Archive for November 2007

RAHSIA BAGAIMANA MENULIS IKLAN KLASIFIKASI (RAMPAIAN) YANG MENGUNTUNGKAN

Posted on November 26, 2007. Filed under: Some Ideas |

Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya! Ada satu cara di mana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos / internet yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan di mana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos / internet anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian atau pun klasifikasi anda itu.

Pastikan ianya boleh menghasilkan jualan untuk produk atau pun perkhidmatan anda itu. Jadi apakah yang boleh menarik perhatian pembaca, contohnya ialah anda mestilah menyatakan apa yang sebenarnya anda mahu nyatakan. Kedua ianya mestilah menepati kos yang anda mampu untuk melaksanakannya.

Dan yang ketiga, ianya mestilah boleh menghasilkan keinginan, sama ada untuk pertanyaan sahaja ataupun untuk jualan. Mendapatkan perhatian pembaca dan menarik mereka membaca iklan anda merupakan objektif utama yang mesti anda lakukan. Anda mestilah boleh memastikan bahawa pembaca akan berhenti sebentar apabila membuka mukasurat yang memaparkan iklan anda itu walaupun ada banyak iklan-iklan lain di muka surat yang sama.

Sudah tentu ada sesuatu RAHSIA yang boleh menjadikan setiap pembaca berhenti seketika apabila menatap iklan anda! Jadi, dua atau tiga perkataan pertama yang anda gunakan merupakan perkara yang paling utama dan ia perlu diberikan keutamaan dan juga perlukan membuatnya melalui satu keputusan yang tepat. Dalam banyak pemerhatian dan penyelidikan perkataan-perkataan utama inilah yang sangat diperlukan untuk menarik perhatian pembaca.

Ianya seperti perkataan PERCUMA, ANDA BOLEH BERJAYA, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI BANYAK WANG, RAHSIA, PERHATIAN! dan lain-lain perkataan yang boleh menarik perhatian, tetapi walau apa pun perkataan yang mahu anda gunakan untuk memulakan iklan anda, anda haruslah juga memikirkan bahawa ia juga mempunyai saingan dengan banyak lagi iklan-iklan kecil dari syarikat lain di muka surat yang sama.

Oleh itu melalui perkataan UTAMA anda itu haruslah anda meneruskan perhatian pembaca dengan memberikan “janji” atau pun memberikan faedah yang lebih banyak lagi yang bakal diterima oleh pembaca. Dalam kata lain, anda mungkin boleh menggunakan perkataan seperti ini : CARA MEMPEROLEHI WANG YANG BANYAK!

Mudah, saya akan menunjukkan kepada anda caranya. Di dalam bahasa iklan yang professional, anda telah menarik perhatian bakal pembeli anda, dan menarik minat mereka untuk memiliki produk yang diiklankan. Perkara yang terbaik dalam menulis iklan klasifikasi ialah cuba menarik minat pembaca mengenai perkara yang “ditawarkan”. Inilah perkara yang menjadikan sesuatu iklan itu sama ada ianya boleh berjaya ataupun tidak.

Cuba fikirkan mengenai perkara ini – anda telah dapat menarik perhatian pembaca anda ; anda telah memberitahu mereka bahawa ianya mudah dan senang dan anda menyuruh mereka melakukan sesuatu. Lepas itu barulah anda meneruskan lagi iklan anda dengan lebih jauh dengan menawarkan produk anda. Di bahagian ini, para pembaca akan membandingkan iklan anda dengan iklan-iklan lain yang juga boleh menarik minat dan perhatian mereka, kemudian barulah mereka akan membuat keputusan untuk memilih yang mana satu untuk mendapatkan maklumat seterusnya ataupun hanya akan memberi tumpuan kepada iklan yang lebih menarik minat mereka. Apa yang saya katakan dan maksudkan ialah ‘di sinilah’ tempatnya untuk anda memasukkan perkataan ‘ajaib’ yang boleh menghasilkan jualan seterusnya.

Jadi sekarang cuba kita baca ayat ini : PEROLEHI WANG YANG BANYAK, MUDAH DAN SENANG. DIJAMIN ! Ianya memang menarik. Sekarang pembaca sudah tertarik dengan ayat daripada iklan anda itu dan mereka fikir, jangan ketinggalan…… Dan sekarang adalah masanya untuk anda meminta mereka membuat bayaran. Sekarang ini merupakan bahagian yang mana menyuruh mereka bertindak di dalam iklan anda itu. Di bahagian inilah anda yang mana perlu menggunakan perkataan perangsang seperti :

TAWARAN TERHAD! BERTINDAK SEKARANG – TULIS / HUBUNGI HARI INI. HANYA….. anda juga boleh menulis begini : DAPATKAN DENGAN BANYAK! MUDAH / CEPAT / DIJAMIN! Tawaran terhad, kirimkan RM1 kepada……Ini merupakan ramuan iklan-iklan yang boleh memberikan kejayaan yang mana ianya mempunyai unsur seperti : PERHATIAN-MINAT-KEINGINAN-TINDAKAN.

Tanpa memasukkan dan membina empat jenis unsur-unsur ini di dalam iklan anda, mustahil untuk anda berjaya dan ianya hanya akan menyebabkan kos anda meningkat dari segi kewangan tanpa memberikan pulangan langsung. Apa yang baru sahaja saya beritahu anda ini hanyalah merupakan asasnya sahaja di dalam iklan klasifikasi. Sama ada iklan tersebut untuk ditempatkan di dalam penerbitan besar ataupun kecil yang penting ialah untuk menarik seramai mungkin perhatian pembaca dan bagaimana mereka mahu membeli produk / laporan atau perkhidmatan anda. Sekarang cuba perhatikan contoh seperti yang dituliskan di bawah ini. Ia boleh ditulis dengan menggunakan kaedah asas menulis iklan seperti di bawah :

RAHSIA MEMBUAT WANG! Bagaimana menulis iklan-iklan yang menguntungkan. Senang dan mudah untuk dipelajari, boleh menggandakan atau memberi respon sehingga tiga kali ganda. Kirimkan RM1 kepada ABC ENTERPRISE. 10 Jalan Raya, Bandar Aku, Perak.12000.

Point yang digunakan ialah

1) Anda telah menarik perhatian

2) Anda telah menarik minat mereka

3) Anda telah berjaya membuat mereka tertarik dengan ayat-ayat yang digunakan yang membuat mereka ingin membeli produk atau perkhidmatan anda

4) Anda telah berjaya menyuruh mereka bertindak segera

Ianya bukan kerana disebabkan bijak atau sebagai satu helah. Hanya dengan menggunakan perkara yang asas sahaja keuntungan anda akan segera meningkat dengan mudah. Salah satu cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana menulis iklan klasifikasi yang baik ialah mencuba kaedah seperti yang telah saya berikan di atas.

Belajar menulis menggunakan kaedah tersebut untuk produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Lakukannya dengan kerap supaya anda menjadi mahir dan memperolehi banyak idea. Apabila anda menulis iklan, cuba perbaiki perkataan-perkataan, ayat-ayat dan perenggan. Perkara terakhir yang perlu anda ambil perhatian sudah tentulah mengenai nama dan alamat anda, di mana pembaca akan memberi respon dan ke mana mereka harus mengirimkan pertanyaan dan surat menyurat dan juga bagaimana mereka mahu mengirimkan wang kepada anda kelak.

Secara amnya dikatakan kelak, para pembaca akan memberikan respon yang lebih kerap kepada iklan yang mengandungi nama berbanding dengan yang hanya mengandungi alamat sahaja. Walau bagaimanapun, disebabkan iklan klasifikasi menggunakan bayaran bergantung kepada banyaknya perkataan, ataupun besar ruang yang digunakan anda boleh menggunakan nama yang ringkas dan pendek sahaja asalkan ianya mempunyai kaitan dengan iklan anda.

Apa yang penting di sini, ialah agar anda dapat menulis iklan anda dengan ringkas tetapi dapat menyampaikan maksud anda. Gunakan hanya perkataan pendek, nama dan ayat-ayat pendek sudah memadai kerana yang penting ialah ‘perkara’ yang anda mahu sampaikan boleh diterima dengan mudah dan jelas.

Begitu juga jika anda menggunakan alamat pejabat pos atau peti surat pejabat pos. Perkara yang paling penting untuk anda memperolehi wang yang lumayan melalui iklan anda ialah dengan menulisnya secara baik, sentiasa membuat pembaharuan, penyelidikan dan menjaga kos perbelanjaan untuk iklan anda itu. Sekarang anda tahu asasnya, tindakan seterusnya adalah bergantung kepada anda. Untuk memperolehi wang yang lumayan melalui iklan klasifikasi anda hanya perlu memperbaiki kaedah yang digunakan dari masa ke semasa.

Sekian, selamat mencuba!

(32)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

MEMBINA KEJAYAAN DENGAN MENYEWAKAN SENARAI NAMA PELANGGAN

Posted on November 9, 2007. Filed under: Some Ideas |

Senarai nama pelanggan boleh menjadi satu sumber kekayaan kepada anda jika tahu menggunakannya. Anda boleh mengumpulkan senarai nama pelanggan dengan mudah melalui beberapa cara. Mencari wang pada masa sekarang ini telah menjadi semakin mudah dengan wujudnya beberapa kaedah dan teknologi baru.

Salah satu cara mudah untuk membina perniagaan dan kekayaan ialah dengan menyewakan senarai nama pelanggan kepada mereka yang berminat. Jika anda tidak mempunyai nama-nama pelanggan buat masa ini anda boleh mula mencarinya dengan cara mengumpulkannya daripada nama pengiklan-pengiklan di dalam akhbar / internet yang menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan sambilan.

Cara kedua ialah dengan membuat sendiri iklan-iklan anda dengan tajuk-tajuk yang difikirkan sesuai. Nama-nama yang sering dikehendaki ialah bagi mereka yang berminat mencari wang secara sambilan ataupun bagi mereka yang hanya mahu menambahkan pendapatan secara sambilan di rumah. Anda boleh membuat iklan dengan modal kecil antara RM20 – RM50 untuk sekali iklan.

Di sini anda akan diberi dua cara bagaimana anda boleh memperolehi wang. Mula-mula sekali kumpulkan nama-nama syarikat dan susun (taipkan) di atas kertas saiz A4. Katakanlah anda mempunyai 30 nama syarikat yang menawarkan pekerjaan sambilan ataupun peluang mencari wang di rumah.

Selepas itu anda buat iklan di akhbar-akhbar / di laman-laman web dengan menawarkan peluang-peluang tersebut kepada yang berminat. Iklan anda boleh dibuat seperti: PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN / PEKERJAAN DI RUMAH YANG HEBAT. Keterangan lanjut sila hantarkan nama dan alamat lengkap dan RM2 atau RM5 ; kepada : Nama dan alamat lengkap anda . Apabila anda mendapat surat pembaca yang mengirimkan wang, catatkan dan simpan nama-nama dan alamat lengkap mereka.

Kirimkan kepada mereka senarai nama-nama syarikat yang sudah anda taipkan kepada mereka, dengan itu anda telah memberikan maklumat kepada mereka dan anda memperolehi bayaran RM2-RM5 bagi khidmat anda itu. Seterusnya kumpulkan nama-nama pembeli anda itu dan taipkan di atas kertas A4 juga.

Simpan di tempat yang selamat seperti pocket file yang boleh dibeli dengan harga 50 sen satu. Jika anda kerap membuat iklan, sudah tentu anda boleh memperolehi banyak nama dengan cepat. Lakukan seperti mula-mula tadi iaitu taipkan dan simpan di dalam fail sebagai ‘master copy’. Langkah seterusnya ialah anda perlu membuat satu surat tawaran, katalog yang menawarkan nama-nama perlanggan kepada mereka yang berminat khususnya kepada pengendali urusniaga pos ataupun pengiklan-pengiklan.

Katakanlah setiap kali mengiklan anda akan dapat 40-60 nama, jika 20 kali iklan anda dapat 800-1200 nama. Pada masa yang sama anda juga telah memperolehi bayaran untuk maklumat yang mereka kehendaki iaitu jika 800 nama anda dapat RM1600 – RM2400 jika hanya RM2 jika hanya RM2 maklumat yang anda jual.

Jika RM5 mungkin anda boleh dapat RM4000 – RM6000. Ini jika jumlah pembaca hanya seramai itu. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada respon pembaca dan berapa kerap anda membuat iklan serta bagaimana cara anda membuat iklan sama ada ianya berkesan ataupun tidak.

Jika dalam seminggu anda membuat iklan di dalam tiga penerbitan dan anda mendapat 150 nama yang menghantar wang sebanyak RM2, maka anda sudah mendapat RM300 seminggu. Jika ditolak kos mungkin sebanyak RM150, anda masih lagi memperolehi untung sebanyak RM150. Ini hanya dari pembeli anda sahaja, jika anda menyewakan nama-nama mereka pula anda boleh mendapat keuntungan lain lagi.

Katakanlah anda mempunyai 100 nama pelanggan. Anda boleh membuat pakej tawaran seperti ini; Untuk 100 nama anda tawarkan harga sebanyak RM20 (250 nama) = RM50, RM75 dan 1000 nama anda boleh jual dengan harga RM120. Jika satu muka surat saiz A4 anda boleh muatkan 20 nama dan alamat dan untuk 100 nama, anda hanya perlukan 5 helai kertas sahaja. Jika ada pembeli nama-nama tersebut anda boleh memilihnya dan pergi ke kedai fotokopi dan membuat salinan mengikut jumlah yang dikehendaki.

Kos untuk menyalin (fotokopi) biasanya di antara 5 sen hingga 20 sen sahaja bagi satu muka surat. Jika 100 nama kos anda hanya 25 sen – RM1 sahaja. Jika 1000 nama kos anda hanya dari RM2.50 hingga RM10 sahaja, dan anda boleh menjual dari RM20 hingga RM120 untuk 100 – 1000 nama. Ianya mudah untuk dilakukan jika dirancang dengan betul. Semakin kerap anda membuat iklan maka semakin kerap dan banyak pula pendapatan anda.

Katakanlah dalam seminggu anda memperolehi 10 orang pembeli senarai nama yang menyewa sebanyak 500 nama, pendapatan anda dari situ sahaja sudah RM750. Jika ada yang menyewa 100, 250, 1000 nama, anda boleh kira pendapatan yang bakal diperolehi nanti. Anda belum kira lagi pendapatan anda dari kaedah yang pertama tadi, iaitu pembeli panduan senarai nama syarikat yang menawarkan kerja dan peluang menambahkan pendapatan. Bukan mustahil untuk anda memperolehi pendapatan daripada RM500 hingga ke beberapa ribu ringgit setiap minggu dan bulan.

Anda boleh menjalankan perniagaan ini sepanjang hayat anda dan mungkin boleh menjadi kaya kerana memang sudah ramai orang yang sudah menjadi kaya dengan hanya melakukan kerja-kerja seperti ini. Walau bagaimanapun, saya tidak bertanggung-jawab di atas jumlah wang yang akan anda terima kerana ianya bergantung kepada cara anda melaksanakan idea ini. Contoh-contoh yang diberikan adalah mengikut kajian dan fakta yang pernah berlaku sebelum ini.

Begitupun faktor masa, usaha, kesungguhan dan kreativiti juga memainkan peranan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan ini. Saya sudah memberikan idea terbaik bagaimana anda boleh menjayakan usaha niaga anda sendiri di rumah. Yang terbaik ialah anda laksanakan sendiri dan sentiasa membuat penyelidikan. Peluang memang ada yang tinggal hanyalah usaha berterusan anda.

Jika anda mahu berdikari lakukannya sekarang.

(31)

Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...