Some Ideas

CARA MENGELAKKAN KESILAPAN BIASA DI DALAM URUSNIAGA POS / INTERNET

Posted on Mac 24, 2008. Filed under: Some Ideas, Uncategorized |

Tidak semua orang yang suka bekerja sepanjang hidup mereka. Dan apabila jenis orang seperti ini mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara pos / internet mereka sendiri, mereka tidak mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi dengan betul dengan pelanggan ataupun pengedar lain. Kelemahan di dalam bidang komunikasi yang utama ini akan menyebabkan mereka akan menutup perniagaan mereka dengan lebih cepat lagi, dengan lain maksud, tidak boleh berniaga lagi. Di sini terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu pengurusan anda menjadi lebih cekap dan berkesan lagi.

1) Alamatkan surat-surat anda dengan kemas dan betul

Anda seharusnya hanya menggunakan sampul surat berukuran 4×9 inci sahaja. Sampul surat tersebut haruslah mengandungi nama-nama dan alamat lengkap orang yang anda tujukan surat dan juga alamat dan nama perniagaan anda di sebelah atas kiri sampul surat tersebut. Jikalau surat tersebut tidak sampai kerana bakal pelanggan anda telah berpindah, sakit ataupun meninggal dunia, maka surat tersebut akan dapat dikembalikan semula kepada anda oleh pihak pos berpandukan alamat anda yang tertera. Dengan itu, katalog yang ada di dalam sampul surat tersebut masih lagi boleh digunakan.

Anda hanya akan kerugian duit setem sahaja. Walau bagaimana pun cubalah elakkan daripada menggunakan alamat anda itu ditulis biasa (tangan). Jika anda mampu bolehlah anda membuat cetakan label ataupun menempah sampul surat yang bercetak kemas. Gunakan dakwat berwarna hitam adalah lebih kemas dan mudah dibaca .

2) Sertakan nota ataupun surat pengenalan.

Tidak ada lagi yang lebih mendukacitakan apabila anda menerima surat daripada pelanggan yang membuat pesanan wang, cek, kiriman wang yang tidak menyatakan apakah barangan yang dikehendakinya.

Bagi mereka yang masih baru lagi menceburi bidang urusniaga pos / internet ini tidak menyedari bahawa terdapat 100 atau mungkin 1000 lagi peniaga yang menawarkan produk yang hampir sama dan menawarkan harga yang berbeza-beza. Mereka mungkin juga menawarkan perkhidmatan dan harga yang sama seperti anda. Sebagai contoh, surat untuk cover letter anda mungkin berbunyi begini ;

Kepada (isikan nama mereka di sini) : saya telah terbaca iklan anda di dalam (nama penerbitan) dan mahu membuat pesanan barangan (nama barangan yang dipesan / ditawarkan). Terima kasih kerana perhatian anda. ( nama dan alamat anda ). Surat-surat anda hendaklah ditulis di atas kertas bersaiz A4 ataupun 11x 8 ½ inci dan letakkan nama dan alamat anda di sebelah atasnya.

Dengan cara ini jika anda memesan barangan dan pembekal tidak terjumpa alamat anda, mereka masih boleh terbaca surat anda itu.

3) Jangan menunggu surat anda hanya dalam masa dua hari untuk dibalas.

Sebahagian orang yang membaca iklan, kemudian membuat pesanan pada hari isnin dan menunggu dapat balik pesanan pada hari khamis di minggu yang sama. Ini adalah amat mustahil boleh berlaku.

Cubalah menjadi rasional kerana untuk mendapat surat biasa anda memerlukan diantara 3 hingga 10 hari. Kemudian ianya memerlukan pula masa 3 hingga 10 hari juga untuk kebanyakan pembekal memenuhi pesanan. Tidak semua orang mampu menawarkan perkhidmatan selama 24 jam sehari, lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan tersebut telah membesar dan menjadi sibuk. Sebahagian daripada kita mempunyai keluarga yang juga mahu diberikan perhatian. Kita tidak akan menggunakan semua masa sedar kita untuk bekerja dan memenuhi pesanan pelanggan. Kita juga perlukan kehidupan sendiri .

Kebanyakan mereka yang masih baru di dalam bidang urusniaga pos / internet ini tidak percaya bahawa terdapat sesetengah pengusaha secara pos / internet memproses kerja mereka di rumah. Sementara kita tidak mempunyai pekerja yang membantu kita.

Kita perlu bersabar apabila mengirimkan pesanan. Ada sesetengah daripada mereka memberikan masa penghantaran dalam tempoh tertentu. Memiliki dan menjalankan perniagaan secara pos memang mempunyai keseronokan yang banyak dan tersendiri. Ianya menarik kerana anda akan menemui ramai jenis orang.

Tetapi ini adalah satu perniagaan yang juga memerlukan perhatian dan kajian. Jika anda benar-benar serius dan anda tidak mempunyai pejabat sendiri, cubalah baca buku-buku mengenai urusniaga pos / internet. Ianya mempunyai nilai seperti emas.

Selain itu anda boleh mulai mendapat ramai kenalan dan memperolehi ganjaran pula berupa wang di dalam peti surat / bank anda setiap hari. Anda sudah mempunyai pengetahuan yang diperlukan sekarang. Apa yang perlu dilakukan ialah membuat PERANCANGAN DAN BERTINDAK SECARA BETUL.

(36)

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

RAHSIA MEMPEROLEHI RM15,000 DALAM MASA 15 HARI

Posted on Januari 11, 2008. Filed under: Some Ideas |

Menjual produk / perkhidmatan secara pos / internet merupakan satu kaedah dan perniagaan paling cepat berkembang di dunia pada masa sekarang. Dianggarkan pada tahun 1991 sahaja, jualan secara pos berjumlah RM400 billion di Amerika sahaja. Berjuta-juta orang daripada segenap lapisan hidup dan dari segenap penjuru dunia menceburi urusniaga pos / internet dan jumlah semakin bertambah setiap hari.

Beberapa orang daripada mereka memperolehi pendapatan sehingga berjuta-juta ringgit, sebahagiannya memperolehi beberapa ribu ringgit dan ada yang memperolehi pendapatan tambahan beberapa ratus ringgit sebulan.

Dan ada juga yang hanya sekadar mencuba secara main-main hanya memperolehi beberapa ringgit dan terus kecewa. Perniagaan secara pos / internet telah menarik minat hampir setiap orang dengan harapan untuk menjadi kaya dengan lebih cepat. Secara amnya ianya tidak memerlukan peralatan yang rumit, cukup hanya modal yang minima dan tidak perlukan ruang pejabat yang mahal sewanya.

Urusniaga pos / internet merupakan satu jenis perniagaan yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja dari rumah mereka dengan selesa. Mengenai resepi kejayaan di dalam urusniaga pos / internet ini ialah anda hanya perlu memahami apa yang akan anda lakukan. Ianya bukan satu permainan atau pun satu perkara yang perlu anda lakukan dan cuba dengan segera.

Ianya merupakan satu jenis perniagaan dan memerlukan satu pemahaman yang baik mengenai apa yang orang mahu membeli, mengapa mereka membeli, dan pelan pemasaran yang boleh membantu anda ke arah kejayaan. Untuk menjadi kaya dan berjaya dalam urusniaga pos / internet ini anda mesti mengetahui selok-belok dan pelan pemasaran.

Oleh itu anda perlu berfikir mengenai produk yang anda mahu jual – siapa yang mahu membeli – dan mengetahui mengapa mereka membeli, dan program yang akan anda usahakan untuk menjualnya dan bagaimana mereka mahu membeli produk anda kelak.

Cara paling baik dan ideal untuk menjual produk atau perkhidmatan adalah melalui cara ini – kerana ia memberikan tarikan kepada ramai orang. Ini disebabkan maklumat yang dijual akan memberikan pengetahuan dan juga panduan kepada mereka dan membolehkan mereka menjadi kaya.

Pada dasarnya ialah semua orang di dunia ini mahu mengetahui cara bagaimana untuk menjadi kaya – tanpa perlu melaburkan wang, masa dan usaha yang banyak. Jadi perkara utama yang perlu anda lakukan ialah melakukan sedikit penyelidikan pemasaran. Cuba lihat dalam semua penerbitan yang memaparkan iklan urusniaga pos / peluang perniagaan di internet.

Cuba fikirkan mengapa mereka melakukannya – dan bagaimana mereka melakukannya – kemudian cari formula tentang pelan perniagaan anda supaya anda boleh mengikuti cara mereka. Dengan maklumat dan panduan untuk cepat membina kekayaan yang anda miliki dan anda tentu boleh menjadi ‘prime source’ atau pun mempunyai sumber utama produk.

Ada 2 cara untuk anda jalankan. Anda boleh menjadi penulis yang akan pening kepala dengan berbagai karenah dan urusan untuk mencari bahan, atau anda boleh membeli laporan / panduan / buku yang boleh dicetak dan dijual semula dan anda boleh menjualnya sebagai milik anda.

Sebagai penulis, anda perlu membuat penyelidikan, menulis, mencetak, pengiklanan dan memenuhi pesanan. Jika anda menjadi pengedar anda hanya perlu membayar sekali sahaja, selebihnya anda hanya perlu menumpukan pada usaha penjualan sahaja. Anda juga masih perlu mengendalikan percetakan, pengiklanan dan memenuhi pesanan – tetapi anda mempunyai kelebihan untuk memilih dan hanya mengambil produk yang boleh memberikan wang yang banyak kepada anda.

Seperti kebanyakkan penulis, hanya 10% daripada mereka menghabiskan masa untuk membuat penyelidikan, menulis dan mengarang. Penulis perlu membuat usaha yang lebih sedikit berbanding menjadi pengedar di mana mereka hanya perlu menjual sahaja.

Penyelidikan yang anda jalankan haruslah menjadikan anda mendapat idea yang baik untuk menjual – apa yang orang mahu beli – dan tajuk apakah yang membolehkan minat orang membeli untuk mendapat keuntungan. Perkara seterusnya ialah anda perlu membuat penyelidikan di dalam banyak penerbitan khususnya akhbar harian dan mingguan serta di dalam internet yang ada menawarkan ruang iklan untuk iklan kecil dan urusniaga pos / internet.

Kebanyakan pengiklan akan memperolehi keuntungan melalui iklan mereka. Fikirkan program yang manakah yang mahu anda jalankan dan bagaimana anda boleh memperolehi wang melaluinya. Iklan yang paling baik ialah yang menawarkan tawaran percuma ataupun pelan pemasaran untuk mendapatkan wang.

Iklan anda mungkin berbunyi begini : LAPORAN PERCUMA! “Rahsia dalaman untuk memiliki empayar perniagaan yang bernilai berjuta-juta ringgit dalam urusniaga MLM“ Hantarkan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri kepada (nama dan alamat anda) ataupun jikalau mengiklan di dalam internet, anda bolehlah membuat satu borang kecil dan meminta alamat email mereka. Ataupun, anda bolehlah menyediakan pautan untuk memuaturun e-buku / laporan percuma tersebut.

Dalam membalas surat-surat / email yang anda terima melalui iklan tersebut, hantarkan kepada mereka keterangan ringkas sepanjang satu muka surat penuh yang menerangkan RAHSIA MLM secara ringkas.

Kemudian sediakan ‘borang pesanan’ di bahagian bawah muka surat tersebut untuk mereka yang berminat mengenai MLM supaya mereka boleh memesan laporan / panduan yang mereka ingini dengan harga RM15 atau RM20 untuk RAHSIA lengkap MLM anda itu. Anda juga boleh menyertakan lain-lain tawaran ‘panduan / laporan RAHSIA’ di dalam surat / email tersebut supaya mereka boleh membeli panduan yang lain pula.

Pada masa yang sama, anda susun nama dan alamat / alamat email, taip dan simpankan nama orang-orang yang menghantar surat pertanyaan dan yang membeli panduan / laporan kewangan anda itu. Anda sekarang sudah boleh memiliki senarai nama pelanggan yang boleh digunakan sendiri ataupun boleh disewakan / dijual kepada orang lain khususnya kepada mereka yang menjalankan urusniaga pos / internet dan menjual sistem kewangan yang lain.

Anda boleh memperolehi pendapatan dan keuntungan yang lumayan melalui urusniaga menjual senarai nama pelanggan tersebut. Simpan setem yang anda perolehi daripada surat-surat tersebut dan anda boleh menjualnya kepada pengumpul koleksi setem (peminat setem) dengan harga yang tinggi.

Simpan sampul surat yang mempunyai alamat “sila kembalikan kepada … jika tidak sampai”. Jika anda sudah mempunyai satu atau dua ribu koleksi ini, anda boleh menjualnya kepada syarikat yang mencari senarai nama pelanggan dan memperolehi bayaran antara RM50 hingga RM200.

Cara lain untuk membuat iklan ialah dengan menawarkan buku atau laporan anda untuk dijual terus melalui iklan tersebut sendiri. Contohnya seperti berikut : “RAHSIA DALAMAN UNTUK MEMILIKI EMPAYAR PERNIAGAAN MLM YANG BERNILAI BERJUTA RINGGIT” Panduan terbaru yang dinamik memberikan rahsianya. Kirimkan RM3 kepada (nama dan alamat anda).

Tetapi memang agak sukar untuk menjual sesuatu produk terus melalui iklan kecil tersebut kerana ia tidak cukup ruang untuk menceritakan semua teknik penjualan. Tetapi jika anda mahu membuat jualan melalui iklan kecil, anda haruslah mengenakan harga yang kurang daripada RM5 untuk produk anda. Produk yang berharga RM3 akan lebih menarik minat ramai pembeli berbanding yang berharga tinggi.

Produk yang berharga RM5 mestilah dibuat melalui ruang iklan yang berukuran sekurang-kurangnya satu inci persegi. Dan produk yang berharga RM20 mestilah dijual melalui ruang iklan yang berukuran satu muka surat penuh bersaiz A4 atau 8 x 11 inci. Dan produk yang berharga melebihi RM40 seharusnya dijual melalui surat jualan yang ditulis dengan lebih professional.

Apabila anda mahu memulakan perniagaan dalam urusniaga pos ini, cuba tumpukan hanya kepada jenis iklan yang kecil terlebih dahulu (*klasifikasi / rampaiiklan) – uji kuasa tarikan iklan anda dan produk anda. Cuba lakukan analisa, berlatih dan menulis semula beberapa iklan yang dibuat oleh orang lain dan buat ujian melaluinya dan buat iklan di dalam satu atau dua buah penerbitan sahaja.

Cubalah lakukan ujian dan kajian sehinggalah anda boleh menempa kejayaan. Dengan maksud lain jika iklan anda kosnya RM30 dan anda memperolehi untung sebanyak RM150 – ambil semula RM150 tersebut dan laburkan untuk iklan yang sama itu dengan lebih kerap lagi, bukan hanya di dalam penerbitan yang sama tetapi di dalam beberapa buah penerbitan yang lain lagi.

Gunakan keuntungan yang anda perolehi untuk dilaburkan semula di dalam lebih banyak penerbitan bagi tujuan iklan dan promosi – biar lebih ramai lagi orang dapat melihat iklan anda itu. Adalah penting diingatkan supaya anda tidak terlalu berharap supaya anda boleh dapat hidup selesa dengan cepat atau segera melalui usaha pada peringkat awal ini.

Sebab itulah ia perlu dijalankan secara sambilan terlebih dahulu sebelum anda merancang berhenti kerja kecuali anda mempunyai simpanan mencukupi untuk tempoh 3 – 6 bulan. Kejayaan di dalam urusniaga pos banyak bergantung kepada pelaburan yang banyak di dalam pengiklanan. Peruntukkan sebanyak RM100 dan buat iklan di dalam penerbitan yang mempunyai edaran yang banyak dan meluas.

Katakan anda memperolehi RM300 daripada pelaburan sebanyak RM100, ambil RM300 tersebut dan laburkan semula untuk tujuan iklan di penerbitan yang sama dan juga beberapa penerbitan lain. Dengan itu keuntungan dan perolehan anda akan menjadi tiga kali ganda, dan terus lakukan begitu di lebih banyak penerbitan lagi.

Dan dengan membuat lebih banyak pendedahan iklan di lebih banyak penerbitan dalam masa enam bulan sahaja, anda akan dapat memperolehi pendapatan sehingga boleh mencecah 5 angka (RM10,000) sebulan. Inilah rahsia mudah untuk menjadi kaya di dalam urusniaga pos melalui kursus mudah ini. Semoga anda akan terus berusaha dan berjaya.

(35)

Bertukar-tukar link dengan saya disini…

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM100,000 SETAHUN DENGAN MENJADI PENERBIT DI RUMAH DENGAN MODAL KURANG DARI RM200.

Posted on Januari 4, 2008. Filed under: Some Ideas |

Pada masa sekarang ini, sesiapa sahaja boleh menjadi penulis dan penerbit sepenuh masa di rumah dan memperolehi pendapatan sehingga lebih RM100,000 setahun atau lebih RM8,000 setiap bulan.

Anda boleh memulakan perniagaan ini hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja. Bidang penerbitan dan penulisan merupakan salah satu bidang perniagaan yang berprestij yang boleh anda ceburi, dan anda akan mendapati bahawa beribu-ribu orang di seluruh dunia akan membaca idea dan pemikiran anda .

Anda mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kehidupan orang lain dan anda akan memperolehi banyak sekali faedah di dalam proses tersebut. Dengan teknologi terkini, desktop publishing atau penerbitan meja akan menjadi satu cara yang tidak mustahil untuk dilakukan .

Teknologi komputer telah membolehkan kita untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku-buku, panduan-panduan, resepi masakan dengan cara yang lebih mudah serta kos yang murah. Masalahnya ialah bukan bagaimana untuk mencetak atau menerbitkan buku tersebut tetapi yang paling penting ialah bagaimana untuk mengedarkannya!

Memasarkan Buku Anda

Salah satu cara untuk memudahkan buku anda dapat diedarkan ialah dengan mengedarkannya sendiri. Apabila pasaran telah anda dapati maka dengan mudah anda boleh mengedarkannya sendiri. Jika anda memasarkan buku anda dengan betul anda akan dapat menjual untuk selamanya .

Malah ianya membolehkan anda memperolehi pendapatan beribu-ribu ringgit setiap bulan dan setiap buku baru yang anda tulis akan menjadi satu sumber tambahan yan baru pula. Apabila anda telah dapat memulakan usaha ini, ianya sukar dihentikan walaupun anda mahu berbuat demikian .

Bagaimana Saya Memulakan Penerbitan Saya Dengan Modal RM20

Pertama kali saya memulakan bisnes dalam bidang penerbitan ini hanyalah dengan modal sebanyak RM20 untuk membuat iklan kecil. Apa yang sangat menakjubkan ialah iklan dan pelaburan kecil ini telah memberikan pulangan sebanyak beberapa ratus ringgit setiap bulan .

Memang tidak mencukupi untuk menyara hidup tetapi sekurang-kurangnya saya telah memperolehi dengan usaha kecil sahaja. Saya terus melaburkan semula keuntungan yang saya perolehi di dalam beberapa iklan lain lagi .

Hasilnya anda berupaya memperolehi pendapatan beberapa ribu ringgit setiap bulan, malah jumlah ini mungkin jauh lebih besar berbanding pendapatan anda di masa lalu di dalam bidang kerja atau perniagaan lain yang pernah diceburi. Malah ada kalanya anda boleh memperolehi hingga melebihi seribu ringgit sehari! Tidak mustahil anda mampu melakukan yang sedemikian sekiranya anda mengetahui rahsianya.

Satu Rahsia Yang Patut Anda Ketahui Untuk Berjaya

Salah satu rahsianya ialah anda jangan hanya mengikuti pasaran tetapi biarlah pasaran yang akan mengikuti kehendak anda. Anda mungkin mesti mengetahui dan memahami sesuatu pasaran, sebagai contoh anda mestilah kena mengambil perhatian khusus atau memfokuskan kepada apa yang orang ramai minati. Anda mesti berani mengambil kira apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.

Menukar idea Anda Menjadi Wang Beribu Ringgit

Walaupun anda tidak tahu menulis, anda masih boleh mengupah orang lain untuk menulis bagi pihak anda. Anda hanya perlu mencari sesuatu topik atau tajuk sahaja. Saya boleh menunjukkan kepada anda cara untuk menulis sekalipun anda fikirkan bahawa anda tidak boleh. Anda boleh memiliki buku yang menarik sebagaimana yang terdapat di kedai-kedai buku dengan kos di bawah RM3 sebuah.

Ianya boleh dijual pada harga dari RM40 – RM90 sebuah. Sudah tentulah mereka tidak hanya membayar harga buku tersebut tetapi sebaliknya mereka membayar untuk mendapatkan maklumat tersebut. Keuntungannya sungguh menakjubkan dan sebab itulah ianya mampu memberikan pulangan yang besar dalam masa yang singkat sahaja berbanding perniagaan lain .

Sebagai penerbit, mungkin sebahagian besar masa anda hanya diperuntukkan untuk membuat penyelidikan sahaja. Dengan melakukan perkara ini, anda bukan sahaja akan memperolehi pelajaran dan idea baru tetapi apa yang lebih penting kerja-kerja anda ini akan menghasilkan pulangan yang amat lumayan sekali apabila anda edarkan dan jualkannya. Dengan lain perkataan, anda akan dibayar sewaktu anda sedang belajar .

Bukan sahaja pengetahuan anda akan meningkat, malah akaun bank anda juga akan terus meningkat. Anda juga akan merasa seronok kerana maklumat yang anda berikan itu akan memberikan faedah kepada beribu-ribu orang. Ini hanya sebahagian kecil usaha anda untuk memajukan dunia ini, dan anda mempunyai peluang untuk menjadi ‘SESEORANG’. Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana untuk mencapai tahap ini, tetapi anda boleh melakukannya.

Ia Seperti Satu Permainan

Anda perlu faham bahawa perniagaan ini bukannya hanya untuk dilakukan sekali sahaja. Ianya boleh dijalankan selama mana anda mahu berada di dalamnya. Ianya berfungsi dengan menggunakan formula tertentu. Apabila anda telah menemui kombinasi ini, anda hanya perlu meneruskannya dan terus mempromosikan atau anda boleh memberikan perniagaan ini kepada orang lain untuk menjalankannya dan anda hanya menerima royalti (ganjaran) sahaja.

Kebebasan Kewangan Dengan Memiliki Syarikat Penerbitan Sendiri

Untuk memperolehi pendapatan sebnyak RM100,000 setahun anda hanya perlu menjual sebanyak 41 buah buku seminggu yang berharga RM50. Jangan anda fikir anda mahu dan boleh melakukannya bermakna anda sedang menuju ke arah kejayaan dan keuntungan sebenar di dalam perniagaan penerbitan ini.

Jika dilakukan dengan betul anda boleh memperolehi lebih banyak lagi darpada RM100,000 setiap tahun. Saya begitu yakin, ianya satu perniagaan yang mudah dan menyeronokkan. Peluang pendapatannya tiada had atau batasan .

(34)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

RAHSIA MENCIPTA PRODUK YANG MURAH DAN MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN DARI 500% – 3000 %

Posted on Disember 21, 2007. Filed under: Some Ideas |

Apakah dia produk yang mudah untuk dibuat atau dicipta dengan hanya menggunakan kos yang murah tetapi boleh menghasilkan keuntungan atau pulangan yang sangat tinggi, malah tidak perlu pula menyimpan stok barangan untuk dijual? Bagaimana untuk memperolehi keuntungan dari 500% hingga 3000%? Ia sama juga dengan 5 hingga 30 kali ganda daripada kos pengeluarannya.

Sangat jarang di dalam mana-mana perniagaan yang boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi seperti ini. Jika ada pun ianya memerlukan banyak kos sampingan seperti kos peralatan, tenaga kerja kilang, bahan mentah dan sebagainya. Malah dengan menggunakan sistem atau kaedah ini anda boleh menghasilkan produk anda sendiri tanpa perlu menggunakan sebarang kos berupa wang dan sebagainya. Apa yang diperlukan hanyalah IDEA atau BUAH FIKIRAN sahaja.

Selain itu anda hanya memerlukan kertas dan juga pen. Inilah sahaja bahan-bahan asas dan utama yang diperlukan untuk menghasilkan produk anda itu nanti.

Apakah produk yang dimaksudkan ?

Produk yang dimaksudkan ialah INFORMASI atau MAKLUMAT. Tahukah anda apa itu maklumat? Maklumat adalah perkara yang digunakan dan diperlukan oleh manusia di dalam setiap aspek kehidupan. Tidak ada manusia yang hidup tanpa menggunakan sebarang maklumat atau informasi di dalam kehidupan mereka seharian. Maklumat terbahagi kepada pelbagai jenis. Ada yang sangat penting, sederhana penting, kurang penting dan tidak penting.

Jika anda mahu mendapat keuntungan yang tinggi, umpamanya dari 500% hingga 3000%, pilihlah hanya produk INFORMASI yang PENTING sahaja. INFORMASI atau maklumat yang penting ialah maklumat yang sangat dikehendaki oleh orang ramai yang mempunyai PASARAN MELUAS. Dengan menawarkan maklumat penting seperti ini sudah tentu akan memberikan hasil atau pulangan yang tinggi. Itulah RAHSIA ASAS.

Apakah Dia Maklumat Yang Penting

Maklumat yang penting dan dikehendaki oleh orang ramai ialah maklumat yang boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Umpamanya jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan, anda perlu menawarkan maklumat yang boleh membantu mengatasi masalah kesihatan mereka.

Jika seseorang menghadapi masalah mencari pekerjaan, anda perlu menawarkan cara-cara dan teknik untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan. Begitu juga jika seseorang itu menghadapi masalah kecantikan, masalah dalam perhubungan suami isteri dan pelbagai jenis lagi masalah yang dihadapi oleh seseorang. Maklumat tersebut boleh ditawarkan di dalam berbagai bentuk seperti ubat-ubatan, kaunseling, dalam bentuk dokumentari atau rencana bergambar, dalam bentuk penulisan atau bahan bercetak, dalam bentuk pita kaset, dalam bentuk CD dan sebagainya. Untuk mengeluarkan atau menghasilkan sendiri produk sebegini, sebaiknya pilihlah cara yang TERMUDAH, TERMURAH DAN SELAMAT.

Apakah dia produk yang mudah, murah dan selamat, dan bagaimana cara menghasilkannya?

Produk yang murah dan mudah untuk dihasilkan ialah dalam bentuk bahan bercetak dan bertulis. Ia boleh dicetak di atas kertas, disimpan di dalam kaset, di dalam CD ROM, pita kaset, dan lain-lain. Jika dibuat salinan pendua (fotostat) ia mungkin hanya mengandungi 3 hingga 25 mukasurat. Jika satu muka surat mencetaknya hanya 5 sen bermakna kos mengeluarkann hanya diantara 15 sen hingga RM1.25 bagi satu produk.

Jika dibuat dalam bentuk CD ROM, kosnya hanya di antara 80 sen hingga RM5. Jika dalam bentuk kaset, kosnya diantara RM1 hingga RM3.50. Jika anda sudah memiliki MAKLUMAT atau INFORMASI yang dimaksudkan, anda tidak perlu menyimpan sebarang stok dan melonggokkan semua wang anda di situ. Itu cara lama dan membazir sahaja.

Cara selamat yang lain ialah menggunakan kaedah PRINT ON DEMAND jika dalam bentuk bahan bercetak di atas kertas. Anda hanya perlu menyimpan salinan MASTER COPY sahaja. Jika dalam bentuk CD ROM komputer anda hanya perlu COPY ON DEMAND iaitu hanya perlu membuat salinan baru kedalam CD terus dari cakera keras atau hard disk drive anda. Hanya perlu dikeluarkan, dicetak dan disalin apabila hanya jika ada permintaan. Maka, anda tidak perlu menyimpan stok apa-apa.

Jika dibuat dalam bentuk pita kaset, anda hanya perlu menyimpan di dalam MASTER TAPE sahaja, kemudian jika ada permintaan, barulah anda boleh menyalin ke dalam pita kaset lain yang masih kosong dengan menggunakan perakam radio kaset di rumah anda. Pada masa ini hampir semua orang memiliki perakam radio kaset di rumah. Jika tidak pernah digunakan, sekarang ia boleh dimanfaatkan untuk kebaikan anda juga.

Bagaimana Memperolehi Keuntungan 500% hingga 3000%

Ini adalah masa yang sangat dinantikan. Untuk memperolehi keuntungan setinggi ini peranan yang paling penting sekali dengan meninjau pasaran. Apakah produk yang telah sedia ada di pasaran. Mampukah produk anda menarik minat orang ramai. Rahsia utama memperolehi keuntungan tinggi ialah ‘Bagaimana cara anda meletak harga kepada produk anda’, jika produk anda dihasilkan dengan kos sebanyak RM2.

Anda boleh dan perlu menjualnya dengan harga di antara RM20 hingga RM60 setiap satu. Jika kos mengeluarkan seperti mencetak, menyalin ke dalam disket, menyalin ke dalam CD ROM kosnya 80 sen bagi sekeping CD ROM, anda boleh menjual dengan harga yang tinggi sebanyak 10 hingga 30 kali ganda daripada harganya.

Jika sehari anda boleh menjual 5-10 naskah panduan berupa INFORMASI / MAKLUMAT yang kosnya hanya 80 sen dan anda menjual dengan harga RM20 – RM30, pendapatan anda ialah dari RM200 hingga RM300 SEHARI. Itulah kelebihan menjual produk dalam bentuk INFORMASI atau MAKLUMAT. Walaupun jika ada saingan, anda masih selamat kerana produk anda adalah milik anda dan anda mengawalnya sendiri. Anda boleh keluarkan sendiri dengan cara yang mudah.

 

(33)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

RAHSIA BAGAIMANA MENULIS IKLAN KLASIFIKASI (RAMPAIAN) YANG MENGUNTUNGKAN

Posted on November 26, 2007. Filed under: Some Ideas |

Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya! Ada satu cara di mana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos / internet yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan di mana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos / internet anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian atau pun klasifikasi anda itu.

Pastikan ianya boleh menghasilkan jualan untuk produk atau pun perkhidmatan anda itu. Jadi apakah yang boleh menarik perhatian pembaca, contohnya ialah anda mestilah menyatakan apa yang sebenarnya anda mahu nyatakan. Kedua ianya mestilah menepati kos yang anda mampu untuk melaksanakannya.

Dan yang ketiga, ianya mestilah boleh menghasilkan keinginan, sama ada untuk pertanyaan sahaja ataupun untuk jualan. Mendapatkan perhatian pembaca dan menarik mereka membaca iklan anda merupakan objektif utama yang mesti anda lakukan. Anda mestilah boleh memastikan bahawa pembaca akan berhenti sebentar apabila membuka mukasurat yang memaparkan iklan anda itu walaupun ada banyak iklan-iklan lain di muka surat yang sama.

Sudah tentu ada sesuatu RAHSIA yang boleh menjadikan setiap pembaca berhenti seketika apabila menatap iklan anda! Jadi, dua atau tiga perkataan pertama yang anda gunakan merupakan perkara yang paling utama dan ia perlu diberikan keutamaan dan juga perlukan membuatnya melalui satu keputusan yang tepat. Dalam banyak pemerhatian dan penyelidikan perkataan-perkataan utama inilah yang sangat diperlukan untuk menarik perhatian pembaca.

Ianya seperti perkataan PERCUMA, ANDA BOLEH BERJAYA, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI BANYAK WANG, RAHSIA, PERHATIAN! dan lain-lain perkataan yang boleh menarik perhatian, tetapi walau apa pun perkataan yang mahu anda gunakan untuk memulakan iklan anda, anda haruslah juga memikirkan bahawa ia juga mempunyai saingan dengan banyak lagi iklan-iklan kecil dari syarikat lain di muka surat yang sama.

Oleh itu melalui perkataan UTAMA anda itu haruslah anda meneruskan perhatian pembaca dengan memberikan “janji” atau pun memberikan faedah yang lebih banyak lagi yang bakal diterima oleh pembaca. Dalam kata lain, anda mungkin boleh menggunakan perkataan seperti ini : CARA MEMPEROLEHI WANG YANG BANYAK!

Mudah, saya akan menunjukkan kepada anda caranya. Di dalam bahasa iklan yang professional, anda telah menarik perhatian bakal pembeli anda, dan menarik minat mereka untuk memiliki produk yang diiklankan. Perkara yang terbaik dalam menulis iklan klasifikasi ialah cuba menarik minat pembaca mengenai perkara yang “ditawarkan”. Inilah perkara yang menjadikan sesuatu iklan itu sama ada ianya boleh berjaya ataupun tidak.

Cuba fikirkan mengenai perkara ini – anda telah dapat menarik perhatian pembaca anda ; anda telah memberitahu mereka bahawa ianya mudah dan senang dan anda menyuruh mereka melakukan sesuatu. Lepas itu barulah anda meneruskan lagi iklan anda dengan lebih jauh dengan menawarkan produk anda. Di bahagian ini, para pembaca akan membandingkan iklan anda dengan iklan-iklan lain yang juga boleh menarik minat dan perhatian mereka, kemudian barulah mereka akan membuat keputusan untuk memilih yang mana satu untuk mendapatkan maklumat seterusnya ataupun hanya akan memberi tumpuan kepada iklan yang lebih menarik minat mereka. Apa yang saya katakan dan maksudkan ialah ‘di sinilah’ tempatnya untuk anda memasukkan perkataan ‘ajaib’ yang boleh menghasilkan jualan seterusnya.

Jadi sekarang cuba kita baca ayat ini : PEROLEHI WANG YANG BANYAK, MUDAH DAN SENANG. DIJAMIN ! Ianya memang menarik. Sekarang pembaca sudah tertarik dengan ayat daripada iklan anda itu dan mereka fikir, jangan ketinggalan…… Dan sekarang adalah masanya untuk anda meminta mereka membuat bayaran. Sekarang ini merupakan bahagian yang mana menyuruh mereka bertindak di dalam iklan anda itu. Di bahagian inilah anda yang mana perlu menggunakan perkataan perangsang seperti :

TAWARAN TERHAD! BERTINDAK SEKARANG – TULIS / HUBUNGI HARI INI. HANYA….. anda juga boleh menulis begini : DAPATKAN DENGAN BANYAK! MUDAH / CEPAT / DIJAMIN! Tawaran terhad, kirimkan RM1 kepada……Ini merupakan ramuan iklan-iklan yang boleh memberikan kejayaan yang mana ianya mempunyai unsur seperti : PERHATIAN-MINAT-KEINGINAN-TINDAKAN.

Tanpa memasukkan dan membina empat jenis unsur-unsur ini di dalam iklan anda, mustahil untuk anda berjaya dan ianya hanya akan menyebabkan kos anda meningkat dari segi kewangan tanpa memberikan pulangan langsung. Apa yang baru sahaja saya beritahu anda ini hanyalah merupakan asasnya sahaja di dalam iklan klasifikasi. Sama ada iklan tersebut untuk ditempatkan di dalam penerbitan besar ataupun kecil yang penting ialah untuk menarik seramai mungkin perhatian pembaca dan bagaimana mereka mahu membeli produk / laporan atau perkhidmatan anda. Sekarang cuba perhatikan contoh seperti yang dituliskan di bawah ini. Ia boleh ditulis dengan menggunakan kaedah asas menulis iklan seperti di bawah :

RAHSIA MEMBUAT WANG! Bagaimana menulis iklan-iklan yang menguntungkan. Senang dan mudah untuk dipelajari, boleh menggandakan atau memberi respon sehingga tiga kali ganda. Kirimkan RM1 kepada ABC ENTERPRISE. 10 Jalan Raya, Bandar Aku, Perak.12000.

Point yang digunakan ialah

1) Anda telah menarik perhatian

2) Anda telah menarik minat mereka

3) Anda telah berjaya membuat mereka tertarik dengan ayat-ayat yang digunakan yang membuat mereka ingin membeli produk atau perkhidmatan anda

4) Anda telah berjaya menyuruh mereka bertindak segera

Ianya bukan kerana disebabkan bijak atau sebagai satu helah. Hanya dengan menggunakan perkara yang asas sahaja keuntungan anda akan segera meningkat dengan mudah. Salah satu cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana menulis iklan klasifikasi yang baik ialah mencuba kaedah seperti yang telah saya berikan di atas.

Belajar menulis menggunakan kaedah tersebut untuk produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Lakukannya dengan kerap supaya anda menjadi mahir dan memperolehi banyak idea. Apabila anda menulis iklan, cuba perbaiki perkataan-perkataan, ayat-ayat dan perenggan. Perkara terakhir yang perlu anda ambil perhatian sudah tentulah mengenai nama dan alamat anda, di mana pembaca akan memberi respon dan ke mana mereka harus mengirimkan pertanyaan dan surat menyurat dan juga bagaimana mereka mahu mengirimkan wang kepada anda kelak.

Secara amnya dikatakan kelak, para pembaca akan memberikan respon yang lebih kerap kepada iklan yang mengandungi nama berbanding dengan yang hanya mengandungi alamat sahaja. Walau bagaimanapun, disebabkan iklan klasifikasi menggunakan bayaran bergantung kepada banyaknya perkataan, ataupun besar ruang yang digunakan anda boleh menggunakan nama yang ringkas dan pendek sahaja asalkan ianya mempunyai kaitan dengan iklan anda.

Apa yang penting di sini, ialah agar anda dapat menulis iklan anda dengan ringkas tetapi dapat menyampaikan maksud anda. Gunakan hanya perkataan pendek, nama dan ayat-ayat pendek sudah memadai kerana yang penting ialah ‘perkara’ yang anda mahu sampaikan boleh diterima dengan mudah dan jelas.

Begitu juga jika anda menggunakan alamat pejabat pos atau peti surat pejabat pos. Perkara yang paling penting untuk anda memperolehi wang yang lumayan melalui iklan anda ialah dengan menulisnya secara baik, sentiasa membuat pembaharuan, penyelidikan dan menjaga kos perbelanjaan untuk iklan anda itu. Sekarang anda tahu asasnya, tindakan seterusnya adalah bergantung kepada anda. Untuk memperolehi wang yang lumayan melalui iklan klasifikasi anda hanya perlu memperbaiki kaedah yang digunakan dari masa ke semasa.

Sekian, selamat mencuba!

(32)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

« Entri-entri Sebelumnya

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...