RAHSIA BAGAIMANA MENULIS IKLAN KLASIFIKASI (RAMPAIAN) YANG MENGUNTUNGKAN

Posted on November 26, 2007. Filed under: Some Ideas |

Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya! Ada satu cara di mana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos / internet yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan di mana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos / internet anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian atau pun klasifikasi anda itu.

Pastikan ianya boleh menghasilkan jualan untuk produk atau pun perkhidmatan anda itu. Jadi apakah yang boleh menarik perhatian pembaca, contohnya ialah anda mestilah menyatakan apa yang sebenarnya anda mahu nyatakan. Kedua ianya mestilah menepati kos yang anda mampu untuk melaksanakannya.

Dan yang ketiga, ianya mestilah boleh menghasilkan keinginan, sama ada untuk pertanyaan sahaja ataupun untuk jualan. Mendapatkan perhatian pembaca dan menarik mereka membaca iklan anda merupakan objektif utama yang mesti anda lakukan. Anda mestilah boleh memastikan bahawa pembaca akan berhenti sebentar apabila membuka mukasurat yang memaparkan iklan anda itu walaupun ada banyak iklan-iklan lain di muka surat yang sama.

Sudah tentu ada sesuatu RAHSIA yang boleh menjadikan setiap pembaca berhenti seketika apabila menatap iklan anda! Jadi, dua atau tiga perkataan pertama yang anda gunakan merupakan perkara yang paling utama dan ia perlu diberikan keutamaan dan juga perlukan membuatnya melalui satu keputusan yang tepat. Dalam banyak pemerhatian dan penyelidikan perkataan-perkataan utama inilah yang sangat diperlukan untuk menarik perhatian pembaca.

Ianya seperti perkataan PERCUMA, ANDA BOLEH BERJAYA, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI BANYAK WANG, RAHSIA, PERHATIAN! dan lain-lain perkataan yang boleh menarik perhatian, tetapi walau apa pun perkataan yang mahu anda gunakan untuk memulakan iklan anda, anda haruslah juga memikirkan bahawa ia juga mempunyai saingan dengan banyak lagi iklan-iklan kecil dari syarikat lain di muka surat yang sama.

Oleh itu melalui perkataan UTAMA anda itu haruslah anda meneruskan perhatian pembaca dengan memberikan “janji” atau pun memberikan faedah yang lebih banyak lagi yang bakal diterima oleh pembaca. Dalam kata lain, anda mungkin boleh menggunakan perkataan seperti ini : CARA MEMPEROLEHI WANG YANG BANYAK!

Mudah, saya akan menunjukkan kepada anda caranya. Di dalam bahasa iklan yang professional, anda telah menarik perhatian bakal pembeli anda, dan menarik minat mereka untuk memiliki produk yang diiklankan. Perkara yang terbaik dalam menulis iklan klasifikasi ialah cuba menarik minat pembaca mengenai perkara yang “ditawarkan”. Inilah perkara yang menjadikan sesuatu iklan itu sama ada ianya boleh berjaya ataupun tidak.

Cuba fikirkan mengenai perkara ini – anda telah dapat menarik perhatian pembaca anda ; anda telah memberitahu mereka bahawa ianya mudah dan senang dan anda menyuruh mereka melakukan sesuatu. Lepas itu barulah anda meneruskan lagi iklan anda dengan lebih jauh dengan menawarkan produk anda. Di bahagian ini, para pembaca akan membandingkan iklan anda dengan iklan-iklan lain yang juga boleh menarik minat dan perhatian mereka, kemudian barulah mereka akan membuat keputusan untuk memilih yang mana satu untuk mendapatkan maklumat seterusnya ataupun hanya akan memberi tumpuan kepada iklan yang lebih menarik minat mereka. Apa yang saya katakan dan maksudkan ialah ‘di sinilah’ tempatnya untuk anda memasukkan perkataan ‘ajaib’ yang boleh menghasilkan jualan seterusnya.

Jadi sekarang cuba kita baca ayat ini : PEROLEHI WANG YANG BANYAK, MUDAH DAN SENANG. DIJAMIN ! Ianya memang menarik. Sekarang pembaca sudah tertarik dengan ayat daripada iklan anda itu dan mereka fikir, jangan ketinggalan…… Dan sekarang adalah masanya untuk anda meminta mereka membuat bayaran. Sekarang ini merupakan bahagian yang mana menyuruh mereka bertindak di dalam iklan anda itu. Di bahagian inilah anda yang mana perlu menggunakan perkataan perangsang seperti :

TAWARAN TERHAD! BERTINDAK SEKARANG – TULIS / HUBUNGI HARI INI. HANYA….. anda juga boleh menulis begini : DAPATKAN DENGAN BANYAK! MUDAH / CEPAT / DIJAMIN! Tawaran terhad, kirimkan RM1 kepada……Ini merupakan ramuan iklan-iklan yang boleh memberikan kejayaan yang mana ianya mempunyai unsur seperti : PERHATIAN-MINAT-KEINGINAN-TINDAKAN.

Tanpa memasukkan dan membina empat jenis unsur-unsur ini di dalam iklan anda, mustahil untuk anda berjaya dan ianya hanya akan menyebabkan kos anda meningkat dari segi kewangan tanpa memberikan pulangan langsung. Apa yang baru sahaja saya beritahu anda ini hanyalah merupakan asasnya sahaja di dalam iklan klasifikasi. Sama ada iklan tersebut untuk ditempatkan di dalam penerbitan besar ataupun kecil yang penting ialah untuk menarik seramai mungkin perhatian pembaca dan bagaimana mereka mahu membeli produk / laporan atau perkhidmatan anda. Sekarang cuba perhatikan contoh seperti yang dituliskan di bawah ini. Ia boleh ditulis dengan menggunakan kaedah asas menulis iklan seperti di bawah :

RAHSIA MEMBUAT WANG! Bagaimana menulis iklan-iklan yang menguntungkan. Senang dan mudah untuk dipelajari, boleh menggandakan atau memberi respon sehingga tiga kali ganda. Kirimkan RM1 kepada ABC ENTERPRISE. 10 Jalan Raya, Bandar Aku, Perak.12000.

Point yang digunakan ialah

1) Anda telah menarik perhatian

2) Anda telah menarik minat mereka

3) Anda telah berjaya membuat mereka tertarik dengan ayat-ayat yang digunakan yang membuat mereka ingin membeli produk atau perkhidmatan anda

4) Anda telah berjaya menyuruh mereka bertindak segera

Ianya bukan kerana disebabkan bijak atau sebagai satu helah. Hanya dengan menggunakan perkara yang asas sahaja keuntungan anda akan segera meningkat dengan mudah. Salah satu cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana menulis iklan klasifikasi yang baik ialah mencuba kaedah seperti yang telah saya berikan di atas.

Belajar menulis menggunakan kaedah tersebut untuk produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Lakukannya dengan kerap supaya anda menjadi mahir dan memperolehi banyak idea. Apabila anda menulis iklan, cuba perbaiki perkataan-perkataan, ayat-ayat dan perenggan. Perkara terakhir yang perlu anda ambil perhatian sudah tentulah mengenai nama dan alamat anda, di mana pembaca akan memberi respon dan ke mana mereka harus mengirimkan pertanyaan dan surat menyurat dan juga bagaimana mereka mahu mengirimkan wang kepada anda kelak.

Secara amnya dikatakan kelak, para pembaca akan memberikan respon yang lebih kerap kepada iklan yang mengandungi nama berbanding dengan yang hanya mengandungi alamat sahaja. Walau bagaimanapun, disebabkan iklan klasifikasi menggunakan bayaran bergantung kepada banyaknya perkataan, ataupun besar ruang yang digunakan anda boleh menggunakan nama yang ringkas dan pendek sahaja asalkan ianya mempunyai kaitan dengan iklan anda.

Apa yang penting di sini, ialah agar anda dapat menulis iklan anda dengan ringkas tetapi dapat menyampaikan maksud anda. Gunakan hanya perkataan pendek, nama dan ayat-ayat pendek sudah memadai kerana yang penting ialah ‘perkara’ yang anda mahu sampaikan boleh diterima dengan mudah dan jelas.

Begitu juga jika anda menggunakan alamat pejabat pos atau peti surat pejabat pos. Perkara yang paling penting untuk anda memperolehi wang yang lumayan melalui iklan anda ialah dengan menulisnya secara baik, sentiasa membuat pembaharuan, penyelidikan dan menjaga kos perbelanjaan untuk iklan anda itu. Sekarang anda tahu asasnya, tindakan seterusnya adalah bergantung kepada anda. Untuk memperolehi wang yang lumayan melalui iklan klasifikasi anda hanya perlu memperbaiki kaedah yang digunakan dari masa ke semasa.

Sekian, selamat mencuba!

(32)

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “RAHSIA BAGAIMANA MENULIS IKLAN KLASIFIKASI (RAMPAIAN) YANG MENGUNTUNGKAN”

RSS Feed for idea unik Comments RSS Feed

Saya sepakat, akan tetapi jika iklan yang dimaksud ditujukan pada status sosial ekonomi menengah ke atas (kaum the Have) masihkah efektif pendekatan tersebut ??


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: