau 600# .

Saya pasti anda sudah biasa dengan iklan komersial rancangan televisyen yang menawarkan program ‘talian sahabat’ artis, bolasepak, telekuiz, dan lain-lain rancangan berbayar .

Beberapa tahun dahulu hanya ada beberapa buah syarikat pengendali rancangan berbayar seperti ini, tetapi sekarang ianya sudah banyak ditawarkan. Saya telah meluangkan masa dan banyak bercakap dengan orang-orang yang terlibat dalam industri talian 900# dan 600#, dan apa yang saya temui adalah sangat mengejutkan sekali.

Ramai orang yang memperolehi pendapatan lebih dari RM100,000 hanya dengan memperkenalkan talian ini. Saya telah memperolehi RM28,000 pada bulan pertama beroperasi. Anda boleh menghubungi syarikat pengendali talian 900# atau 600# ini dan menyatakan bahawa anda mahu membangunkan atau memulakan talian berbayar anda sendiri.

Anda akan mendapati kakitangan mereka sangat baik dan bersedia menolong anda. Mungkin sebahagian daripada mereka adalah sebagai broker yang menjadi orang tengah yang boleh membantu anda mempromosikan talian khas yang anda minta pada masa yang sesuai.

Anda akan menjadi ‘pembekal maklumat’ atau information provider (IP). Orang ramai akan menelefon nombor yang anda iklankan untuk mengetahui tentang sahabat, cerita seram, pelajaran dan maklumat-maklumat penting terkini.

Anda boleh menawarkan apa-apa sahaja tajuk yang difikirkan sesuai dan boleh menarik perhatian orang ramai untuk menelefon talian yang anda promosikan. Sesetengah daripada syarikat pengendali ini sudah mempunyai program-program khas yang disediakan dan anda hanya perlu memilih sahaja dan memberitahu mereka bila anda mahu memulakannya .

Pada kebiasaannya anda hanya perlu memperuntukkan masa sebanyak 1 jam sebulan untuk membuat beberapa buah iklan di dalam beberapa buah syarikat penerbitan yang mengiklankan talian 600# milik anda.

Secara automatik, orang ramai akan menelefon nombor talian anda untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang dikehendaki dengan cepat tanpa melalui cara pos yang agak lambat.

Anda akan mendapat bayaran walaupun daripada mereka yang tidak mempunyai kad kredit. Inilah salah satu cara mudah di mana anda boleh mendapatkan wang yang banyak hanya dengan memberikan nombor telefon istimewa anda kepada mereka. Itulah kelebihan dan kehebatan program ini!

Percayalah, saya telah melihat sendiri laporan-laporan di dalam komputer mengenai orang-orang yang telah memperolehi pendapatan lumayan daripada nombor talian khas yang istimewa ini. Ianya sungguh hebat!!.

Mulakannya sekarang !

(30)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

MEMPEROLEHI RM10,736 DENGAN MENGUTIP BARANG TERPAKAI / LAMA DI RUMAH ANDA

Posted on Oktober 5, 2007. Filed under: Some Ideas |

Jika anda menjadi seperti kebanyakan daripada saya, anda mungkin boleh menggeledah dan mencari sesuatu barang yang sudah lama tersimpan di rumah anda. Sama ada ianya kepunyaan atau pemberian ibu anda, nenek anda, mak long anda atau sesiapa sahaja.

Mungkin barangan tersebut sudah lama tersimpan dan berlapuk atau berdebu di dalam almari, fail dan tempat simpanan barang. Mungkin ibu anda sudah lupa dan anda terjumpa ‘harta’ tersebut . Apakah maknanya ?

Anda mungkin tertawa dan hampir tidak percaya apabila diberitahu sekarang. Apa yang dimaksudkan adalah perkara biasa, ianya adalah SEJENIS RESEPI LAMA. Mungkin resepi kuih-muih, resepi masakan lauk-pauk, makanan tradisional dan sebagainya. Mungkin selama ini anda berpandangan bahawa benda-benda seperti itu tidak ada nilainya atau tiada siapa yang menginginkannya.

Anda mungkin tersilap besar kerana masih ramai orang yang mahu mengetahuinya. Malah anda boleh pula memperolehi ganjarannya yang lumayan apabila memberitahu kepada orang lain. Anda boleh memperolehi wang yang sangat banyak dengan menjualnya.

Mungkin resepi yang anda miliki itu sudah berusia bertahun-tahun, mungkin berpuluh tahun. Adakah anda tahu bahawa dengan mengiklankannya di tempat yang betul akan menjadikannya seperti pisang goreng panas di mana ramai orang yang akan membelinya. Dengan hanya membuat iklan kecil di dalam majalah, akhbar mingguan atau internet, ianya boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Majalah untuk wanita dan akhbar mingguan yang luas pengedarannya yang mungkin berpuluh ribu seminggu atau sebulan boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada anda jika membuat iklan di dalamnya.

Walaupun hanya satu atau dua peratus sahaja jumlah pembaca yang membelinya daripada ribuan atau jutaan pembaca ianya sudah boleh menghasilkan pendapatan yang sangat besar kepada anda.

Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh ditemui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang, tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan, bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti (bukan pengalaman saya). Dulu (7-8 tahun) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam saham dan perniagaan. Ketika itu umur saya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Saya banyak terdedah di dalam dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah saya sanggup bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah tertipu dalam pasaran saham dan semua simpanan dari penat lelah habis begitu sahaja.

Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luar biasa tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.

Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal yakni lebih daripada seratus ringgit, bahkan halangan yang paling besar ialah saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi saya mahu mencuba dan setelah selesai membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi saya iaitu fotografi. Saya pun mula mencari bahan untuk menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja. Saya telah menjuanya secara pos.

Percubaan itu mendapat sambutan yang agak baik juga. Dari situ saya telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman saya selama beberapa tahun, sekarang saya sudah mahir untuk menulis mengenai berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah saya boleh menulis beberapa buah panduan mudah setebal 2 hingga 10 muka surat dalam masa beberapa jam sahaja. Panduan ini saya tulis dengan hanya mengambil masa kurang dari dua jam.

Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ia sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dlam sebulan. Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. untuk menulis bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis di atas meja makan di rumah saya menggunakan sebuah komputer riba (note book computer). Dulu semasa saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.

Setelah saya mampu untuk membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku kerja, menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja.

Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak.

BERTINDAKLAH SEKARANG !!

(29)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...